hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Saturday, 31 March 2012

ucapan birthday untuk si busuk :P

assalamualaikum.
selamat pagi.
sekema nye aku.

today is the last day in march for this 2012.
means, tomorrow we're moving to a new month of this 2012. (hover tau nak sepiking bagai.)


weh, besok kan, dah 1 april. tau tak 1 april tu ape?
1 april tu hari pertama untuk bulan keempat setiap tahun Masihi.
tahun yang direka oleh orang nasrani.
tapi, tau ke 1 april tu hari ape? erm, hari ni 31 march, hari sabtu, makna nye sok 1 april, hari ahad lah.
tapi, tau kah anda juge 1 april tu popular dan sangat dikenali sebagai hari ape?
kalau taktau, *kembangidungnakbagitau*
besok kannn,
ialah..........

Hari Mengenakan Orang.

atau pun, kita kita selalu panggil, April Fool. ha tu lah.




alaaa, nama je April Fool, tapi dah lama dah aku tak mengenakan orang and dikenakan orang sempena hari tersebut. bagus bagus. ai suka.
kerana ai ni orang baik, takmo lah kena kena kan orang ni. ^^
sebab kalau kita suka kenakan orang, nanti kita kena lagi teruk tau. erm...mama kita lah cakap. hahaha
abes lah, moge moge takde orang yang nak mengena aku besok. hahahahahah


sebenarnye, 1 april ni kan, sepatutnye jadi salah 1 hari yang bersejarah dalam family aku.
sebab nye kan, sepatutnye, ade sorang budak nak keluar dari perut mama aku time 1 april ni.
tapi bukan tahun ni lah. erm, kira kira 15 tahun yang lalu.
tapi kan, disebabkan dia dah tak sabar sangat, sibuk lah nak kuar gak time 31 march, 15 tahun yang lepas.
tah pape tah, padahal beza sehari je pun. bawak lah bersabar sikit kan. haha


tapi kan, dah kau nak kua awal sehari kan, kua lah cepat cepat kan?
I mean, kua dari perut mama tu, act pantas lah sikit kan.
ni tak, dah lah nak kuar awal kan, tapi lembab. (ni mama yang bagitau.)
boleh lak dia tersekat di suatu tahap dimana mama dah tak lalu nak kua kan kau.
sampai dokter pun kena guna vacuum kan untuk sedut pale kau tu. hai lahhhh.
rupa rupa nye, ukur lilit pale kau besar. patutlah tak lepas nak kua. hewhewhew


lepas kena vacuum, baru lah kau bole kua. dengan paksaan.
eh memula tak sabor nak kua awal sehari. tapi dah nak sampai ujung, hegeh hegeh lak. hahaha
nasib baik lah kau kua dengan penuh keindahan ciptaan Tuhan.
putih melepak, kulit kemerah-merahan. chubby sikit. (takdelah macam aku yang keding time keluar dulu.hahaha)
tapi erm, idung takde. :(  kemek sangat. mata lak sepet halus. hahahahahah
nasib baik dah besar ni idung ade lah jugak. :P



alololo ini lah dia budak busuk tu...
tengok idung dia tu... heee



ouh ini dia dah besar dah...umur berapa taktau, tanya lah DIA. :P



ini dia dengan artis terkenal. :P




itu serba sedikit sejarah kelahiran kau tau wahai budak busuk masam.
ingat lah wahai budak, walaupun kau busuk dan selalu meng-anoyying-kan,
akak tetap sayang kau. sebab kau sorang je adek pompuan akak.
nak buat cemane, terpaksa lah sayang, dah 1 je yang pompuan, yang lagi sorang tu ade punai. tak sama.
kalau ade 2, bole gak ah pilih yang mane nak sayang lebih kan. hahahahahahah takde lah :P






number harus di-private-kan.



happy birthday 
SARAH ASHIQIN BINTI SALLEH


Friday, 30 March 2012

rindu...

