hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Monday, 24 October 2011

nak balik...

hye~
lama sungguh yany tak update kat sini.
erm rasa cam tak tau nak tulis ape...
sebab yany rasa hidup cam plain je sekarang...
tapi kan,
semalam yany g kuar ngan dini...
tujuan nya nak g beli hadiah MB la...
hehehe~
yela,birthday dia kan nak dekat dah.
muahx kat MB. :)

birthday MB bila?
sama ngan mama yany...
sabtu ni...
yany beli apa?
adalah...nanati baru snap pic and upload kat sini...hihihi~

tapi serious comel hadiah dia.
aicehhh nak puji sendiri pandai pilih la tu.uwekkk~
yany puas hati sangat sebab dia dapat hadiah yany pun dapat...
hahaha...kitorang punya benda sama...
kaler sama...
nanti boleh pakai sama sama...ceee sweet la tu...
awww~

nanti nak kuar lagi nak beli hadiah mama pulak...
hari tu cari tak jumpa yang best nak bagi mama la...
so nanti nak kuar g mall lain pulak...
hehehehehe :)

tak sabar nak balik tau...
nak bagi 2 orang yang yany sayang ni birthday present dorang... :D

muahx!

Sunday, 9 October 2011

tired.

weh aku penat.

serious penat.
tapi happy jugak lah.
3 hari 2 malam di Lata Perangin...
wuuu benda baru yang aku tak pernah rasa.
tak pernah rasa berkem kem ni.
tak pernah rasa masuk hutan malam malam.
tak pernah rasa lintas titi tali lah kawad duri lah berenang dalam air berlumpur lah.
macam macam lagi lah.hehehe...
paling tak leh terima kena calit lumpuh di seluruh muka. YUCKS! sangat geli.
balik balik muka aku naik banyak jerawat. ggrr.

tapi takpe lah aku happy.
happy sebab aku antara orang yang bertuah (ceee) dapat kem paling tough.
padan lah muka kan,selama ni tak pernah langsung jejak tempat camtu.hehe
and happy sebab aku dapat buat semua aktiviti dengan jayanya.
happy sebab kem yang aku joint ni fun giler.
dengan camp com yang kelakar habis,pastu ada je peserta yang menghiburkan hati.
and happy juge sebab jumpa ramai kawan baru.
yang aku tak pernah tau pun dorang wujud 1 kampus dengan aku.heee~
then happy sebab dapat jalan g kampus kejut.eventhough just nak ambik budak budak kejut g kem sama sama.
tapi best lah.aku dapat kenal ngan kawan kawan baru selain yang kat main campus. :)

macam macam pengalaman and ilmu yang aku dapat.
rasalah mandi air yang takbersih tu.yelah hujan je air sungai kotor giler lah.
tu pun sekali je aku mandi.and tu pun bukan mandi betul betul pun.hehehe~
rasalah masak guna unggun api yang kitorang buat sendiri.
rasalah makan masakan yang kitorang masak dalam hujan tu.
and paling takleh lupa,rasalah night walk ramai ramai dalam gelap kat hutan.
huuu takut tau.gelap gelita tak nampak apa.
just ikut orang depan. ggrr.
bila dah siang,baru lah kitorang nampak betapa tinggi nya bukit yang kitorang jejak malam tu.huuu~
kalau time siang,aku rasa lagi takut.sebab kita nampak apa yang ada kat bawah.so kita jadi gayat.herrr

overall,yany happy.NANO NANO! hehehe


Saturday, 24 September 2011

huhhhhh

hye,lama gilaaaaa aku tak update menda alah ni.
berabuk dah.
hari ni,dah masuk 26 hari syawal berlalu...
uwww cepatnya masa berjalan.sedih lak rasa raya nak habis.
tapi aku serupa tak sambut raya... :'(
and,dah masuk 19 hari aku kat sini.
kat USM ni.

bosannn.aku nak balik rumah.
rindu kat mama ayah and adik adik.
rindu kat rumah.
rindu kat bilik.
rindu kat barang barang yang aku tinggalkan.
rindu kat MB. eh?

tapi betul lah.
aku baru je pas baik dari demam.
demam homesick tu.
yela mana pernah jauh sangat dari family cam sekarang.
nak nangis lah. :'(

tapiii,macam tak lah aku nak balik dalam waktu terdekat ni.
mana ada cuti panjang.
jauh lak tu.
memang tak macam kat KMS dulu.
sesuka hati nak balik time bila.

uwaaa~
duk sini,best...tapi,
banyak duit aku habis ooo...
asal outing je,tak sah kalau rm100 tak terbang.
cemana lah.

nak balik nak balik nak balik.
kalau balik makan free.
basuh baju ayah ada.free lak tu.
tak cam sini.
nak basuh baju kena sendiri.pastu pun kena duit.
hermmm nak balikkkkk...

