hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Sunday, 15 January 2012

triffle ku kali ini sangat SEDAP!!!

hye,
hohoho~

lama gak tak update kan.
tapi, takde pape yang best pun.
cuma nak cerita pasal semalam,
semalam yany buat triffle lagi... :D
and this time punya sangatlah sedap, enak dan lazat!
hehehe

this time punya lebih sedap daripada yang first time buat hari tu.
sebabnya, kastard dia tak keras dah.
and then jelly dia yany beli perisa strawberry,
and then this time yany letak buah cocktail :)

hari tu punya kan, kastard dia keras pulak, sebab yany terbubuh custard powder banyak sangat :(
and hari tu takde buah buah, just ada nata de coco, tu pun sikit je.
yang kali ni, hambik kau! aku letak nata de coco semampat mampat nye.
sampai dah tak muat ruang dah layer atas dia, penuh ngan nata je...
tu pun, yany dah letak buah buah kat layer bawah kastard, and nata sikit.
yang atas kastard, letak buah sikit, nata banyak.
nyum!

nak tengok?
jap jap.
heee~

this time guna butter cake...rainbow rainbow :)


kemudian, letak buah buah and nata de coco :)


then letak custard yang dah dimasak :)
(ouh yang ni yany guna yang first time buat ri tu...yang custard keras tu :P 
sebab yang baru ni lupa nak snap. hehe)


then pas custard keras, letak lagi nata de coco and buah buah tu :D


finally...jeng jeng jeng
bancuh crystal jelly nona and tuang kan...

and hasil nya...


ye...kelihatan nya sangat menggiurkan kan? kan? kan?
bukan saja menggiurkan, malah meng-liurkan. :D


okay, yang itu adalah sessi kedua yang semalam punya yang tersedap sekali punya.
nak tengok yang hari tu punya?
yang hari tu punya yany tak letak dalam blog sebab lemah semangat 
pas ada certain gambar yang yany snap tak di save kan rupanya.
tapi still ada gambar time dah jadi hasilnya...


teng teng teng...ini triffle pertamaku

tapi yang first ini, yany tak guna butter cake
guna swiss roll macam resepi asal dia
eh tapi patut nya resepi asal buat kek sendiri.
tak main kek segera potong potong ni

then yang first time ni kan custard dia keras, terlebih tepung kastard.
pastu kurang manis sebab gula kurang. hehehe
pastu natade coco kau tengok lah? berapa ketoi je yang ada?
tu pun jarang jarang je aku letak.

last last tengok cam malu malu je triffle yany ni,
yany pi bantai potong pudding sumi dalam cup kicik kicik tu
then letak dalam jelly tu terus. hahaha
nampak lah ada benda atas tu kan? hehehe

tapi, lantak lah.
ada aku kesah?
janji triffle ku this time udah menjadi... :D


Monday, 9 January 2012

teketeketekek

eh baca lelaju macam tetetetetetetk pulak.
amende yany nih?

okay nak tulis, esok MAT 111 - Linear Algebra,

lusa lak MAT 101 - Calculus.

mati aku weh mati!!!

Friday, 6 January 2012

Bila seseorang tu tak Bodoh,

Orang akan memanggilnya Pandai.



Pandai tak semestinya Bijak.



Bijak tak semestinya Pintar.



Pintar tak semestinya Cerdik.




dalam banyak banyak benda yang seseorang itu Pandai, Bijak, Pintar atau Cerdik,
masih ada ciri ciri yang menampakkan keBodohan nya.


p/s reaksi ku tentang kes Amalina Che Bakri, lately.

Sunday, 1 January 2012

welcome 2012! :D

as salam,
tak terlambat lagi lah kan nak wish Happy New Year 2012.
tah kau wish kat sape yany? bukan ada orang baca blog kau pun. haha
takpe lah, aku wish kat diri sendiri jelah. heee kesian.

ouh btw lambat wish kat sini sebab aku busy lah hari ni.
start semalam dah busy act.
busy dating ngan MB.
haihhh kau yany, study week pun kau g dating eh? terror.
taktau lah ape jadi ngan kalkulus and aljabar kau.

takpe lah, sempena tahun baru, aku berusaha untuk jadi lebih rajin.
LEBIH rajin??? abes sekarang kau KURANG rajin ke?
rasanya langsung TAK rajin adelah. -______-
tah apa nak jadi lah.

