hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Monday 29 August 2011

besok raya yey.

as salam...
hoh?
besok dah nak raya dah?aku rasa baru je tulis entry time baru baru puasa hari tu kan.
tengok tengok dah sebulan dah.
ermmm maknanya lagi berapa hari je lagi aku nak g USM dah.

erm nervous lah.
takut,berdebar,malas,sedih sume pun ada.
and aku tak rasa seronok pun nak raya tahun ni.

tambah tambah dengan tension nak pack barang yang berlambak.
pastu ngan tak dapat beraya dengan member tahun ni.
pastu dengan mood yang tak berapa nak ada dengan MB.

MB balik pun aku tak dapat jumpa dia...ni dah 4 hari dia balik sini tapi sekali pun aku tak jumpa dia.
dia tu kan,busy memanjang.
asyik keluar tiap tiap hari.

hari tu kata nak datang rumah aku tapi tak datang pun.
dah 2 kali cakap camtu.
bila aku tunggu tengok tak jadi.menyampah gila.
yelah,sibuk dengan kawan kawan dia.
pagi petang siang malam kawan.
padahal kat sana pun asyik ngan kawan.
kan dah janji,tapi mungkir.bagi harapan palsu je.

pastu asyik cakap rindu rindu.kalau dah janji tu datang lah betul betul!
memang aku bengang sangat ngan dia.meluat dah nak layan.
hemmmh.jaga hati kawan boleh sangat kan.hati aku tak pikir?
dah la hari tu memang kau dah kata nak datang rumah aku malam sabtu tu...tetibe kau bagitau aku kau nak gi futsal ngan kawan kawan.tanpa rasa bersalah kau tak kata sorry ke apa ke.
macam kau tak ingat je kan apa yang kau dah cakap kat aku siang tu?


tak guna ouh.
aku saaangat takde mood untuk raya.SUMPAH.


Monday 22 August 2011

hati-kepala-mata

menangis
hari ini,aku menangis lagi
menangis dan menangis

semalam aku menangis jugak.sampai mata pun bengkak and tak boleh bukak
aku cuba bukak sikit untuk tengok muka aku kat cermin
masyaAllah aku takut tengok muka sendiri
muka merah mulut bengkak jadi color maroon hidung besar color pink
and mata? sangat kecik.kecik sangat.

selalu,aku nangis kelopak bawah je bengkak.tapi semalam kelopak atas pun bengkak jugak
and,eyeball aku,banyak urat timbul
aku try nak kurangkan bengkak tu.aku ambik wudhuk
and aku niat nak solat hajat
memandangkan waktu pun dah dekat pukul 4 pagi

tapi,sama je.
bengkak tak surut
tak mungkin lah cepat sangat surut
aku nangis 3 jam non stop okay?
3 jam.

masa adik aku kejutkan bangun sahur
aku tak boleh bukak mata aku ni
aku basuh muka nak try bukak jugak
sikit je boleh

selalu aku tak terus tido lepas sahur
tapi pagi tu aku tak larat
memang tak larat
aku terus tido
aku tak sedar sampai lah aku tengok jam dah pukul 8 lebih
tapi aku tak larat bangun
kepala aku sakit sangat

sedar sedar,aku jaga adik aku kejutkan
dah pukul 12 setengah.

kenapa aku nangis teruk sangat?
sebab aku sedih.aku sedih dengan hubungan aku and MB sekarang
kitorang dah tak macam dulu lagi
MB lama dah hilang
sekarang dia bukan MB yang aku kenal dulu




Wednesday 17 August 2011

nombor ekor.

as salam.
cehhh tajuk entry tah pape tapi baik sangat ni siap bagi salam.
okay aku nak cerita semalam aku dah beli number baru.
number maxis.so tak de lah terbang berhengget kredit MB bila nak call aku.hehehe.

semalam,MB ada tanya,kenapa number yang tu (number baru ni) yang aku pilih?
alasan kuat ku,number tu start daripada 017.ye lah number maxis 012 and 014 tu...aku rasa pelik lah nak pakai.
and alasan yang aku rasa aku suka sekali adalah...hahah.
number selepas 017 tu,start dengan number 6,and end with number 4.

so...apa yang special nye?
erm,sebab number lama aku pun start 6 last 4.
so dekat dekat lah ngan number lama tu kan.hehehe~

aku cakap kat MB,nak carik yang sebijik takde jual lak.
then MB kata : '  memang lah tak jumpa...apa lah...yany ni.  '


hehehe.alaaa b,syg gurau jek.memang lah takkan jumpa dah number tu. -__-"
tapi kan,rasa frust lah,sebab dah pakai number lain.hehehe.
dah lah tak youth club.
kalau tak,number lama aku tu,still ada 2 tahun lagi youth club tau.
ermmm rugi rugi.
tapi,nak buat camne,
benda dah jadi pun...