Monday, 29 August 2011

besok raya yey.

as salam...
hoh?
besok dah nak raya dah?aku rasa baru je tulis entry time baru baru puasa hari tu kan.
tengok tengok dah sebulan dah.
ermmm maknanya lagi berapa hari je lagi aku nak g USM dah.

erm nervous lah.
takut,berdebar,malas,sedih sume pun ada.
and aku tak rasa seronok pun nak raya tahun ni.

tambah tambah dengan tension nak pack barang yang berlambak.
pastu ngan tak dapat beraya dengan member tahun ni.
pastu dengan mood yang tak berapa nak ada dengan MB.

MB balik pun aku tak dapat jumpa dia...ni dah 4 hari dia balik sini tapi sekali pun aku tak jumpa dia.
dia tu kan,busy memanjang.
asyik keluar tiap tiap hari.

hari tu kata nak datang rumah aku tapi tak datang pun.
dah 2 kali cakap camtu.
bila aku tunggu tengok tak jadi.menyampah gila.
yelah,sibuk dengan kawan kawan dia.
pagi petang siang malam kawan.
padahal kat sana pun asyik ngan kawan.
kan dah janji,tapi mungkir.bagi harapan palsu je.

pastu asyik cakap rindu rindu.kalau dah janji tu datang lah betul betul!
memang aku bengang sangat ngan dia.meluat dah nak layan.
hemmmh.jaga hati kawan boleh sangat kan.hati aku tak pikir?
dah la hari tu memang kau dah kata nak datang rumah aku malam sabtu tu...tetibe kau bagitau aku kau nak gi futsal ngan kawan kawan.tanpa rasa bersalah kau tak kata sorry ke apa ke.
macam kau tak ingat je kan apa yang kau dah cakap kat aku siang tu?


tak guna ouh.
aku saaangat takde mood untuk raya.SUMPAH.


Monday, 22 August 2011

hati-kepala-mata

menangis
hari ini,aku menangis lagi
menangis dan menangis

semalam aku menangis jugak.sampai mata pun bengkak and tak boleh bukak
aku cuba bukak sikit untuk tengok muka aku kat cermin
masyaAllah aku takut tengok muka sendiri
muka merah mulut bengkak jadi color maroon hidung besar color pink
and mata? sangat kecik.kecik sangat.

selalu,aku nangis kelopak bawah je bengkak.tapi semalam kelopak atas pun bengkak jugak
and,eyeball aku,banyak urat timbul
aku try nak kurangkan bengkak tu.aku ambik wudhuk
and aku niat nak solat hajat
memandangkan waktu pun dah dekat pukul 4 pagi

tapi,sama je.
bengkak tak surut
tak mungkin lah cepat sangat surut
aku nangis 3 jam non stop okay?
3 jam.

masa adik aku kejutkan bangun sahur
aku tak boleh bukak mata aku ni
aku basuh muka nak try bukak jugak
sikit je boleh

selalu aku tak terus tido lepas sahur
tapi pagi tu aku tak larat
memang tak larat
aku terus tido
aku tak sedar sampai lah aku tengok jam dah pukul 8 lebih
tapi aku tak larat bangun
kepala aku sakit sangat

sedar sedar,aku jaga adik aku kejutkan
dah pukul 12 setengah.

kenapa aku nangis teruk sangat?
sebab aku sedih.aku sedih dengan hubungan aku and MB sekarang
kitorang dah tak macam dulu lagi
MB lama dah hilang
sekarang dia bukan MB yang aku kenal dulu




Wednesday, 17 August 2011

nombor ekor.

as salam.
cehhh tajuk entry tah pape tapi baik sangat ni siap bagi salam.
okay aku nak cerita semalam aku dah beli number baru.
number maxis.so tak de lah terbang berhengget kredit MB bila nak call aku.hehehe.

