hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Sunday 29 April 2012

resepi cekodok hotdog and sos cili yany :P

heyya. erh cam gedik sangat.
yuhuuu~  ehh lagi gedik.
erm okay ah cam bese, salam and hye :)
hehe okay better.


hari ni, hari ahad.
yany takde g memane pong. kan da miskin.
harus lah duk diam je dalam bilik.
jangan nak menggatal p kuar kuar lagi dah kan.
makan pun kena bercatu sekarang ni tau.
duit yang ade cukup cukup je nak hidup normal.
tak bole hu ha hu ha sangat dah niii. :(
sedih je kan? sobs.


lagi pun, bagus gak lah makan kena bercatu ni.
erm bukan lah bercatu ape.
just jimat jimat lah. takleh la nak fastfood sangat kan. :P
makan nasik macam bese lah, 3 hari skali.
okay ah tu 3 hari skali okay?
dulu kat matrik yany makan nasik seminggu skali je tau.
tu pasal la time matrik badan selim melim delim.
tengok sekarang? lemak berleluasaaaa.  T.T


actually yany nak menunjuk ape yang yany masak petang tadi.
hew hew hew. show off giler kan.
alaaa tak kisah laaa. bukan orang kisah pun ape yany tulis.
yany jugak yang baca balik 1 hari nanti. huuuuuuuuuu~  *nangespanjangpanjang
hari ni kan cuti, so ade la masa nak main masak memasak ni.
eh tapi kalau weekdays pun, kalau rajin, yany masak gak pe. hehe!
erm actually dah lama tak masak lah.
jadi hari ni kira lepas gian gak lah. huhu


tadi petang kan, yany masak sesuatu.
ala tak baca tajuk ke? ish. yany masak yang cam kat tajuk tu ah.
baca tak??? cekodok hotdog and sos cili yany. haaa.
jelas tak tajuknye? alaaa masak cekodok je pun.
tu pun nak masuk blog kan?
erm sukati aku la kan. blog aku. bukan blog kau pun. :P
kalau sesape tak suka sebab terbukak blog ni ke kan,
sila lah takyah baca. tak rugi pun. hehe!


okay okay kita start ye, from cekodok dulu lah,
sebab cekodok yang main dish nye. hehehe
bahan bahan untuk cekodok cam cekodok normal lah,
ade tepung, air, garam, dan bahan sampingan
memandangkan cekodok yany ni kan cekodok HOTDOG, jadi mesti lah guna hotdog kan?
takkan nak guna mende lain kan. kan?.
tapi bole je kalau orang lain nak guna mende lain,
tapi nama kena pandai pandai lah tukar jugak ye! hehehe


cara cara nak buat cekodok takkan lah orang taktau kot?
simple je, gaul tepung gandum dengan air, secukupnye.
then tambah lah garam sebagai perasa sikit.
pastu gaul lagi dengan hotdog@sosej yang dah dipotong kecik kecik dalam adunan tepung.
pastu tadi yany pandai pandai g tambah ajinomoto skali. kunun bagi sedap. :P
pastu sebabkan nak rasa real ayam konon konon,
yany p tambah lak bancuhan kiub pati ayam seketul. heee
eh perasan tak ayat yany deret start with 'pastu' ? heee


lepas dah bancuh adunan tepung tu,
bole lah di goreng sejemput sejemput comel.
pas dah kuning sikit pastu cam ade hangus hangus sikit,
sebenarnye bukan hangus lah, cam ade lah garing sikit kat luar dia kan,
haaa time tu dah boleh lah angkat, heee
lepas angkat, toskan lah. nanti too oily. tak bagusss. aiceh.
lepas dah settle cekodok, kita bole teruskan ke agenda seterusnye.
misi membuat sos cili. :D