salam,
hye blog ku.
aku rindu padamu. ceeewah. :D


dah berapa lama yany tak menghadap blog ni kan. dah lebih seminggu yany tak on blogger.
kalau nak baca latest entry blog yang yany follow pun, yany terus bukak link.
tu pun bukak blog yang betul betul yany takkan miss baca setiap hari.
erm malas sangat nak on blogger. sebab nanti pelik kalau on tapi tak tulis pape.
so, ini kira macam entry lepas rindu lah. (tolonggg lah. sape je yang rindu kat blog ni?)


actually, lately ni yany busy sangat lah.
busy dengan memacam benda nak kena buat.
maklum lah sem ni, yany lebih rajin berbanding sem lepas.
kalau sem lepas, 1 hape tutor tak buat, sem ni yany buat.
buat dengan bersungguh ni, tak dapat jawab tu blakang citer, yang pasti setiap soklan mesti ade contengan punye. :P


and then, dengan assignment lah, project lah, test lah,
kan dah nak mid term dah ni. tu pasal ade test.
hoyeaaa..... nextweek yany balik! cuti seminggu! suka! suka! like!
so means, ade lagi seminggu lah yany kat sini before mid term break.
minggu depan ni jugak lah ade 2 test menanti. Advanced Calculus, and Differential Equations I.
hai lahhh, selang sehari lak tu 2-2 test ni. tension tahu.
nasib baik lah interview project ri tu dah lepas.


tu lah, semalam, yany ade interview project Further Linear Algebra.
project tu alaaa, macam assignment lah. tapi panggil project. ngade ngade.
lecturer yang ajar kitorang tu kata, if based on our project hardcopy, memang majoriti boleh survive.
tapiii, belum tentu benda tu betul, sebab student bole je main tiru tiru kan.
so that's why lah dia buat interview. dia tanya soklan kenapa, cemane, ape benda yang kita buat kat hardcopy kita tu.
so dengan itu, students takleh la nak elak ke ape, kena lah jawab.
so kalau kau tiru, sah sah lah kau tak reti nak jawab kenapa cemane sume kan?


so far, erm, kira yany boleh lah jawab jugak ape yang DR Ang tanya,
nasib baik dia tak ngamuk ngamuk ke ape. sebab yany tak hafal definition and theorem. nguahnguah.
punye lah before nak masuk bilik DR Ang tu, menggigil yany toksah citer ah.
kecut perut ni tau. siap suruh membe membe temankan sampai depan pintu bilik DR. haha
tapi nasib bila dah masuk, lek je yany tak menggigil ke, geletar ke ape, sengih je lebih. haha
and nasib baik lah interview tu tak lama, tak sampai 10 minit pun.
pas keluar dari bilik DR tu, fuhhh lega... sambil tersengih sorang sorang tanda gembira sebab dah lepas giliran. hehehehehe


yany ni, kira yang paling awal jumpa DR Ang untuk interview project tu,
sebab kawan kawan yany yang lain pilih tarikh lambat. minggu depan.
yany je yang terpaksa pilih yang awal sebab yang lambat lambat sume da ade orang book.
waktu dia 15 minit for 1 person. so 1 slot terhad untuk sorang jelah.
memula rasa kenape lah aku yang first among kawan kawan aku kan,
dah lah aku yang paling tah pape dalam subjek FLA ni.
tapi bila da lepas ni, rasa cam bertuah sangat sebab yany yang terawal antara dorang. hahahah


bila fikir fikir balik, memang bagus yany kena awal. sebabnye, dah lah minggu depan ni ade 2 test kan.
kang mane nak kejar ni, test calc ke, test DE lagi, pastu interview ni lagi.
pastu, dengan yany yang tak beli tiket bus balik lagi. haha kabut...
so, bagus sangat yany kena semalam, hehehehehehe
tapiii, masih risau dengan test rabu and khamis depan lah. gggrrr.
cemane nak buat ni? banyak ooo benda nak hafal pasal calc. test untuk ini, untuk itu, blablabla
ngan DE lagi, errrhhhhh
dah lah isnin yang baru lepas ni, test FLA. nasib lah bole buat. tapi ade 1 soklan, punye lah bengong yany bole blur taktau nak jawab. padahal senang kacang giler nak tergolek tau? hesh.