semalam,MB ada tanya,kenapa number yang tu (number baru ni) yang aku pilih?
alasan kuat ku,number tu start daripada 017.ye lah number maxis 012 and 014 tu...aku rasa pelik lah nak pakai.
and alasan yang aku rasa aku suka sekali adalah...hahah.
number selepas 017 tu,start dengan number 6,and end with number 4.

so...apa yang special nye?
erm,sebab number lama aku pun start 6 last 4.
so dekat dekat lah ngan number lama tu kan.hehehe~

aku cakap kat MB,nak carik yang sebijik takde jual lak.
then MB kata : '  memang lah tak jumpa...apa lah...yany ni.  '


hehehe.alaaa b,syg gurau jek.memang lah takkan jumpa dah number tu. -__-"
tapi kan,rasa frust lah,sebab dah pakai number lain.hehehe.
dah lah tak youth club.
kalau tak,number lama aku tu,still ada 2 tahun lagi youth club tau.
ermmm rugi rugi.
tapi,nak buat camne,
benda dah jadi pun...

Monday, 15 August 2011

pakai number baru mesti jadi orang baru?

hye,
hari ni,dah masuk hari ke 5 aku tak boleh pakai number maxis aku.ohh bukan tak boleh pakai.dah memang tak pakai dah pun.
dem betul lah.banyak banyak number,number aku yang kena dek celcom nih.
aku pakai number celcom yang lama tu je sekarang.
hemmm,aku sedang berfikir,



*adakah aku patut beli simcard baru merangkap pakai number maxis baru?


*atau terus menerus pakai number celcom yang membebankan aku bila nak message and call my MB?


*atau pun aku beli je simcard maxis baru and then pergi maxis centre tukar number lama aku tu balik?



hemmm.aku rasa macam nak buat yang pilihan ke3 tu.tapi bila fikir atoi malasnya nak gi mencari maxis centre and buat segala macam hal nak tukar tukar sume tu.
tapi bila fikir balik,kalau aku tukar number lain,susah lah.
sebab sume kawan kawan aku tau number tu.
and urusan USM ke,pt ke,scholar ke,kedai kedai ke,sume aku bagi number tu.
acane ha?

rasa cam tension giler lak ingat pasal ni.hahaha.
tapi siriyes lah.sayang ngan number lama aku.
7 tahun dah aku pakai number tu.
nanti mana lah tau kawan kawan lama yang dah berzaman zaman tak contact aku tetibe nak contact balik,
mesti dorang nak contact number tu nye.
yang aku pulak mana lah tau dorang pun dah tukar number,langsung lah tak dapat contact pun.
yang da fb okay lah.
aku boleh contact kat situ je.yang aku takde?
hemmm.
nak menung untuk fikirkan masalah ni.


bye!



yela,cane ha?

Saturday, 13 August 2011

hari menjadi Chef! yihuuu~

hye,hari ni,dah berlalu 13 ramadhan..
dah 13 hari syaitan nirrojim kena ikat kat neraka.kan kan.
padan muka syaitan tu.kena ikat selama lamanya lagi bagus.
and dah 13 hari umat islam berpuasa...
walaupun aku tak puasa 13 hari,tapi aku masih tergolong di kalangan orang islam jugak tau!

okay hari ni,aku nak kepoh pasal aku dah tau masak pengat pisang!!!

cehhh kecoh giler lah kau.

eh bangga lah weh,sebab aku baru tau buat okay,hihihi.
comel giler aku potong pisang pun tak reti.ngeee~
eh perasan pulak.
okay bukan aku masak,mama yang masak.
tapi aku tolong jugak lah! :D




heee~ saje amek yang ini sebab rupa lebih kurang ngan yang ma masak tadi :D



lagi lagi?
erm lagi tadi ma masak goreng pisang.eh tak pisang goreng.
alaaa stok pisang jugak.aku yang nak.
heee~



saje pilih ini sebab nampak sangat crispy :D



lagi apa ha?tak ingat.excited nak makan dua ni je.heee~

bye! :)


Thursday, 11 August 2011

hungaryyy


erm,bawang pink dia tak juicy la.



rasa nak ngap sume. (tamak.)



ni nampak cam proper sikit.



heee~ i loike bawang pink tu. :D



nampak macam lasagna kan?
murtabak lah.



ouh,ni saaangat comel...sedapnye....