time yany buat sos cili ni, tak terpikir pun nak buat sebenarnye.
taktau ah cemane tangan yany tetibe bole terbuat sos cili lak kan. haha!
actually sos cili ni di buat before buat cekodok tau.
sebab memang tak terpikir kan nak buat sos.
apetah lagi nak buat cekodok.
tadi buat cekodok pun sebab dah ade sos nye,
tapi yany and kak zaty taktau nak cicah dengan ape. heee
tah pape kan? heee


yang untuk sos cili ni, bahan bahan dia pun senang gils.
just perlukan minyak masak, air, cili blend, asam jawa, and gula and garam. :)
mula mula minyak tu kena panaskan dulu. letak sikittt je minyak. takmo banyak.
lepas minyak panas, tuangkan air, sampai minyak tu terapung apung atas air.
means air kena banyak lah :)
pastu, letak bancuhan air asam jawa pulak,
tunggu mendidih sikit, letak cili blend.
after campuran ni mendidih pulak, masukkan gula secukup rasa, oh and garam sikit!


and agak agak dah nampak dah warna 'sos' tu dah pekat, gelap je kaler,
pastu tengok lah dah mendidih didih,
tu maknanye da bole angkat la tu. da masak dah. :)
tapi kena tengok gak lah,
kalau 'sos' tu cam pekat sangat kan, letak air lagi.
kalau rasa ter-cayaq (cair) lak, tambah gula,
kalau tak pedas pada orang lain, tambah cili blend tu lagi,
senang, sampai lah sesedap lidah orang merasa :) :) :)


lepas dah siap dua dua mende ni tadi,
yany terus melantak dengan kak zaty.
minum petang katanye kan, time tu memang cun kul 6 camtu kud.
tapi kan, sedap tau yany masak tadi. heee
bukan nak masuk bakul angkat sendiri. kalau masuk pun yany takleh angkat sendiri lah. :P
tapi betulll. sos tu rasa sos kopok lekor.
sesape, sila lah try buat. pastu cicah lah dengan pape,
kopok ke, hotdog goreng ke, fries ke, mesti sedap! slrp!








heee sorry la mangkuk sos tu sungguh sememeh.
tapi rasa nye sedap wooo~






Saturday 28 April 2012

yany dan rambut pendek

hyeee
wah tajuk. poyo nye. kan?
sukati lah. blog aku. wekkk


eh, yany dah potong rambut ke ape?
kata sayanggg sangat kan dengan rambut panjang kenteng kenteng kau tu.
sampai kan dah kering kering kat ujung pun biar je takmo amek tindakan.
dengan split ends lagi kan. bercabang 4-5 pun ade tau. berdahan beranting lagi. T__T
eh tapi yang split ends tu yany selalu gak amek gunting potong.
tapi kalau tengah kat luar ke, time takde gunting ke, yany geget je. hahah!
sungguh tak semenggah kan. geget rambut. rambut sendiri lak tu. heee
tak kotor aaa. rambut sendiri kan. dah lah suka shampoo. mane de kotoooooooooo
tapi bila yany nak geget rambut tu tengok port gak lah.
takkan lah tengah crowded pun nak geget kottt -_____-


tapi lately ni, yany selalu gak terpikir nak potong rambut.
nak potong cemane tu taktau lah lagi.
tapi rasa macam (macam aaa) nak potong gak rambut ni.
tapi tu lah, rasa sayang giler lak nak potong.
ofkos la sayang wooo, da lebih 3 tahun okay rambut ni tumbuh and membesar dengan yany. huuu
yany ingat last yany potong pendek rambut yany kan, ini yang betul betul pendek lah, akhir form 4.
sekarang umur yany dah 20. kira ah. lebih 3 tahun kan kan?
alaaa time yany potong tu pun, bersebab.
time tu kan tengah hot sinetron Jelita. alaaa Agnes Monica tewww.
gedik okay, time tengok citer tu semangat abes lah nak potong cam Jelita tu gak.