tapi, yany harap sangat test ari tu and seterusnye dapat result best.
nanti 40% coursework yany pun best lah :D
pastu dapat lah tolong cover cover kan final nanti. weeeee
eh saket puwut. babaiii

Saturday, 17 March 2012

tweet?





sibuk sibuk tweet tapi followers pun cinonet?
so? kisah ke?
blog ni pun followers nye cinonet je... hahahahah
errr lagi pun tengok lah, aku pun tak follow orang sangat,
cemane orang nak follow aku ye tak?












ok babai sekarang bizi. malas update. :P

Thursday, 8 March 2012

pain

Salam and hey,
ade tak orang lain yang macam yany ni? mesti ade kan, tapi pompuan lah.
yany sure sume pompuan mengalami gejala macam ni.
tapi, of course lah lain orang lain keadaannye kan,
macam yany ni, takde lah teruk sangat, tapi, menyeksakan jugak lah. :(
sakit di abdomen itu biasa, tapi sakit di bahagian miss V itu yang tak biasa.
tapi bila dah sentiasa kena kat yany setiap bulan, jadi lah biasa.
wait wait, sakit ape ni yany?
sakit yang dialami setiap pompuan lah... sakit time piyed. heee




Sakit Ketika Haid.

Apakah Penyebabnya?
  • Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
  • Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.

Gejala-Gejala Biasa
  • Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
  • Kelesuan
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan pening
  • Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.


Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
  • Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

Sekunder:
  • Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).

Penjagaan sendiri
  • Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
  • Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
  • Mandi dengan air suam.
  • Urut di bahagian yang sakit.
  • Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
  • Teknik-teknik relaksasi
  • Banyakkan berehat
  • Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
  • Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
  • Pengawalan pemakanan.
  • Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
  • Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .

Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
  • Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
  • Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
  • Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
  • Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 




ni sume google je. 90% copy paste from sini. :P



tapi kan, kenape yany post benda ni ha?
erm, hal ini adalah kerana, (macam buat kerangan bm tak? haha)
yany sedang mengalami simptom simptom di atas tu, (nape aku nak time simptom tadi jadik 'simpsons'?)
well, nak jadi mummy yang comel, cantek lagi jelita 1 hari nanti wajib lah rasa semua ni dulu! :)
tetibe yany teringat mdm Afidah, lecturer bio yany time kat matrik dulu,
pernah cakap macam ni time ajar chapter reproduction sem 2,
'Period pain is just 1 / 10 of pain that you will feel during the labour time.'
arghhh tidakkk........................... just 1 / 10???
patut lah mama yany kata sakit beranak tu sakit macam nak mati!
sakit yang paling sakit selepas sakit nak menemui ajal.
SubhanAllah... special nye wanita kan? para lelaki tak mungkin dapat rasa macam tu.




btw, SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita, pompuan, gegirl, gadis, anak dara(yang tak dara pun boley :P), mak janda, nenek tua, and sume sume yang ade miss V lah!
yang buat buat ade tu takyah!!! korang sume tak layak untuk di wish. sebab korang nye pelesu.
wahahahahahah wekkk!



p/s hari wanita sama ngan birthday ayah yany... :)



Friday, 2 March 2012

happy bornday baby!

aci tak kalau baru nak post ari ni? aci je kan? hehe


semalam, which is 1 Mac 2012, yany et. al. (amboi...et. al. lagi kau)
hahah takde la, yany and kawan kawan yany, anis piah mira and sakinah,
pegi melawat baby baru lahir...
and the interesting part is, kitorang dapat tengok baby yang betul betulll baru lahir punye tau.
yang masih berdarah darah lagi badan dia.
belum mandi lagi pun baby tu.



dichiu see dat huh? 