aku niii, selalu bebel kat diri sendiri.
kunun kunun nak motivate diri lah.
tapi tak sedor sedor jugak.
and untuk tahun ni, aku dah nekad dan tekad,
aku nak berusaha untuk laksanakan perkara perkara seperti berikut :

---> TAK tinggal solat 5 waktu dah. T.T
---> try khatam kan Al-Quran lagi dan lagi dalam tahun ni
---> KURANG kan beli baju!

okay, tu je aku terpikir dari hari ke hari.
aku rasa perkara first yang aku tekad nak buat tu lah paling penting sekali dalam hidup aku.
bukan aku je, hidup semorang lah.
aku rasa sebab selama ni aku rompong rompong solat kud yang menyebabkan aku ni susah nak jadi orang berjaya. T.T
sehubungan dengan itu, aku harap sangat tahun ni aku berusaha untuk tak rompongkan solat 5 waktu aku lagiii

ada orang cakap, kalau nak berazam untuk berubah, kenapa tak start tyme tahun baru Hijrah hari tu je?
kenapa nak start ikut tahun baru Masihi?
erm, betul lah orang tu cakap.
tapi yelah, kita ni dah dibiasakan dengan perkara perkara yang dibawa Barat.
sampai lupa and lalai dengan apa yang agama kita ajar. *ermmm aku lah tu.

tapiii pada aku, kalau dah kita nak berubah, kearah yang lebih baik,
takyah lah nak tunggu tahun baru Masihi ke, tahun baru Hijrah ke, tahun baru Cina sekalipun,
kalau dah kau nak ubah diri kau, just do it.
tapi berubah jadi lebih baik lah of coz.
cumanye, tahun baru tu jadi platform jelah untuk kau mulakan misi perubahan kau tu. *platform? hantam lah labu.

bila untuk berubah tu, bila kau nak? sekarang lagi bagus
cuma aku lah rasa nak berazam kan,
kalau tak bek orang takyah dok tanya tanya :

' tahun baru bakal tiba lagi... apakah azam tahun baru anda? kongsi kan bersama. '

camtu kan? heee

aku taktau lah aku lalut ape.
tapi betul lah, aku harap sangat ni, aku tak rompong solat aku lagi.
mintak jauhkan lah segala anasir anasir jahat syaitonirrojim untuk halang aku buat baik ni.
aminnn

Tuesday, 27 December 2011

the another NIE that i know :)

hey,
malam malam ni,
tetiba yany nak tulis pasal sorang kawan yany ni.
taktau nape yany teringat kat dia ni. hehehe.
baru je tadi upload pic yany with dia kat fb. :)

semua orang mesti ada bestfriend dia sendiri kan?
yany pun ada.
and yany ada ramai good good friend.
tambah tambah lepas masuk USM ni,
lagi ramai goodfriend yany kenal.
memang semuanya good.
diorang semua selalu menggalakkan yany ke arah kebaikan.
cuma yany ni je yang tak berapa nak baik. huuu

tapi,
bestfriend lain.
bestfriend ni, tak perlu ada sebab kenapa kita nak anggap dia bestfriend kita.
tapi of course lah orang yang kita anggap bestfriend tu orang yang patut lah.
takkan lah orang jahat pun kita nak buat jadik bestfriend kita kan. :)


ini dini.

yang ni bestfriend yany.
dah 6 tahun kitorang berkawan.
since sekolah until now.
terpisah time matrik je.
tapi bila balik mesti hangout sama nye lah.
kitorang masuk USM pun sebab nak sama sama.


ini tyme form 4 kud la?


tyme g beraya rumah ejoy kawan MB. :)


tyme ni bawak dini kenal ngan MBku. heee


bawang Besar bawang Kecik. ngeh ngeh ngeh


kami baru pas potong rambut. tyme ni cuti matrik rasa. :)


g tengok HSM 3...


akhir form 3...g beraya.. hehehe


kitorang suka pic ni.
eventhough kitorang tak suka nak ingat moment pic ni disnap. :P


akhir tahun form 4...


outing di zaman U
*i miss my old phone :'(


jamuan raya Saujana...
blok kitorang kat USM :)


testing testing
*last last dini amek yang yany pakai,
yany amek yang dini pakai...