Monday 15 August 2011

pakai number baru mesti jadi orang baru?

hye,
hari ni,dah masuk hari ke 5 aku tak boleh pakai number maxis aku.ohh bukan tak boleh pakai.dah memang tak pakai dah pun.
dem betul lah.banyak banyak number,number aku yang kena dek celcom nih.
aku pakai number celcom yang lama tu je sekarang.
hemmm,aku sedang berfikir,



*adakah aku patut beli simcard baru merangkap pakai number maxis baru?


*atau terus menerus pakai number celcom yang membebankan aku bila nak message and call my MB?


*atau pun aku beli je simcard maxis baru and then pergi maxis centre tukar number lama aku tu balik?



hemmm.aku rasa macam nak buat yang pilihan ke3 tu.tapi bila fikir atoi malasnya nak gi mencari maxis centre and buat segala macam hal nak tukar tukar sume tu.
tapi bila fikir balik,kalau aku tukar number lain,susah lah.
sebab sume kawan kawan aku tau number tu.
and urusan USM ke,pt ke,scholar ke,kedai kedai ke,sume aku bagi number tu.
acane ha?

rasa cam tension giler lak ingat pasal ni.hahaha.
tapi siriyes lah.sayang ngan number lama aku.
7 tahun dah aku pakai number tu.
nanti mana lah tau kawan kawan lama yang dah berzaman zaman tak contact aku tetibe nak contact balik,
mesti dorang nak contact number tu nye.
yang aku pulak mana lah tau dorang pun dah tukar number,langsung lah tak dapat contact pun.
yang da fb okay lah.
aku boleh contact kat situ je.yang aku takde?
hemmm.
nak menung untuk fikirkan masalah ni.


bye!



yela,cane ha?

Saturday 13 August 2011

hari menjadi Chef! yihuuu~

hye,hari ni,dah berlalu 13 ramadhan..
dah 13 hari syaitan nirrojim kena ikat kat neraka.kan kan.
padan muka syaitan tu.kena ikat selama lamanya lagi bagus.
and dah 13 hari umat islam berpuasa...
walaupun aku tak puasa 13 hari,tapi aku masih tergolong di kalangan orang islam jugak tau!

okay hari ni,aku nak kepoh pasal aku dah tau masak pengat pisang!!!

cehhh kecoh giler lah kau.

eh bangga lah weh,sebab aku baru tau buat okay,hihihi.
comel giler aku potong pisang pun tak reti.ngeee~
eh perasan pulak.
okay bukan aku masak,mama yang masak.
tapi aku tolong jugak lah! :D




heee~ saje amek yang ini sebab rupa lebih kurang ngan yang ma masak tadi :D



lagi lagi?
erm lagi tadi ma masak goreng pisang.eh tak pisang goreng.
alaaa stok pisang jugak.aku yang nak.
heee~



saje pilih ini sebab nampak sangat crispy :D



lagi apa ha?tak ingat.excited nak makan dua ni je.heee~

bye! :)


Thursday 11 August 2011

hungaryyy


erm,bawang pink dia tak juicy la.



rasa nak ngap sume. (tamak.)



ni nampak cam proper sikit.



heee~ i loike bawang pink tu. :D



nampak macam lasagna kan?
murtabak lah.



ouh,ni saaangat comel...sedapnye....



alaaa...lagi sejam setengah. :(

bye~

Wednesday 10 August 2011

betul betul wordless wednesday. *entry orang cengeng

hye,
dah masuk 5 hari aku tak tulis hapehape kat sini ye.
erm,hari ni,banyak kali aku nanges.
terima kasih MB.
tu je aku nak citer.