nampak? nampak?
awww tomei tomei...
tengok tali pusat dia tu? ngan badan dia ade darah lagi, kan?
time ni betul betul baru keluar from labour room, then nurse letak bawah ape mende tah tu,
tu untuk stabil kan temperatura badan baby tu...
sebab kan baby tu sejuk... so nak panas kan dia la...
so that baru lah suhu badan dia jadi normal cam kita kita :)


memula kan, sehari sebelum semalam, which is hari rabu (29 feb),
piah dah bagitau kitorang yang kak ipar dia dah kat hospital dah,
tapi belum nak labour lagi, sebab tak rasa sakit lagi katanya.
maybe baby belum ready nak keluar eventhough due date dia patutnye hari tu lah
tapi bak kata kitorang masa tu, baby tu takmo kuar on 29 feb. hehehe
sebab... nanti baby tu kena celebrate birthday dia 4 tahun skali lak kan. hihihi


tapi semalam, piah lah, dia risau kat kak ipar dia and baby tu,
so dia ajak kitorang berlima g hospital tu, cadang nye nak melawat lah
time tu kak ipar dia belum deliver lagi,
so, abes je class calculus kul 5 semalam, kitorang g solat kat masjid dulu,
then g hospital naik rapid Penang...


at first, kitorang sume memang taktau hospital tempat kak ipar piah nak bersalin tu katne,
so tanya punye tanya, abang piah kata dekat dengan kem tentera sungai ara,
ynag anis lak dia tanya makcik dia, kata general hospital,
kitorang pun tanya lah driver bus rapid tu, general hospital katne?
driver tu kata kena tunggu kat lane lagi 1 untuk g GH.
tapi bila tanye lagi driver lain, bus tu lalu tak sungai ara?
driver tu kata bus yang dia bawak tu pegi sungai ara...
so means, kitorang kat lane yang betul lah :)


rupanye, GH yang dimaksudkan tu, kat Georgetown.
patut lah, setahu yany, 'general hospital' memang kat ibu negeri...
mane mane negeri pun mesti ade general hospital, and memang kat setiap ibu negeri,
nasib baik lah kitorang tak ikut cakap driver yang first kitorang tanye tu,
kalau tak, naye je dah sampai kat Georgetown, tapi tak jumpa pun orang yang nak dilawat. hewhewhew


sampai sampai kat hospital yang kitorang tuju tu, 
nurse bagitau yang kak ipar piah tu ade kat labour room, tapi belum deliver lagi,
so kitorang tunggu je kat waiting area, lepak lepak jap,
tetibe ade bunyi ring bell, kitorang taktau tu untuk ape,
tak lama tu, nurse bagitau kak ipar piah dah deliver dah, 
ade lah nurse lain bawak baby and letak kat bilik yang ade mende macam dalam pic tu ;)
Alhamdulillah... :D




waktu bersejarah :)




time baby tu kat atas mende alah tu, kitorang tak abes abes mengacah acah dari cermin kat luar.
hahaha macam lah baby tu tau kan? tapi tu lah, nak buat cemane, geram sangat tau!!!
tak abes abes kitorang snap pic baby tu dari luar, sementara tunggu nurse prepare nak mandikan baby :)
time tu memang kitorang bising lah, kata comel lah, gebu lah, tembam lah,
tapi memang baby tu comel sangat! pipi dia tembam! badan dia debab! argheee!




baru lepas mandi... ;D





ini saye dah mandi... saye dah wangi...



nomei nomei kan? tak abes yany cium dia.
baby ni ade bersin 2 kali, alolo comel sangat tau... :D
and baby ni suka tau buat mulut muncung muncung cam itik.
pastu dia suka men air liur dia buat buih puirrrr puirrrr (orang faham tak ni???)
pandai la iye ni tau... geram aunty yany... errr aunty...?




hello world! :D


kitorang sume cakap kat piah, nanti budak ni dah besar, 
kena bagitau time dia lahir, ade ramai 'aunty' datang sambut dia tau!
susah payah kami dari usm naik bus dengan taktau jalan nye,
redah dengan penuh keyakinan, untuk tengok dia yang nomei nomei ni... alolololo mmuah!
erm by the way, selamat datang ke dunia baru Nurhannah Damia! :D
ai leviu mmuah!











sakinah kata, 'kalau anak orang pun kita dah suka sangat camni, anak sendiri mesti lagi best kan?'
amboiii tak sabornye sayeee ni tau :P



babaiii~



Wednesday, 29 February 2012

cantek!