nasib lah aku ni memang jelita. *mati lah statement berani
eh tapi kan, rambut yany memang jadi lah time tu macam Jelita tu. awww
yelah, rambut yany kan macam wavy wavy sikit. time dulu lah.
taktau ah kenapa now bole jadi kenteng sangat sangat niii.
tapi takpe. yany ni unik. rambut pun harusss lah unik kan.
MB cakap, dia tak suka pompuan rambut lurus. typical. aiceee
dia kata pompuan rambut lurus ni dah biasa sangat. tu belum yang sibuk buat rebond lagi kan.
eleh mentang mentang awek kau rambut kenteng kan.
semedang lah suka pompuan rambut kenteng.
alaaa actually dia memang dah suka kat yany. kenteng ke afro ke dia still suka nye. *durrrrr, yany!



abaikan ke-gedik-kan itu.



okay yang atas ni gamba masa yany baru je naik form 5 tak silap.
so means time ni memang baru sangat lah potong rambut Jelita tu.
sebab yany ingat, time g potong rambut tu, 31 Disember 2008. wahhh
see, jadi kan? tu belum tengok dari sisi tepi dan blakang lagi. hehe!
tapi tolong lah buat buat tak nampak muka and style amek gamba yany tu eh
alaaa maklum lah time tu budak baru nak up lagi. *sekarang da up ke kau? 
snap gamba pun stok stok nak letak myspace kan. hahahahahahah
so harus lah bergaya poyo poyo banyak. *geliii
eh tengok cam sihat lak rambut aku time ni. sekarang ni, hemmmmmmmmmm
dan rasa cam, kurusnyerrr aku. tapi itamnyerrr jugak. huuu T___T


lepas je potong rambut time ni kan, rasa happy gak ah.
sebab nak rambut cam Jelita tu kan, pastu jadi lak tu. sangat terpengaruh tau.
tapi after few weeks, rasa nyesal. hahaha
bese ah tu, lepas da lama lama baru rasa cam rindu kat rambut panjang dulu kan.
sebab tu ah yany cam dilemma giler nak potong ke tak rambut sekarang ni.
dah lah rambut yany jenis yang lambattt nak panjang.
yang tunggu lebih 3 tahun ni pun, hemmm berapa sangat je pun panjang.
kalau nak compare dengan orang lain, kalau da 3 tahun tu, dari boy-cut bole sampai montot tau tak.
ini yany tak. now baru nak cecah pinggang. itu pun time basah lah.
kalau time kering, and kerinting. erh kat dada pun nyawa nyawa je nak cecah. mencik.



ini time nak akhir form 5. sikit je beza kan?



ini time da abes skola...



ini time sem 2 kat matrik... dah 2 tahun time ni tau. T.T




oyeah ini latest. baru je snap last week.
okay ah nampak lah panjang gak. huuu




okay now, tak tau ni confirm ke tak nak potong!!!
ahhh tension lah pulak. tah pape tah.
kalau potong, jimat shampoo kan?
tapi rugi lah sepit sepit and getah rambut comel ai yang banyak ni.
nanti dah pendek takleh nak pakai dah. rugi je beli. :(
pastu, kalau potong pendek, agak nye nanti kembang cam sekarang tak?
pelik lah rambut pendek dan kembang. eiuwww
heee rambut yany kan kenteng dan besar. heee
bak kata roommate yany time matrik dulu,
'rambut kau tak memanjang sangat lah yany. tapi membesar je.'


ohhh seddihhh T_________________________________T










Friday 20 April 2012

setahun sudah berlalu

hye, ass salam :)
salam jumaat untuk semua penduduk bumi dan penghuni langit...
meh la kita bertakbir tahmid tasbih tahlil serta selawat...

Allahuakbar...
Alhamdulillah...
SubhanAllah...
Lailahail Allah...
Allah humma sol lia'la Muhammad...