alaaa...lagi sejam setengah. :(

bye~

Wednesday, 10 August 2011

betul betul wordless wednesday. *entry orang cengeng

hye,
dah masuk 5 hari aku tak tulis hapehape kat sini ye.
erm,hari ni,banyak kali aku nanges.
terima kasih MB.
tu je aku nak citer.



memang wordless wednesday kan? :'(






Thursday, 4 August 2011

bila 1 sakit yang lain pun turut sakit.

hye,
hari ni.masuk hari ke 3 aku bersama miss P.
okay siang tadi aku and adik aku mencekik roti telur.huah! sedap.hehehe.
dan time berbuka,mama masak mee kari.woah pun sedap.
erm kau yany sume pun sedap kan. -__-"
last last nye,aku baru je kua toilet ni.cirittt birittt.ermmm.
tu la perut aku memang sensitip sikit pasal makan ni.
mulut tak sensitip.sume pun aku balun.yang jadik mangsanya perut.
ciannn miss tummy aku kan. :(

haish.tapi sebenarnya itu bukan agenda utama yang aku nak tulis kat sini.
sebenarnya aku nak cite pasal malam tadi.
okay malam tadi aku tanya mr MB pasal sesuatu ni.
pasal gambar pompuan dalam phone dia.
pompuan?pompuan mana?
banyak lah gambar pompuan.
sume nya awek dia.eiy,yang sume awek dia tu aku la.

tapi...tetibe tersesat gambar cewek sorang nih.
uiyyy aku pernah tangok gambar tu weh! kat dalam fb! fb budak pompuan tu lah.buat apa kat fb aku.
aku dah tengok lama dah.2 minggu lebey dah. ceee macam lama sangat lah kan yany.
tapi baru semalam aku nak tanya.
MB jawab apa tau?
dia kata budak tu yang send kat dia...aku pun bertanya lagi kenapa dia send pulak?
lantas MB menjawab...yang dia pun taktau kenapa budak tu send kat dia...
budak tu send kat dia pagi before nak gi class.time tu MB baru bangun tido.
okay aku jadi pelik banyak dah.tadi pelik sikit.
apa pasal pompuan tu mesti nak send gambar kat bf aku?
MB cakap dia memang tak tau kenapa...budak tu yang send kata dia nak gi class ni...

dan apa reaksi aku?
ehem ehem,dalam hati berteriak:
wei SHITTY!
aku pedulik hape kan kau nak gi class ke jamban ke mana pun.nak gi hell pun aku tak kisah langsung.
yang aku kisah sangat perlu ke send gambar kat bf orang and gedik gedik nak bagitau kau nak gi class???
fuuu lah kau weh.

okay tu aku memang marah sangat.
and then beberapa ketika aku tak ingat sangat pastu,
kitorang borak supersaver.hehehe~
tapi mood tak okay pun.aku lah yang tak okay.
kitorang cakapcakap pasal mende alah ni lah.
pastu MB kata kat aku jangan marah dia...
aku memang tak marah dia hoi.
aku marah kat pompuan tu.
habis aku sebut segala macam carut yang susah giler nak kuar dari mulut aku ni.
okay tak sume carutan yang kua.
tapi lebih lah daripada bodobodo yang aku selalu sebut.babi pun paling kuat before this.
ni tak.
memang BIJIrin pun kuar sekali lah.

dah memang gatal bijirin pun.
aku paling anti ngan pompuan yang menggatal nagn bf orang ni.
sebabbb...aku tak macam tu.
hello,kejadahnye nak send gambar kat bf orang lain weh?
pastu sibuksibuk nak bagitau yang kau tengah gaduh ngan bf kau kat bf orang?
yang tu MB lah cite semalam.
aku ada nak cite kalau aku gaduh ngan MB kat bf orang lain?
ngan member aku pun kalau dah teruk sangat baru aku cite.
lebih baik settle je sendiri kan. eventhough selalu MB je yang settle down dulu.hehehe~
bongokkk.
sumpah aku fuuu giler ngan pompuan jenis camtu hoi.
harap muka suci kan tapi hati hampes kan.
gedikgedik aku pun,aku tak gatal weh. :)

Wednesday, 3 August 2011

erhhh!!!