memang wordless wednesday kan? :'(






Thursday 4 August 2011

bila 1 sakit yang lain pun turut sakit.

hye,
hari ni.masuk hari ke 3 aku bersama miss P.
okay siang tadi aku and adik aku mencekik roti telur.huah! sedap.hehehe.
dan time berbuka,mama masak mee kari.woah pun sedap.
erm kau yany sume pun sedap kan. -__-"
last last nye,aku baru je kua toilet ni.cirittt birittt.ermmm.
tu la perut aku memang sensitip sikit pasal makan ni.
mulut tak sensitip.sume pun aku balun.yang jadik mangsanya perut.
ciannn miss tummy aku kan. :(

haish.tapi sebenarnya itu bukan agenda utama yang aku nak tulis kat sini.
sebenarnya aku nak cite pasal malam tadi.
okay malam tadi aku tanya mr MB pasal sesuatu ni.
pasal gambar pompuan dalam phone dia.
pompuan?pompuan mana?
banyak lah gambar pompuan.
sume nya awek dia.eiy,yang sume awek dia tu aku la.

tapi...tetibe tersesat gambar cewek sorang nih.
uiyyy aku pernah tangok gambar tu weh! kat dalam fb! fb budak pompuan tu lah.buat apa kat fb aku.
aku dah tengok lama dah.2 minggu lebey dah. ceee macam lama sangat lah kan yany.
tapi baru semalam aku nak tanya.
MB jawab apa tau?
dia kata budak tu yang send kat dia...aku pun bertanya lagi kenapa dia send pulak?
lantas MB menjawab...yang dia pun taktau kenapa budak tu send kat dia...
budak tu send kat dia pagi before nak gi class.time tu MB baru bangun tido.
okay aku jadi pelik banyak dah.tadi pelik sikit.
apa pasal pompuan tu mesti nak send gambar kat bf aku?
MB cakap dia memang tak tau kenapa...budak tu yang send kata dia nak gi class ni...

dan apa reaksi aku?
ehem ehem,dalam hati berteriak:
wei SHITTY!
aku pedulik hape kan kau nak gi class ke jamban ke mana pun.nak gi hell pun aku tak kisah langsung.
yang aku kisah sangat perlu ke send gambar kat bf orang and gedik gedik nak bagitau kau nak gi class???
fuuu lah kau weh.

okay tu aku memang marah sangat.
and then beberapa ketika aku tak ingat sangat pastu,
kitorang borak supersaver.hehehe~
tapi mood tak okay pun.aku lah yang tak okay.
kitorang cakapcakap pasal mende alah ni lah.
pastu MB kata kat aku jangan marah dia...
aku memang tak marah dia hoi.
aku marah kat pompuan tu.
habis aku sebut segala macam carut yang susah giler nak kuar dari mulut aku ni.
okay tak sume carutan yang kua.
tapi lebih lah daripada bodobodo yang aku selalu sebut.babi pun paling kuat before this.
ni tak.
memang BIJIrin pun kuar sekali lah.

dah memang gatal bijirin pun.
aku paling anti ngan pompuan yang menggatal nagn bf orang ni.
sebabbb...aku tak macam tu.
hello,kejadahnye nak send gambar kat bf orang lain weh?
pastu sibuksibuk nak bagitau yang kau tengah gaduh ngan bf kau kat bf orang?
yang tu MB lah cite semalam.
aku ada nak cite kalau aku gaduh ngan MB kat bf orang lain?
ngan member aku pun kalau dah teruk sangat baru aku cite.
lebih baik settle je sendiri kan. eventhough selalu MB je yang settle down dulu.hehehe~
bongokkk.
sumpah aku fuuu giler ngan pompuan jenis camtu hoi.
harap muka suci kan tapi hati hampes kan.
gedikgedik aku pun,aku tak gatal weh. :)

Wednesday 3 August 2011

erhhh!!!