1 hari di mcD Sungai Dua


try baju lagi~


yany came to Seremban~~~


Lake Garden at Seremban :)


raya time zaman matrik...


the day of Nur Kasih :D


zaman sekolah.
*jam sama kan? :D


form 5?
rambut ku pendek lagi...


rambut lain lain, hati pun lain lain
janji jangan hasad dengki iri hati,
itu sahabat sejati ;)


I love you kawan!

Monday, 26 December 2011

comel comel comel

hye,
hari ni ada kenduri kat rumah tokcu.
tapi yany tak snap gambar kenduri pun.
yany sakit perut.
miss P datang lak tetibe.
cuma sempat snap pic ini.


nape adek maisarah takmo senyum? kak jannah yela gigi dia locak. heee



iman. comel kan? :D

Sunday, 18 December 2011

hye hair?

ouh hye,


ini saye,
saye lah,
Yanie Amira binti Salleh.


last week.
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
ouh ye,


yang ini pun saye jugak.



this week.



*see any difference?
weheee~

Saturday, 17 December 2011

hehuhehu.

salam :)

hari tu, aku ada post pasal Bertunang tu kan,
aaahahaha...
ada sesiapa nak percaya ke aku bertunang?
hihihi.

actually, takde lah, bukan aku yang bertunang.
adik bongsu tu, dia yang bertunang.
eh?
bukan bukan jugak. takde sesiapa pun yang bertunang.
itu hanyalah gimik semata mata.

sebenarnye, tu majlis lain.
majlis apa?
jap, 


haa, ini lah tujuan majlis sebenar ia diadakan.
majlis khatan Quran dan majlis potong nainai si manje ku jantan ni.
*buruk kan gambar dia? nape lah ma pilih gambar ni. -__-



taraaa! ini lah pengantin sebenar. bukan aku. heee



tyme si manje ku jantan tengah baca Quran...


ehm ehm, aku tak sempat nak snap pic banyak banyak.
taktau lah nape.
maybe coz busy melayan tetamu. aiceh. macam lah kau orang penting sangat. :P
btw, kalau dah snap snap pic ni, tak sah lah kan kalau takde muka aku?
ni phone aku kan, harus lah ada gambar aku weh.



with yoya. kakak sedare aku. yang paling rapat.
aku tak suka pakai shawl tu. gatal tengkuk. jadi aku tak pin pun dia.
biar lah terburai macam makcik makcik pun.


ouh btw lagi, aku terlupa nak snap pic aku sorang. 
apa yang aku ingat time tu pun entah lah.
ingat bad nak datang jap lagi tu je kud. heeehehe
tapi aku tak tau lah kalau pic aku ada kat dalam phone yoya ni atau ada kat camera adek sedare aku ke 
atau kat phone adik aku yang pompuan tu ke atau kat mane mane.
maklum lah aku femes so pic aku di snap snap oleh orang ramai. *muntahmuntah

ye di sini saye serta kan gambar gambar suasana di hari raya ye.
bukan bukan, suasana time majlis ini berlangsung.
sorry gambar tak banyak.
nanti nanti lah aku mintak kat adek sedare aku.
dia snap guna camera mahal.
so mesti banyak gambar dia amek.
maklum juge, mama aku dah suruh dia jadi cameraman tak berbayar pada hari tersebut.


ni tyme rombongan marhaban and berzanji datang.
diorang bermarhaban ngiongngiong aku dengar.
*teringat tyme aku kecik kecik dulu aku kan join group cenggini.


alololo si manje..kau reti baca Quran? 
dah besar kau ye. nak potong punai dah. :P


ini si buruks. hahahahahahah


jemput jemput makan...


ini antara juadah yang disediakan.
ada banyak lagi tau. aku tak snap.
haish kenapa lah aku ni kan.


aku taktau apa motif.
tapi aku sayang gambar ni. :)


herm... nak tengok pic lagi ke?
walaupun tak banyak pic macam aku bagitau tadi,
tapi banyak jugak lah untuk aku upload.
huh lenguh lenguh.


ini pun aku takatau apa motif?


kakak jannah and adik maisarah. <3

sessi penyerahan hadiah kepada ustazah.