hye,
hari ni,dah genap 3 ramadhan.
okay dah masuk 4 ramadhan dah pun yany.
hari ni,dah 2 hari aku period.
okay kenapa semalam kau tak bagitau pun kau first day period?
sebabbb...semalam aku takde mood.sakit perut sangat lah.
lagi pun semalam aku kerja kan,so pun takde mood nak tulis blog ni. psst aku dah dapat gaji semalam tau.weee~
aku bukannya macam sesetengah orang yang semangat tulis blog walaupun perkara rubbish.
konon wordless tapi berjelajela entry nya.
shitty lah wordless tapi ber-word word kau tulis hoi.
okay aku nak cerita apa ha?ini betul wordless tapi aku nengok berbaris jugak dah aku taip kan. -__-"

erm petang tadi...aku gi BSN...beli pin number untuk PTPTN.
alaaa yang 'along' untuk pelajaran tu.
okay aku tak hingin pun nak dapat pt tuh,tapi yela bak kata mama aku,
lebey kurang bunyiknya cenggini :

'daripada tak dapat scholarship kang kak sape nak bayar yuranyuran untuk next sem kau tu?ma dah takde duit ribu ribu masa tu.sem ni ye lah ma bayarkan...duit nya dah ada...sem depan takde nya dah.'


okay ma panjangnya.akak tau lah.okay okay jap gi pegi BSN ye ma. ----->dalam hati je.

okay petang tadi lah dah selamat aku beli pin tu...
tapi tak daftar lagi ni.nanti lah nak daftar lah ni.alarh.
yelah aku nak gi daftar pt tu.
bye! B-)

Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan 1432H :)

Assalamualaikum...
hehehe...baik betul saya hari ni.ngehngeh.
dikesempatan ini,yany ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada diri sendiri memandangkan aku tengah menulis untuk diri sendiri ni...hehehe...
wah?dah setahun masa berlalu ye?
ishishish cepat betul lah...rasa macam baru je hari tu aku sambut puasa kat matrix...
teringat waktu tu,sahur sorangsorang dalam gelap...yelah,malas nak bangun makan...hehehe...
kalau rajin sangat pun gi water cooler ambik air panas nak buat nestum.
ohhh rasa macam rindu.MACAM la.hahaha...
time berbuka pulak,oh aku teringat aku selalu buka beli roti kat koop.
kenyang je untuk aku.dah biasa kan.hehehe...
tapi yang paling aku ingat 1 hari tu,aku berbuka dengan makan maggi ayam.

okay maggi ni la aku makan.sebijik ni lah.tapi aku dah masak lah baru makan.

sedangkan roommate aku sedang enak menjamu selera dengan macammacam hidangan yang dia beli dengan kawan dia kat bazar.uwww~ ;(
siap ajak membe makan dalam bilik tu...aku cuma boleh ambik bau jela...huhuhu...
tapi yelah,aku pun bukan rapat sangat dengan roommate aku...yang rapat sangat pun asyreen je...tu pun setelah 1 sem kitorang borakborak jarak jauh.hihihi...
tapi bukanlah bermaksud aku tak baik dengan roommate aku,baik je...okay sangat dengan diorang...
cuma tak rapat je...heee~
erm,tahun ni,fully bersahur and berbuka dengan family...
happy la rasa...sebab ada la orang uruskan makan minum aku..,
pastu kan,dapat makan sedapsedap tiaptiap hari...weee~
whoahhh heaven!
antara menu menu untuk berbuka yang selalu aku beli kat bazar adalah :


ayam perrrcik.aku cilok sape punya entah.




ni pun sape punya eh.taktau.aku punya lah.nyum!



herrr...favourite giler ni.char kuey teow.ngeee~



hihi...sekali sekala bukak puasa makan nasik lemak pun sedap...tapi kena ada lauk lah... :)



okay ni pun sedappp...


hoi yanie amira.belum waktu berbuka lagi lah!

hehehe...tak siasia aku simpan segala macam gambar makanan dalam lappy ni.hehehe~
ni pun,ada lagi gambar makanan aku tak letak sini tau.simpan untuk besok besok.
alaaa kan ada lagi 28 hari nak puasa.heee~

dah hobby aku memang suka makan.
makan yang sedapsedap lah.ada ke orang nak makan yang tak sedap?
heee~
actually ni hobby aku and asyreen.suka tangok makanan malammalam time lapar.
konon konon ni kira supper lah.boleh buat kenyang lah konon.hahaha~
rindu pulak dengan dia.budak kecik yang sengak giler tu.hehehe...