hyeeeee


eish, excited nak tulis hari ni tapi taktau nak tulis ape. wawawa
memandangkan hari 29 Feb, yang hadir hanya sekali untuk tempoh 4 tahun,
so yany nak la abadikan tarikh ni dengan entry yang tah pape hari ni. hewhewhew
ape benda tah aku tulis ni? layan jelah kan? hehehe
yany rasa, takde mende yang interesting sangat untuk diceritakan hari ni,
tapi yany rasa, hari ni... okay lah, happy, macam selalu... :)


ouh yeah, hari ni, Anis sangat baik tau, hehehe
tapi anis memang baik pun... tapi hari ni dia lagi baik la...
herrr abes lah, aku bukan bodek ni, tapi memang betul anis baik. :)
anis? coursemate yang paling rapat ngan yany kat usm, :)
nanti kalau berkesempatan yany citer lah lagi pasal anis :D


erm, seperti sedia maklum, eh ke tak maklum lagi? tak kud... :P
sekarang ni yany berada di fasa 'orang miskin'.
erm sebab duit yany dalam acc dah berkurangan. hahahahaha
so nak makan pun yany bercatu. ngangangah
jadi nye, anis berasa sangat kesihan dengan yany, dia belanja yany hari ni :D
anis belanja yany makan, and ice cream! :D


pagi tadi, erm before kitorang start class, anis ajak g kafe siswa, kafe sangkar burung kat usm.
why sangkar burung? sebab dia dekelilingi pagar... jadi macam terkurung bila duk dalam tu
that's why yany panggil kafe sangkar burung. ngehngehngeh
so, kat sana, kitorang makan laksa, laksa kat situ boleh tahan sedap :)
memula yany takmo makan, sebab yany malu laaa...
anis asek belanja yany lately ni, tapi yany dah cakap ngan anis,
'tunggu yany kaya, yany belanja anis lak tau' pastu anis jawab, 'ye tunggu yany kaya.'
hahahahahah kaya disitu bermaksud, tunggu lah duit masuk ke acc :P


lepas kitorang makan laksa, rutin normal seorang student,
pegi class, bila time zohor,  masjid... solat...
then sambung balik lah class kan :)
hari ni kitorang abes class pukul 4pm, class FLA.
class yang buat masa ni paling yany pening. huehuehue
then lepas abes class tu, kitorang keluar, ke Sungai Dua :)


kitorang nak watpe kat Sungai Dua? erm kat Sungai Dua ni, macam macam ada tau tak.
kira memang heaven gak lah student usm kalau g kat area Sungai Dua.
bukannye jauh pun. school yany dekat ngan masjid, masjid tu tepi entrance Sungai Dua,
kitorang jalan kaki je pun nak g area ni,
kat situ, ade lah kfc, mcd, pizza hut, subway, and... BR! hohohoho
happy tul ngan BR. hari rabu je pakai pink, g sini. ngahngahngah
best an Sungai Dua? intai dari dalam masjid pun nampak kfc. amek bau amek bau. hahahah


anis dah deal ngan yany dulu dulu, before jpa dia masuk, dia nak belanje yany BR.
so this berkesempatan lah. so hari ni kitorang 2 siap dah pakai pink. lawak je kan.
punye lah nak kan double junior scoop ngan harga murah :P
alaaa, kalau tak pakai baju pink pun, ape susah, tunjuk fon je kan nis? ;)
tadi, yany pilih yany Very Berry Strawberry and lagi 1 yang merah delima tu. tak ingat.
yany mane suke nak ingat nama eskem BR ni.
bila datang je, yany cakap 'yang dough tu ye' or 'yang colorful tu' or 'yang merah menyala tu takde ke?'
ha camtu je, orang keje situ pun tau lah yany nak yang mane, hehehehe





ini lah anis... tengok tu dia pakai baju pink kan? herherher




ouh hohoho, yany pun mesti lah pakai baju pink.
siap ada logo usm tu. nampak tak? ngeee





erm, nampak tak muka yany pucat dan kusam?
sebab yany dah tak pakai krim Nano. cuci biasa je.
tapi tak pakai cream and sunblock rasa kulit cam burning lah.
rasa panas je bila diri bawah sunlight. so asek lah kena bukak payung.
kekadang jauh sikit je pun nak jalan, yany still nak bukak payung.
hewhewhew dasar gedik. :P



k lah, takde benda dah, tu je nak citer. tataaa~




Monday, 27 February 2012

pop! meletup-letup

heyya,

kau hey kat sape yanyyy? sensorang depan lappy dok hey hey. giler.
hahahahahah lantak lah weh.
this time yany nak abadikan sesuatu kat sini lagi.
apekah? yelah ri tu dah abadikan printscreen 888 kawan kat fb kan, now ade lah mende len lak.