okay time aku rasa best giler ustazah ni.
mama aku bagi apa tau?
dalam kotak besar tu ada kain pasang, tudung labuh, sejadah and telekung.
of course lah bukan yang cikai cikai punya.
mama...kalau beli nak bagi orang mesti lah nak yang elok, yang cantik.
pastu, bunga telur tu, satu pahar mama bagi kat ustazah ni.
dengan pulut kuning satu mangkuk. actually bukan mangkuk, periuk kaca kecik.
nampak tak yang balut cam hamper kecik tu?
ha tu lah dia. siap masak rendang nya lagik.
huuu~
untung untung untung.

aku tanya ma, nape nak bagi banyak bnyak ni ma?
ma aku kata mana ada bnyak, time dia khatam dulu,
mak dia bagi replika masjid kat orang masjid.
dalam replika masjid tu ada 44 jenis kuih yang berlainan.
biar betol???
44 jenis kuih?
jenuh lah nak menggodek kuih apa yang belum diletak dalam masjid tu.
huuu asal aku khatam dulu ma buat pulut kuning and kari telur je ma?
nape ma???

okay biar lah.
dah rezeki ustazah tu, ilmu yang dia bagi lagi banyak kan.



ouh ini bakal pengantin lagi 5 tahun insyaAllah. :D


aku kecewa gak lah,
time ni,
aku dah basuh muka,so mekap mekap aku pagi tu dah takde
aku malas nak pakai balik. rimas rasa.
lagi pun, MB ni tak suka aku pakai mekap. lantak muka comot cemane pun. kau takyah bermekap.
huuu hasilnya muka aku legam cam kuih telinga keling.
yang dia puteh cam dim sum cina. huh.
MB datang semat lagi tu...
siap kemeja. u u uwww
habis lah aku kenal kan dia kat sedare mare. hahah.
paling takbleh blah, maklong cakap... 'lawa budaknyeeee...'
haaahahahahaha.
tau lah muka k-pop. *bak kata sorang pakcik aku

ouh pape pun,
time aku tulis post ni, adik aku dah selamat pun potong nainai dia.
hahahah...
sekarang dia asyik mengerang kesakitan bila ayah nak sapu ubat. hohoho XD

Tuesday, 13 December 2011

selamat bertunang yany. :P

okay tadi kata nak update esok?
ah suka hati lah blog aku kan.
hehehe.

berdasarkan title di atas,
saya ingin mengumumkan bahawasanya saya telah sah menjadi tunangan orang pada hari ini.
heee~
Alhamdulillah segala program yang dirancang berjalan dengan sempurna...
takde masalah...
makanan untuk tetamu pun cukup...
malahan berlebih-lebih lagi...
huhuhu...

semua orang pun happy dengan majlis yang dilangsungkan ni...
saya apa lagi, senyum je memanjang hari ni.
hehehehe
tapi maaf lah,
tak banyak gambar yang dapat disertakan disini,
maklum lah,saya kan orang penting,
jadi, agak busy, so masa untuk snapping2 tak berapa nak cukup.
huhuhuhu

nanti nanti bila saya free, akan saya upload kan gambar gambar pada hari kejadian ye,
penat ni,
and, happy + excited tak habis lagi.
huahuahua

bye!

balik yeay. :D

hye..
baru hari ni aku nak update.
lastweek aku balik rumah.
balik dengan MB naik bus. heee
balik pun sebab ada kenduri...
sampai sampai duta dah pukul 1 pagi camtu...mama and ayah datang amek.
sampai rumah ada la dalam pukul dua.
tu pun sebab gi rawang dulu, hantar kan MB kat rumah dia.
mama and ayah tak bagi dia suruh kawan dia datang amek.
dorang kata bahaya. aiceceh.

rasa sekejap je aku balik rumah tau.
rasa cepat sangat masa berlalu.
tapi memang sekejap je pun aku balik.
tak sampai lah exact 2 hari aku kat rumah.

hari sabtu tu, g Shah Alam,
hantar dokumen perjanjian sume.
ouh lupa nak story kat sini eh, aku berjaya interview pinjaman Selangor...
so sabtu ri tu la hari penyerahan perjanjian sume.
huh tunggu turn, lama okay, last last kul 1 camtu, settle.
Alhamdulillah, takde prob, sume dah lengkap. :)


membelanja mama and ayah makan aiskrim motor.weheee~


dari Shah Alam, ke PJ pulak.
g rumah tokcu..
amek tokcu and andak bawak datang rumah kitorang.
since sabtu lah few sedara mara datang tido kat rumah sebab nak tolong tolong apa yang patut.
sampai samapi rawang, dah dekat pukul 6, memang penat.
macam masa banyak habis kat perjalanan je...