-------------------------------------------------------------------------------------------




okay meh kita nyanyi pulak, sikit je,


*********************************************

Membina sebuah harapan, dengan berganding bahu,
Menjulang impian nan murni, penuh semangat padu,
Ku genggam bara menjadi arang, sedia tempuh apa dugaan,
Kolej Matrikulasi Selangor...

Pengajiannya bertaraf dunia,
Penuh aspirasi negara,
Jati diri terpelihara,
Kecemerlangan semua...

Pelajar cekal berdedikasi,
Minda luas terbuka,
Berdaya saing berkualiti,
Merintis potensi diri...

Wawasan Gemilang...
Titian cita-cita...
Kolej Matrikulasi Selangor..........

*********************************************


dah setahun dah tak nyanyi ramai ramai :')

Wednesday 18 April 2012

LIAR. bukan 'liar' tapi Penipu.

salam and hye, :)


pernahkah anda ditipu? *wah pertanyaan dramatik
of course lah pernah kan. sebab anda sendiri pernah menipu kan?
jangan nak tipu ha, tipu ah kalau kau kata kau tak pernah menipu.
tak kira tipu tak elok ke, tipu sebab nak selamatkan diri ke, kira tipu gak ah tu.
mane yany tau? ofkos lah tahu. yany pun pernah menipu. huhuhu *malumalu


but, let me tell you something okay.
yany tak suka sangat sangat orang yang menipu terhadap perkara yang simple.
bukan sahaja tak suka. malahan BENCI. benci okay orang camni.
benda benda remeh pun nak tipu. benda kecik pun takmo bagitau yang sebenarnye.
ape masalah nye sampai nak tipu tipu orang?
padahal benda tu takyah tipu pun okay.
sebab at last orang akan tau jugak. dah kantoi kan.


first type of tipu yang yany benci giler lah.
tipu benda yang tak logik. macam kan orang sekeliling kau ni bodoh sangat takleh pikir.
like example, ramai lah orang suka tengok 1 movie ni kan,
nak pulak movie tu memang meleps abes, sume orang layan, sume orang admire the actor/actress,
ouh dan dan kau pun kata lah kau ni sedare 1 of the actor/actress.
padiaa weh? selama ni kau takde lak nak kecoh? durrr

macam ade la sorang budak skola yany dulu,
time tu tengah hot citer sinetron BPBM tau, memang bole kata 1 skola la layan sinetron tu kan,
memang sume duk terkinja kinja la nak tau ape jadi kat Alya la, kat Siska la,
ouh tetibe 1 hari tu dan dan weh, budak skola yany ni ngaku si actor yang hero tu, cousin dia!
yany and kawan kawan ni rasa sangat impress tahu tak! impress sebab dia tak pandai tipu ah.
muka cam mintak penampo je bila dia kata camtu.
weh, takde sape nak caye okay. durrr


second type of tipu,
kau tipu tentang basic information kau.
basic information okay! yang terang terang orang boleh tau tentang kebenarannye.
contoh, kau kata kau study kat tempat ###, sedangkan kau just study kat @@@ je.
pastu lak, kau duk poyo kata kau study kat ### tu dekat budak yang betul betul study kat situ.
like, errr apekah? macam kan budak yang betul betul study ### tu takleh tau lak kan.
tapi yela maybe kau memang teringin sangat nak study kat ### tapi tak dapat kud. :P *peace
tapi, kalau lah budak ### tu ade member yang study kat @@@ tempat actually kau study tu,
tak ke boleh kantoi??? malunyerrrrr weh.