yeh, bende tuuu awww







tau tak tu?
tu name nye bende letup letup.
tapi dia tak letup tebabowwwwwww camtu.
letup dia comel jekkk. pop. pip. pop. pup. jangan poop sudey.


yany suke. mama yany pun suke. adek yany pun suke. weee
kitorang slalu berebut nak letup letup mende tu.
kalau beli pinggan mangkuk kan, tak pun tv kan, (macam rumah slalu tuka tv. padahalll)
pastu beli yang hiasan cinonets tu kan, kan ade balut ngan mende ni?
ha pastu kat umah kitorang berebut lah nak letup kan dia. hehehe
best wooooo


act yany taktau name formal dia ape, just letak lah name informal kat dia kan.
tapi ade gak dengar orang panggil, 'bubble wrapper'. eh betul ke ni?
tapi camtu ah bunyiknye. tapi logik lah kan? sebab memang dia bubble bubble pun.
then dia kan besar cam gift wrapper camtu, tak pun cam kertas mahjong tu, so memang lah wrapper kan?
pastu kan orang slalu pakai untuk wrap fragile things kan? 
so bubble wrapper ni memang nak mengurangkan risiko lah. takut lak barang yang mudah pecah terpecah lak kalau tak wrap guna ni. (ape aku cakap?)


yany dapat bende ni pas beli sesuatu. sesuatu? ye sesuatu.
apekah sesuatu itu? biarlah rahsia..... syhhh
yany takmo citer kat sesape... sape sape pun tidak!
kat blog ni pun tidak! never!
kang ade lak orang terbace kat sini, naye akuuu
cakap macam kan orang nak lah bace blog kau?
tapi siriyes. yany dah pernah ping blog kat fb.
ade probability orang akan masuk sini baca kan?


jadiii, berbalik lah kepada gambar di atas,
orang lain ade ke perangai cam yany, mama and adek yany ni?
letup letup bubble wrapper ni?
kalau tak dapat sangat nak letup, kadang kadang kan plastik dia liat sangat,
yany pijak pijak guna kaki. tak pun kalau tak mau gak, yany gigit je. terus 'phewww' angin dia kua.
tapi gigit tak feel ah. dia cam tak puas hati sebab kita tak dapat letupkan guna jari.
hahahahahahahahahahahah ngarut sungguh yany kan?
tapi best lah! ggrr


kalau berkesempatan nanti, kalau lah yany ingat nanti kan, kalau lah.
tapi mesti yany akan teringat punye lah.
sebab yany ni suke membangkitkan topik tah pape yang bole jadi 1 isu kalau dibentangkan dalam kalangan kawan kawan yany tahu? wahhh ayat.
mesti nanti yany teringat nye lah, yany akan tanye kengkawan yany, dorang men tak letup letup mende ni?
hahahaha sounds funny. tapi mane tau? sebab maklong yany pun men letup ni jugak tau.
tak silap yany cezen yany pun suke men mende ni. hohoho sehati sejiwa. :P
maleh nye aku nak taip 'bubble wrapper'. dah lah banyak huruf ulang ulang.


















eh okay lah, yany nak sambung men letup letup. syiokkk pop pup pop pip

babaiii

Saturday, 25 February 2012

sunyi

























I FEEL LIKE I AM LOSING SOMETHING.
BUT I DO NOT KNOW WHAT 'IT' IS.

