sampai di rumah, tolong tolong lah buat kerja sikit. (tolong ke???)
lepas maklong and family datang, kitorang start pack pack kan goddie bag untuk guest yang nak datang esoknya tu.
herm esok dah hari langsung, kena lah buat cepat cepat.
sebab pastu nak masak masak yang untuk pagi esok nya tu pulak.
nasib baik lah makanan untuk guest sume catering, just tinggal nak masak sikit sikit untuk sedara mara yang datang awal pagi sok nya tu je.

huh.
sangat penat lah.
padahal aku takde lah buat kerja banyak sangat pun.
sebab dah ramai kan, sorang sikit jela buat.
tapi fun lah, ramai sedara mara, meriah rasa. heee

nanti lah sok ke aku update pasal hari langsung tu pulak ye,
nak mandi.
huhe :D

Monday, 5 December 2011

kenapa ha??

slm,
adoiyaiii...kenapa lah susah sangat nak update blog kat sini??
padahal kekawan aku senang je update blog dorang.
selalu ada story baru.
tapi aku???
story baru banyak...tapi bila time nak cite tu,nak log in pun tak dapat. T.T
erm this time aku takde lah nak cite story yang best best.
yang best best hari hari tu dah lupa.
malas nak cite balik. huhaha.

erm tapi aku tengah kecewa sebenarnya.
kecewa dengan result test aku.
semua test aku kot result tak best!!!
aku rasa  menyesal lah pulak ambik course math ni.
tetibe rasa ... "nape lah aku tak letak bio as my first choice???"
tengok konon minat sangat math. tapi sekarang ape jadik???
huuuuuuuuuuuuu

erm lagi sebulan la lebih kurang nak final dah.
cuak giler nih.
cemane aku nak buat???
dah lah soalan exam pelik pelik.
math tapi banyak minta ayat. amende???
takut sangat.
dengan test yang bercelaru.
cemane nak dapat dean list?
huuuuuuuuuuuuuu nak nangis ni.

takut lah. ggrr

Tuesday, 8 November 2011

hoyeaaa~~~

salam,
aiceee baiknye saya...
hari ni hari ke 4 aku cuti.
pagi tadi dah g interview pinjaman selangor tu.
Alhamdulillah~ berjalan lancar semuanya :)
nasib baik lah aku dapat panel yang baik...
and dia tanya soalan yang aku boleh lah,jawab dengan tenang. heee~
takde lah buat aku cuak sangat. heee~
erm apa apa pun,harap harap aku dapat lah pinjaman selangor tu :)
Aminnn~~~

lepas interview tu,
g lah jalan jalan ngan yoya g usha usha phone. :D
mula mula g shah alam. Plaza Alam Sentral yang aku beli phone sony ri tu.
tapi takde yang berkenan. :(
pastu g lah Digital Mall, erm takde yang berkenan jugak.
erm aku sebenarnya tak tau nak beli phone apa.
heee~

last last, g lah Subang...
pastu g tengok phone kat Carrefour, ada lah yang berkenan.
heee akhirnya aku berkenan lah ngan phone ni :


cantek kan cantek kan?


heee~ cantek kan? :P
aku suka pun sebab camera dia 5mp. then dia pakai Android.
pastu dia ada video call :)
and kaler pun cantekkk.
puteh + pink tewww~
ingat nak beli bb tadi tapi bb buruk -__-
lagi pun aku nak touch. then nak camera cantek. and nak 3g. heee~
if bb takde sume tu kan...
lagi pun aku rasa bebudak beli bb tu sebab nak nama je kan.
so better aku beli phone yang aku suka je.
watpe nak ikut orang.. :D

so biar lah aku ngan sony jek :D

Monday, 24 October 2011

nak balik...