ma.....hari ni akak nak makan putu piring.ada tak jual?
ngeee~

putu piring tade.putung bambu ada.
PON BOLEYYY... :D


Friday, 29 July 2011

bosan sangat.

aku bosan lah.
tak tau nak buat apa...padahal banyak lagi benda nak di buat.muehehe.
nak cakap,kenapa masa cepat berlalu?
tau tak sekarang ni dah lebih 3 bulan aku terlantar di rumah selepas habis matrik bulan 4 hari tu?
okay bukanlah terlantar macam orang sakit tak berupaya tu...
maksud ku,yelah,tiada komitmen tetap.aiceh...
aaa...lagi 2 hari nak ramadhan dah...pastu maknanya lagi sebulan nak raya dah?
aaa...seminggu lepas raya dah nak kena g penang dah?
aaa...jauh lah...tak dapat balik selalu...
aaa...dah nak kena start belajar balik dah?
aaa...malas nye lah...mengadap buku,note,calculator?
aaa...adoiii...taknak lah cepat sangat...nak cuti lagi lah...
aaaaaaaaaa..........!!!

Saturday, 23 July 2011

lelaki zaman sekarang yang hampeh.

most of lelaki sekarang entah hape2.

-kutuk pompuan freehair masa kat uni/kolej/sekolah tapi weh awek nye? rambut yang berkarat,ketiak yang hitam pun terserlah!

-tengah nak try gurl tapi dalam masa yang sama ailebyu2 dengan pompuan lain.

-selesa dengan ayat 'i xde awek la...sape nk kt i..' chett. b*r!t kau lah!

-cakap kat membe, 'tlg carikkan aku awek sorg.' weh awek kau yang kau dah pegangpegangrabaraba tu nak campak mana?

-nak carik yang sexy mexy kelapa terkeluar memilih bagai tapi weh muka engkau cam bangkai weh!

-asal ada pompuan yang cute2 sikit kat fb je mesti add kan?

-kau tunjuk hint macam kau suka sangaaat kat sorang pompuan ni tapi ruparupanya dengan sume pompuan pun kau buat macam tu. 

saja tulis teringat dulu selalu kena kutuk time lalu koop KMS.
and entry ini ditulis sebab aku bengang ngan sorang mamat ni yang over dengan membe aku tapi aku tengok DP fb dia baru je ngan pompuan len.

Tuesday, 19 July 2011

selasa yang selesa?

okay,selasa hari selepas isnin.
semalam,iaitu isnin,aku keluar dengan mereka...
mereka?
heee...ada MB sekali...
awww~ rindu banget ama dia tawukk...
setelah hampir 2 bulan aku tak jumpa dia,jumpa juga semalam ye.
heee~
puas hati? takk.
dia tak bagi hadiah birthday pun lagi.
katanya,nanti.
wekk. nyampah di situ.
tak tahu lah bila baru dapat hadiah tu.
entah entah takde.
benci.
erm takpe lah.lantak je.

Friday, 15 July 2011

Uni?

hye~
setelah seminggu aku tak usik benda alah ni,hari ni aku ingin menceritakan sesuatu.

hari ni kan...result UPU keluar...so aku pun belekbelek fb ku,bukak lah semacamamcam fb kawankawan...(kawan ke?)
meratarata diorang dapat...
ada yang best aku dengar...ada yang tak best...
tapi yang tak best nya tu yang ramai...
okay aku tak berani meluahkan secara terangterangan isi hati aku ni...
kang takut kang mana lah tahu suatu hari nanti mereka mereka ni baca blog aku ni,haa kang naye je.

tapi aku nak cakap,aku pelik dengan sorang budak ni,dia dapat uni best?
sedangkan result dia takde lah best pun weh...MUET pun...
takat tu sekolah rendah pun boleh sampai...
tapi yelah,course yang dia dapat tu,course hape je tah...yang orang dah ramai ambik...
tapi takpe lah...mungkin rezeki dia kud kan...
yang aku kata ni,budak matrix aku la...