hye,
hari ni,dah genap 3 ramadhan.
okay dah masuk 4 ramadhan dah pun yany.
hari ni,dah 2 hari aku period.
okay kenapa semalam kau tak bagitau pun kau first day period?
sebabbb...semalam aku takde mood.sakit perut sangat lah.
lagi pun semalam aku kerja kan,so pun takde mood nak tulis blog ni. psst aku dah dapat gaji semalam tau.weee~
aku bukannya macam sesetengah orang yang semangat tulis blog walaupun perkara rubbish.
konon wordless tapi berjelajela entry nya.
shitty lah wordless tapi ber-word word kau tulis hoi.
okay aku nak cerita apa ha?ini betul wordless tapi aku nengok berbaris jugak dah aku taip kan. -__-"

erm petang tadi...aku gi BSN...beli pin number untuk PTPTN.
alaaa yang 'along' untuk pelajaran tu.
okay aku tak hingin pun nak dapat pt tuh,tapi yela bak kata mama aku,
lebey kurang bunyiknya cenggini :

'daripada tak dapat scholarship kang kak sape nak bayar yuranyuran untuk next sem kau tu?ma dah takde duit ribu ribu masa tu.sem ni ye lah ma bayarkan...duit nya dah ada...sem depan takde nya dah.'


okay ma panjangnya.akak tau lah.okay okay jap gi pegi BSN ye ma. ----->dalam hati je.

okay petang tadi lah dah selamat aku beli pin tu...
tapi tak daftar lagi ni.nanti lah nak daftar lah ni.alarh.
yelah aku nak gi daftar pt tu.
bye! B-)

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan 1432H :)

Assalamualaikum...
hehehe...baik betul saya hari ni.ngehngeh.
dikesempatan ini,yany ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada diri sendiri memandangkan aku tengah menulis untuk diri sendiri ni...hehehe...
wah?dah setahun masa berlalu ye?
ishishish cepat betul lah...rasa macam baru je hari tu aku sambut puasa kat matrix...
teringat waktu tu,sahur sorangsorang dalam gelap...yelah,malas nak bangun makan...hehehe...
kalau rajin sangat pun gi water cooler ambik air panas nak buat nestum.
ohhh rasa macam rindu.MACAM la.hahaha...
time berbuka pulak,oh aku teringat aku selalu buka beli roti kat koop.
kenyang je untuk aku.dah biasa kan.hehehe...
tapi yang paling aku ingat 1 hari tu,aku berbuka dengan makan maggi ayam.

okay maggi ni la aku makan.sebijik ni lah.tapi aku dah masak lah baru makan.

sedangkan roommate aku sedang enak menjamu selera dengan macammacam hidangan yang dia beli dengan kawan dia kat bazar.uwww~ ;(
siap ajak membe makan dalam bilik tu...aku cuma boleh ambik bau jela...huhuhu...
tapi yelah,aku pun bukan rapat sangat dengan roommate aku...yang rapat sangat pun asyreen je...tu pun setelah 1 sem kitorang borakborak jarak jauh.hihihi...
tapi bukanlah bermaksud aku tak baik dengan roommate aku,baik je...okay sangat dengan diorang...
cuma tak rapat je...heee~
erm,tahun ni,fully bersahur and berbuka dengan family...
happy la rasa...sebab ada la orang uruskan makan minum aku..,
pastu kan,dapat makan sedapsedap tiaptiap hari...weee~
whoahhh heaven!
antara menu menu untuk berbuka yang selalu aku beli kat bazar adalah :


ayam perrrcik.aku cilok sape punya entah.




ni pun sape punya eh.taktau.aku punya lah.nyum!



herrr...favourite giler ni.char kuey teow.ngeee~



hihi...sekali sekala bukak puasa makan nasik lemak pun sedap...tapi kena ada lauk lah... :)



okay ni pun sedappp...


hoi yanie amira.belum waktu berbuka lagi lah!

hehehe...tak siasia aku simpan segala macam gambar makanan dalam lappy ni.hehehe~
ni pun,ada lagi gambar makanan aku tak letak sini tau.simpan untuk besok besok.
alaaa kan ada lagi 28 hari nak puasa.heee~

dah hobby aku memang suka makan.
makan yang sedapsedap lah.ada ke orang nak makan yang tak sedap?
heee~
actually ni hobby aku and asyreen.suka tangok makanan malammalam time lapar.
konon konon ni kira supper lah.boleh buat kenyang lah konon.hahaha~
rindu pulak dengan dia.budak kecik yang sengak giler tu.hehehe...

ma.....hari ni akak nak makan putu piring.ada tak jual?
ngeee~

putu piring tade.putung bambu ada.
PON BOLEYYY... :D