ha yang ini terjadi pada yany gak. hahah ini taklah blah.
nak tipu, tipu yany? silap lah.
memang lah yany ni nampak cam blur blur buat buat tak bersalah slalu kan,
tapi yany ni banyak pikir...jauhhh yany pikir.
kekadang benda kecik pun bole jadi besar bila yany asek duk pikir tau.
so yany gather semua info pasal pentipu pentipu ni semua, yany dapat tau lah,
yang dorang ni semua memang penipu. hahahah
weh nak kata kau tu usm's student tapi bila aku tanya kau school mane pun taktau jawab???
semua budak usm tau okay 'school' kat sini tu ape. durrr *oops kantoi suda


third type of tipu, tipu benda yang tak perlu tipu pong.
ini laaagi tah pape. kau tipu ke kau bagitau benda betul ke, takde beza.
so, what's the point kau menipu? cakap yang betul pun orang tak kisah la brader sister. haish.
sangat tak paham kenapa nak tipu benda camtu.
sedangkan kalau kau menipu tu lagi lah kena perah otak kan,
nak pikir idea cemane nak menipu ni kan.
walhal kalau kau bagitau benda betul kan ke lebih senang? takyah pikir idea nak tipu.
dan takde lah tambah dosa kering. oops.

ini yany bagi contoh la...contoh je.
kau baru berkenalan dengan sorang boy ni, *kalau kau boy, kira baru kenal ngan girl lah.
and kau tau yang boy/girl yang kau jumpa ni maybe takkan ketemu lagi. I said MAYBE je.
pastu, kau borak borak dengan dia pasal your background.
kau pun beriye la pikir cara cemane nak meng-impress kan orang yang kau baru kenal ni.
macam macam lah kau citer. sampai auta lebih banyak daripada fakta.
sampai kan, errr yang tak perlu pun nak cerita.
padahal orang tu tak perlu tau dan TAKNAK tau pun okay.
so? ape motif nak menipu disitu? durrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr *mata keatas dahi kerut kerut

and lagi, kalau lah ditakdirkan 1 hari nanti kau ade kaitan dengan orang yang kau duk tipu benda tah pape tu,
kan malu kan? bila orang tu dapat tau benda sebenarnye? ^^

sungguh, yany tak paham, kenapa perlu tipu untuk perkara perkara seperti diatas.
kalau kau tipu untuk cover diri kau ke, nak selamatkan diri ke, nak jaga hati orang lain ke,
'mulia' lah gak. macam yany selalu selalau buat. oops. *senyum ketap bibir mata kelip kelip.
tapi orang orang macam yang yany cakap kat atas tu, really annoying.
jap jap, durrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr *mata keatas.











eh okay ah, tetbe teringat honey star kat rak, #motif?
babaiii

Thursday 12 April 2012

resepi bubur gunting :D

hyeeeee
ter-teruja lak. hahaha

hari ni, yany nak share resepi. ewah.
semalam la, yany tanya mama, ade tepung gandum lagi tak?
mama kata ade sikit je lagi, so dalam hati kata dapat buat lempeng jelah. huhu
ingatkan nak suruh mama buat bubur gunting kan.
tengok tengok tadi, mama dah beli tepung gandum.
mama kata masak lah lempeng so that mama boleh buat bubur gunting tu petang nye. heee


so tadi, yany pun prepare buat lempeng kosong 3 keping.
kenapa lempeng? sebab, lempeng tu lah yang akan digunting gunting and dibuat bubur. heee
comel je kan bunyi? gunting lempeng. hehehe
macam gunting kertas je nak gunting gunting lempeng tu. hahah
jadi.....tadi bermula lah operasi lempeng. hohoho


bahan bahan yang diperlukan untuk lempeng :
-tepung gandum (berapa banyak sukati lah)
-air panas (pun sukati)

cara cara nye kan, memula amek tepung, letak lah dalam mangkuk.
sukati lah nak berapa banyak, ikut lah berapa banyak bubur yang nak dimasak.
tapi tadi yany letak 1/3 paket tepung gandum tu, dapat lah 3 keping lempeng :)
pastu, gaul dengan air panas. ikut lah berapa banyak, kasi ngam dengan tepung :)
sebab ape air panas??? haaa sebab taknak bagi bancuhan tepung + air tu bergumpal gumpal ade bubble bubble tu.