ni lagi satu,tapi ni lebih kepada bunyi kagum...hehehe~
aku kagum ngan kawan aku sorang ni,walaupun dia tak dapat USM macam aku and dini, tapi dia dapat uni best macam yang kitorang sume nak...best tau!
tapi yela...dia kan dapat 4flat...eventhough MUET tak sama aku and Dini...
lagipun course dia,bukan sciences...kalau ada kaitan ngan sciences,memang harapan lah nak dapat kud...
sebab sciences sume dalam english...
ni kira rezeki kawan aku tu lah kan...
goodluck kawan ku...boleh lah minta mak kau belikan kete sebijik...senang ouh nak balik umah...
hehehe...

tapi aku lagi best kud...sebab aku lucky one among the others~
hehehe...aku dapat pergi tempat best kata mama aku...
dapat lak dengan bestfriend aku... :)
sukasuka~

Monday, 4 July 2011

best tak kahwin? kahwin best ke?

entry ini ditulis untuk ditujukan khas kepada kakngahku Fatin Farhana and husbandnya abang Fairus...
SELAMAT PENGANTIN BARU korang!

cedap woh coklet wedding present diorang ni... :)

semoga berbahagia selalu...hingga akhir hayat...
takmo lah wish hingga anak cucu cicit je...
buatnya diorang cerai time dapat cicit first camne?
atau pun buatnya salah seorang daripada diorang meninggal time before dapat cucu camne?
taknak lah kan?kan kan kan?
so wish la sampai akhir hayat diorang...

comey kan cupcake diorang?kawan kakngah yang bagi untuk wedding present diorang...

best pulak tengok majlis kakngah semalam...
meriah gilerr lah.
yela...family kitorang kan riuh semuanya...hehe~
best tak kahwin?apa pasal aku tanya soalan ni?
entah.macam best kan...dapat hadiah buaaanyak...duit orang bagi pun buaaanyak...ngahaha...
sebab tu je ke orang nak kahwin?hehe.
tapi betul la...dapat hantaran lagi...lagilagi kalau hantaran tu ada macammacam...uwww lagi best...
pastu duit mas kahwin lagi...kalau yang lelaki bagi riburibu?makcik kayo lah!
hahaha~ yania amira...yanie amira...betulbetul materi!
lantak lah...memang aku materi pun...macam lah orang lain tu tak...
kan kan kan?hahaha~

Tuesday, 28 June 2011

Happy Birthday yany! haha...

ye...
happy birthday yanie amira...
selamat ulangtahun kelahiran yang ke 19 ye yanie amira...
kau dah besar okay?
jadi lah yang sepatutnya kau jadi!hohoho...

heee~

sedap pulak aku tengok cake tu..hehehe...
ermmm...terima kasih mama,ayah,ikin,atek sebab nyanyikan lagu epy beday and cake blueberry cheesecake yang ENAK GILERR tu! hohoho~
hadiah mana hadiah?hehehe...
yeayyy tunggu besok pulak maklong datang ambik then gi makanmakan lah...hohoho...
yeayyy dapat hadiah lagi nanti! :DD
sukasuka.ermmm tak sabar nak tunggu bad balik...
nak tuntut hadiah jugak...hahaha...
bestnya kalau birthday ni selalu...nanti selalu dapat hadiah...nanti banyak lah jadinya...hahaha sengal.
heee...sukasuka.berapa kali nak cakap suka pun taktau lah...hahaha~



Monday, 27 June 2011

hee...

sehari sebelum birthdayku.haha~
ermmm...baru dapat 1 hadiah...daripada ikin...
mana yang lain ni?hehehe.
agakagak banyak tak hadiah yang bakal aku dapat nanti?
hehehe tak malu betul lah.
teringat pulak setahun yang lepas...
time kat KMS dulu...
kawankawan yang close ngan aku kat sana buat prank kat aku...
dengan tepung,air,kek coklet yang sedap...
lepas tu berlarilari dekat astaka and bilik tutor sebab takut kena tepung...
lepas tu diorang share belanja aku makan kuey teow tomyam and milo ais kat cafe lyra...
wawa bersihkan rambut aku guna berus kain untuk sikat tepung yang melekat kat rambut aku...
terkejut+tak sangka+terharu pun ada...
uwww...
ermmm...tahun ni dah tak ada semua tu...
rasa cepat sangat masa berlalu tau...
terbayang plak semua peristiwa (aiceh) kat KMS dulu...
walaupun setahun je kat sana,and walaupun duk sana bukanlah best sangat pun,
tapi meninggalkan kenangan dalam hati jugak lahh.