Friday, 24 February 2012

tak sabor.

salam, hye...


cis. ciskek.
pagi tadi dalam kul 11 lebey camtu, yany g office Saujana, blok yany kat USM...
memang niat nak datang untuk amek barang.
ari tu charger yany tertinggal kat rumah sedare.
so yany suruh dia anta kat sini via Pos Laju...
sedare yany tu anta ari selasa ari tu, so hari ni mesti lah da sampai kan?


hati yany sangat berharap barang yang yany ade order semalam pun dah sampai lah.
tapiii, bila tengok kat list bungkusan, ade nama yany, tapi date dia 22/2/12.
means, bungkusan yany tu dah sampai hari rabu ri tu lah.
okay tu confirm lah bungkusan charger yany yang sedare yany anta tu.
so yany dapat amek yang tu jelah, anis lak dia punye baju yang dia beli online pun baru sampai 1.
dia kata dia ada order lagi tapi bungkusan yang tu tak sampai lagi.


then, dengan penuh harapan lagi,
yany check check list lagi, yang latest punye, takde nama yany ponggg?
herm, yany tanye abang yang jaga kaunter tu,
'hari ni punye barang pos tak sampai lagi ye cik???'
then abang tu jawab, 'hari ni punye belum lagi, dalam kul 4 camtu kud...'
so yany ngan hati yang sedikit keciwa tapi masih berharap pun balik lah bilik ngan anis... hahahah


petang tadi, dalam kul 4.40 camtu, yany turun lagi, p office lagi sekali.
ingatkan dah lambat sangat lah ni kan, sebab abang tu kata pos datang kul 4 kan,
tapi bila check list, aikkk? takde yang latest pun? sama je macam tengah hari tadi?
okay yany tanya lah makcik yang jaga kaunter tu, 'yang hari ni belum sampai ke?'
makcik tu jawab lah, 'tu lah, hari ni punye belum sampai lagi lah...'
yany pun berasa sangat keciwa lagi skali, lepas say terima kasih yany pun blah...


turun je dari tangga office Saujana, yany nampak van Pos Laju baru sampai.
'haaa, yes! yes! dia dah datang... yeay yeay...' getus hati yany.
hahahahahahahahaha giler sastera. tapi serious yany happy nampak van tu dah sampai. hehe
tengok je pakcik van Pos Laju tu turunkan bungkusan-bungkusan dalam bakul besaq.
huhu dalam hati dah gumbira mengharapkan adelah barang yang aku order semalam tu. hihihi
so sementara menunggu pakcik tu anta barang barang tu kat office,
yany pun lepak lah kat cafe dulu, men game kat fon ni ha.


lepas 10 minit camtu, yany naik atas balik. hahah jemu lah makcik tu nengok muka aku je. hahaha
again, yany tanye makcik and abang yang jaga kaunter tu,
'assalamualaikum, saye nak check ade tak barang saye yang dah sampai?'
terus makcik tu tanye number bilik, yany pun bagitau lah.
makcik tu carik carik, ha ade lah. then yany dah berbunge. tapi pelik. sebab yang dia pegang tu surat. bukan bungkusan.
pastu makcik tu tanya, M0# kan?
yany pun kata, eh bukannn saye M0% hahaha skali rupenye makcik tu silap...
number bilik je sama, tapi Saujana lagi 1 lah... huhuhu


then makcik tu carik carik lah lagi, tapi yang ade banyak surat and bungkusan macam baju je,
yany pun cakap lah, orang yang anta tu pos barang saye semalam,
then makcik tu kata 'semalam ke... kalau baru anta mungkin tak sampai lagi lah...'
yany pun kata, 'tak sampai lagi? erm slalu nye saye cepat dapat barang..heee'
pastu makcik tu kata, 'mungkin dalam perjalanan kud, tapi hari ni memang tak sampai lagi, ni je yang ade'
sambil dia tunjuk bungkusan bungkusan yang ade kat office tu.


yany pun, erm, lagiii sekaliii keciwa, dan berlalu setelah sempat mengucapkan terima kasih kat makcik tu.
huhuhu keciwa tau. 3 kali datang office dengan penuh harapan ni.
tapi? asek takde je. hahahaha
takpelah, mungkin ade hikmah nye, and takpelah, yany tunggu lah sampai isnin.
uwww tu lah office ni, hari cuti tak bukak lak.
eh? pos laju pun tak bukak time cuti kan? apada yany ni. heheheh
takpelah, kita tunggu k isnin k yany k?