so letak lah air panas, nanti bancuhan tepung tu sebati :)
lepas dah gaul kan, boleh lah letak dalam kuali yang dah panas.
make sure kuali yang digunakan tu yang non sticky ye
nanti takdelah lempeng tu melekat lekat kat kuali.
sebab, yany tak goreng lempeng tu guna minyak. heee



okay ini time lempeng tengah nak masak. heee



okay ini time dah angkat, potong strip-strip.



pastu yang strip tadi potong kecik kecik serong serong.
macam kat atas tu


tadaaa ini dah potong dah :)


hoho itu lah dia lempeng yang siap di potong potong tapi belum lah jadi bubur lagi.
nak buat bubur bahan nye lain pulak. heee


bahan bahan untuk bubur :
-santan
-air
-gula
-lempeng tadi. heee :)
-eh, daun pandan bagi wangi :)

tapi time masak bubur ni tak snap pulak pic dia. hehe
alaaa simple je, memula masak santan dengan air,
pastu campur gula secukup rasa, tunggu lah kuah santan tu masak,
then boleh lah letak lempeng dah potong potong tu, :)
oyeah, jangan lupa letak daun pandan bagi bubur tu wangiiiii
pastu tunggu lempeng tu kembang sikit, time masak masak tu, rasa lah sedap tak. heee
last last bole lah tutup api, done! :D


senang je kan? tapi still bukan yany yang masak 100%. hehehe
mama yang masakkan untuk yany. hehehe :)



tadaaa bubur dah siap. nyum! 


yany cakap mama, bubur gunting ni bubur paling miskin sekali. hahaha
sebabnye takyah nak beli bahan macam bubur lain like pulut itam ke, kacang ijo ke, jagung ke, kan kan?
ini just masak lempeng, gunting gunting, boleh buat bubur. heheee
kan miskin tu kan? hohoho








eh ok babaiii


Wednesday 11 April 2012

stalker

hye,

hohohohoho,

aku rasa geli hati,

erm cemane nak start ni hah?

hohohohoho...

stalker. baest gak jadi stalker ni sebenarnye. hahahahahah
tapi aku suka stalk benda yang boleh buat aku tersenyum,
bukan stalk benda yang boleh buat aku sakit hati ke ape.
like tadi, aku sesaje je stalk kawan aku sorang ni,
lama gak tak jumpa dia, tergerak hati nak stalk dia pun sebab keluar kat news feed fb tadi.
so aku pun bukak profile dia, and tengok recent life dia,
Alhamdulillah.... dia happy :)


aku happy okay kalau orang yang aku sayang happy dengan life dia.
as long as perkara yang membuatkan life dia happy tu,
tak menjejaskan life aku.
I mean, dia happy kan? bagus lah, tapiii dia happy tu bukan dengan cara menyakitkan hati or diri aku.
okay contoh ar kan, someone yang suka sakitkan hati orang lain, or suka menyusahkan hidup orang lain,
and dia happy dengan cara tu. ouh sangat tak patut okay. itu keji.


alaaa, macam dalam drama drama or filem ke or sinetron ke,
mesti ade watak antagonis yang sukaaa sangat carik jalan untuk musnahkan life orang lain kan?
and at last dia rasa puas hati and konon happy la kan?
ha macam tu lah. aku tak suka.
yang buat aku suka kalau orang tu happy tanpa membuat orang lain sengsara.
hahahaha cakap macam pernah je ade orang buat kau sengsara kan yany?