hye~
lama sungguh yany tak update kat sini.
erm rasa cam tak tau nak tulis ape...
sebab yany rasa hidup cam plain je sekarang...
tapi kan,
semalam yany g kuar ngan dini...
tujuan nya nak g beli hadiah MB la...
hehehe~
yela,birthday dia kan nak dekat dah.
muahx kat MB. :)

birthday MB bila?
sama ngan mama yany...
sabtu ni...
yany beli apa?
adalah...nanati baru snap pic and upload kat sini...hihihi~

tapi serious comel hadiah dia.
aicehhh nak puji sendiri pandai pilih la tu.uwekkk~
yany puas hati sangat sebab dia dapat hadiah yany pun dapat...
hahaha...kitorang punya benda sama...
kaler sama...
nanti boleh pakai sama sama...ceee sweet la tu...
awww~

nanti nak kuar lagi nak beli hadiah mama pulak...
hari tu cari tak jumpa yang best nak bagi mama la...
so nanti nak kuar g mall lain pulak...
hehehehehe :)

tak sabar nak balik tau...
nak bagi 2 orang yang yany sayang ni birthday present dorang... :D

muahx!

Sunday, 9 October 2011

tired.

weh aku penat.

serious penat.
tapi happy jugak lah.
3 hari 2 malam di Lata Perangin...
wuuu benda baru yang aku tak pernah rasa.
tak pernah rasa berkem kem ni.
tak pernah rasa masuk hutan malam malam.
tak pernah rasa lintas titi tali lah kawad duri lah berenang dalam air berlumpur lah.
macam macam lagi lah.hehehe...
paling tak leh terima kena calit lumpuh di seluruh muka. YUCKS! sangat geli.
balik balik muka aku naik banyak jerawat. ggrr.

tapi takpe lah aku happy.
happy sebab aku antara orang yang bertuah (ceee) dapat kem paling tough.
padan lah muka kan,selama ni tak pernah langsung jejak tempat camtu.hehe
and happy sebab aku dapat buat semua aktiviti dengan jayanya.
happy sebab kem yang aku joint ni fun giler.
dengan camp com yang kelakar habis,pastu ada je peserta yang menghiburkan hati.
and happy juge sebab jumpa ramai kawan baru.
yang aku tak pernah tau pun dorang wujud 1 kampus dengan aku.heee~
then happy sebab dapat jalan g kampus kejut.eventhough just nak ambik budak budak kejut g kem sama sama.
tapi best lah.aku dapat kenal ngan kawan kawan baru selain yang kat main campus. :)

macam macam pengalaman and ilmu yang aku dapat.
rasalah mandi air yang takbersih tu.yelah hujan je air sungai kotor giler lah.
tu pun sekali je aku mandi.and tu pun bukan mandi betul betul pun.hehehe~
rasalah masak guna unggun api yang kitorang buat sendiri.
rasalah makan masakan yang kitorang masak dalam hujan tu.
and paling takleh lupa,rasalah night walk ramai ramai dalam gelap kat hutan.
huuu takut tau.gelap gelita tak nampak apa.
just ikut orang depan. ggrr.
bila dah siang,baru lah kitorang nampak betapa tinggi nya bukit yang kitorang jejak malam tu.huuu~
kalau time siang,aku rasa lagi takut.sebab kita nampak apa yang ada kat bawah.so kita jadi gayat.herrr

overall,yany happy.NANO NANO! hehehe


Saturday, 24 September 2011

huhhhhh

hye,lama gilaaaaa aku tak update menda alah ni.
berabuk dah.
hari ni,dah masuk 26 hari syawal berlalu...
uwww cepatnya masa berjalan.sedih lak rasa raya nak habis.
tapi aku serupa tak sambut raya... :'(
and,dah masuk 19 hari aku kat sini.
kat USM ni.

bosannn.aku nak balik rumah.
rindu kat mama ayah and adik adik.
rindu kat rumah.
rindu kat bilik.
rindu kat barang barang yang aku tinggalkan.
rindu kat MB. eh?

tapi betul lah.
aku baru je pas baik dari demam.
demam homesick tu.
yela mana pernah jauh sangat dari family cam sekarang.
nak nangis lah. :'(

tapiii,macam tak lah aku nak balik dalam waktu terdekat ni.
mana ada cuti panjang.
jauh lak tu.
memang tak macam kat KMS dulu.
sesuka hati nak balik time bila.

uwaaa~
duk sini,best...tapi,
banyak duit aku habis ooo...
asal outing je,tak sah kalau rm100 tak terbang.
cemana lah.

nak balik nak balik nak balik.
kalau balik makan free.
basuh baju ayah ada.free lak tu.
tak cam sini.
nak basuh baju kena sendiri.pastu pun kena duit.
hermmm nak balikkkkk...