ye memang ade, aku pernah okay merasai orang lain gembira bila tengok aku susah.
aku pernah la kenal orang yang kalau boleh nak rosakkan terus hidup aku
supaya dia boleh hidup dengan gembiranya bila tengok aku sedih and sengsara.
mungkin dia rasa dia hebat and dah menang bila dapat buat aku menangis ke ape.
tapi tak kisah lah, last last pun kau tak untung ape pun, heee :)
and Alhamdulillah, aku dah cukup gembira pun now :D





okay okay sekarang nak tukar mood plak,


tadi aku scroll and scroll lagi cursor ke bawah time on fb,
saje tengok news feed kan,
sekali nampak ade sorang budak chinese ni,
dia sama kem dengan aku time Pimpin Siswa hari tu,
tak silap aku, budak tu, mak nye orang Thailand...
aku pun bukak profile dia saje nak tengok, (stalk orang je aku hari ni.)


then aku tengok lah album dia kan,
ade 1 album ni, title ade lovelove, aku bukak lah, nak tengok rupa bf dia.
aku tengok bf dia macam boleh tahan kan,  :P aku enlarge lah 1 pic ni,
sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tanjat aku tahu tak??????????
rupa nya itu budak math! sama lecture ngan aku!
sama sama jadi ajk ngan aku time Maths Trip hari tu.
hahahahahahahahahah sungguh tak sangka okay.


terus lah aku stalk ke gambar seterusnye,
erm sah and confirm, itu memang budak kuliah aku lah.
sama sama chinese lah. and budak laki tu boleh tahan lah daripada budak laki chinese yang len.
selalu kan chinese laki cam nerdy nerdy kan, tapi budak ni tak lah, smart je.
padan lah dengan gf dia ni, comel sangat.


bila dah tengok sume pic dorang,
terus aku flashback balik, dulu ade sekali time aku p mcd kat Quennsbay dengan MB,
aku ade ternampak boy chinese ni, lalu depan mcd yang kitorang lepak tu,
then berkepit dengan sorang girl ni, sexy hamat tahu.
aku just tersengih jelah, sebab dah tau dah si leng chai ni ade gf lah.
and gf dia pun usm, sebab dating kat QB jugak kan. selalu nye camtu lah.


and tadi aku tersengih sengih lagi sensorang sebab dah tau dah sape girl yang sexy mexy tu.
hahahahahahahahahah giler stalker aku.
and tetibe aku terflashback balik time Pimpin Siswa dulu,
si leng chai ni, memula dia bukan kem sama aku tau,
dia kem lain, tapi sebab kan kem yang aku dapat ni, agak tough,
so camp kom suruh siapa yang tak larat, tukar dengan peserta dari kem lain.


anddddddddd baru aku teringat, si leng chai ni rela hati okay minta tukar ke kem yang aku dapat tu.
memula aku ingatkan, dia nak teman sorang member dia ni, budak math jugak,
sebab aku tak kenal lagi si leng lui thailand tu...
tapi, aku tak tau la time Pimpin Siswa tu si leng chai ni dah couple or belum dengan gf dia tu
so aku anggap je lah time Pimpin Siswa lah dorang start kenal kud.
lagi pun pic pic aku tengok kat profile si leng lui tadi sume baru tahun ni
so maybe dorang baru kenal lah kud kan? heee


haiiih lah, apesal aku sibuk sibuk nak pikir pasal dorang lak ni?
kahhhhhhhhhhhh
alaaa saje je, rasa happy okay bila dapat tahu, (sangatlahbizibodi)
nanti balik Penang boleh lah aku bercerita dengan kawan kawan. ahahahah
lagi lagi sorang kawan aku tu pun sama kem ngan aku dulu. hihihi
adoi la tah pape aku ni. itu pun nak kecoh.
eh suka aku lah! :P

Sunday 8 April 2012

kenapa banned?


Zizan ft Kaka-Bawaku Pergi


hyeee, tau lagu ni?
aku tau. hahah tak lawak.
first aku dengar lagu ni time dia baru baru top ri tu,
erm time bulan januari camtu.
and, time first first dengar pun rasa cam best je...
dah dengar banyak kali kat radio, memang best pun.
tak caye ce dengar banyak kali.


at first, aku duk dengar je then mula la ikut nyanyi jugak.
tapi yelah lirik tunggang langgang lah.
sebab tak search kat youtube lagi time tu. hahahaha
tapi ada 1 part tu aku tak paham,
si kaka tu asek nyanyi 'buku merah jangan lupa bawa, ...............lalalalalalalala'
aku tak paham okay apakah 'buku merah' yang dia cakap tu
serious tak paham, langsung tak catch up.


time aku dengar sekali tu, dalam kete, dengan cousin aku,
aku bising la tepi dia tanya mende la buku merah tu?
tapi dia tak jawab pon, kuangsam.
sampai lah 1 kali tu, aku duk dengar je,
and gigih la memikir mende lah buku merah yang kaka tu duk sebut sebut kan,
then baru lah, blink! got it.
buku merah tu...pasport!
hahahahaha sengal kan aku? itu pun lembs sangat nak catch up.
tapi serious lah, berusaha aku pikir tau tak. serious tak teringat pun buku merah=pasport.


time aku dapat tau buku merah is pasport tu pun sebab,
aku duk dengar lirik dia yang before and after part buku merah tu,

bawa aku pergi, pacu laju laju kita lari dari realiti,
buku merah jangan lupa bawa, moga moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh....

so, got any idea?
mungkin lah orang len dah lama dah tau buku merah tu kan,
aku je la yang slowy mlowy baru nak tau, hahahaha
tapi ade aku kisah? janji aku dah tau, 
takde lah aku terbengong bengong duk nyanyiiiiiiiii je tapi taktau pape. haha


tapi kan, dalam beberapa minggu lately, 
bising lah orang duk kata lagu ni patut diharamkan lah,
sebab nye, lagu ni bawak pengaruh negatif kat remaja remaja,
konon menggalakkan dorang lari dari rumah lah,
ikut boyfriend lari then hidup jauh dari mak bapak.
yeke weh? aku rasa takde lagu ni pun, yang mane gatal nak lari, lari jugak kan???


pada aku lah kan, yang suka ini lagu kan, 
tak patut lah diharamkan, tak berbaloi pun.
banyak lagi lagu yang bawak pengaruh negatif kat bebudak.
lagu Bawaku Pergi ni just sikit je baru.
macam lah orang tak dengar lagu yang lebih teruk.
tak dengar ke bape banyak lagu omputih yang mencarut sana sini tu?
duk fuck lah, play lah, ehm ade yang sebut sebut anggota sulit orang lah.
lagi teruk weeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


alaaa bukan ape tu, mentang mentang lah lagu Bawaku Pergi ni lagu bahasa melayu kan,
bebudak yang tak pandai pun bole paham even dorang just dengar je kan,
dorang bole tau lagu ni pasal orang nak lari ikut boyfriend (kononnye)
yang lagu lagu lebih teruk tu, dalam english.
budak tak blaja mane tau ape omputih tu duk nyanyi.
alangkan budak yang pegi sekolah universiti macam aku ni pun kadang men nyanyi je, sebab tak paham lirik. (kahhhahaha)


tu lah dia, orang kita, salah yang lebih besar tak nampak pun,
sibuk nak argue yang kecik lebih lebih.
but for me lah, lagu Bawaku Pergi ni, pasal couple yang nak kahwin lari.
okay bole la selidik lebih lebih ye. sila nyanyi. hehe
mane lah tau, parents pompuan tu or laki tu tak kasi kawen. yela maybe muda lagi.
then dorang nekad la nak lari then kawen senyap kat sempadan.
ade ye lirik pasal tu, ce nyanyi. hehehe
hebat oh couple tu, aku pun tak berani. ngahhhhhh


tapi aku tak kira lah, haram ke, aku nak dengar jugak, tak kat radio takpe,
aku da download lagu tu bulan lepas. hehehe
and aku memang suka ini lagu,
tetibe rasa nak dibawa pergi pacu laju laju jugak.
jom Bad? ehhh.






peace!