babaiii~

Thursday, 23 February 2012

888





klik - untuk membesar dengan sempurna.




weheeeee~ hye,
act yany just nak abadikan printscreen ni kat blog sebagai tanda ingatan je. hahak.
tadi yany online and tengok friend ada ngam ngam 888.number cantek wooo
ini kalau orang chinese dorang kata number ada ong tu tau. hehehe
hahaha macam lah orang heran sangat ngan kau punye friend tu kan.
orang lain lagi berlambak lambak friends dorang. tapi ada aku kesah? hahahahahahaha
yany tak kesah lah orang nak cakap ape pun. ni kan blog yany. mesti lah sesuka hati yany nak post ape yang yany rase.


klaka lah, selama ni yany on, kejap kejap friend bertambah, jap lagi berkurang, tapi yany takde pun add orang or accept request time tu?
maybe ada orang deactivate acc dia memula, bila yany on balik dia dah active kan balik ke kan?
ntah lah, tapi dan dan ni ha yany tertengok friend elok je number tu.
terus jadik excited jap. terus nak freeze kan letak kat sini. heheheheheh
yany saje je edit edit sikit. supaya orang nampak lah motif sebenar yany letak tu untuk ape.


hehehehehehehe part yang yany paling suka is, dan dan je bb pink tu jadik yang atas skali...
hohoho ade sesape nak belikan yany bb kaler pink tu?
yany tak kesah lah model ape pun, tapi kalau bole nak torch lah kaler pink. hahahah demand kauuu
haklah yany takde lah nak bb tu sangat pun. kau tengok design bb buruk kan?
yany rasa yang okay je pun torch lah. or storm.
sebab yany memang kurenggg berkenan ngan design bb. macam gemok pendek.
betulll. cube tengok balik, macam gemok kan? kembang semangkuk.
thats why lah yany suka tengok torch and storm lagi.
at least design dorang lebar tapi tak nampak gemok pendek.
eh orang paham ke ape yang yany nak cakap ni??? -__________-


haha walau ape pun, yany takde lah memusuhi design bb yang lain.
yany just mengutarakan pendapat je. lain orang lain pandangannye. kan?
tapi lah kan, kalau lah kan, ade lah kan, ade orang nak sponsor, yany on je.
tak kesah lah weh model ape pun from bb ni, yang macam dalam gambar tu pun jadik lah.
tapiii, as long as dia kaler PINK!!!
oh pink itu wajib okeh. pakkal lah Sony Live yany takde kaler pink.
yang ade pun button dia ade line pink sikittt je. tak nampak pun.
kalau ade kaler pink, yany komfom dah beli tau tak???


tapiiiiiiiiii, kau ingat muka kau manyak cantek ke Yanie Amira ???
nak orang sponsor kau henpon free? bb lak tu?
dah tu kau dah lah demand nak kaler pink lah model tu lah. haish.





eh, pesal yany cite sal bb pink tu pulak ha?
ntah lah, yany nak cite ape je tadi?
yany just nak tunjuk printscreen tu je tadi. ter emo lak pasal bb kan. hahahahahah
eh okay lah, belum solat Isyak lagi ni kau.
babaiii

ouh btw, nampak tak tunang ai yang handsome tu? comel jek kan? rindu dia. mmmuah muah from Penang to Perlis. awwwww ^^





















p/s : yany ada beli something. esok sampai kud. weee

Wednesday, 22 February 2012

kulit oh kulit.

hye,
berapa hari tak hadap mende ni?
sampai je kat USM, tak semangat nak post entry.
blogger kat USM memang lembs sikit. kalau kat umah tu senang je nak on blogger.
nak update pape pun semangat lah jugak. kat sini maleh jadiknye.


tapi yany nak meluahkan isi hati terpendam kat blog yany tade pun orang kisah ni.
pasal, kulit muka yanyyy.....
haihhh dia dah mula balik dah...
dah kuar jerawat kicik kicik kat serata muka. especially dahi.
pastu kat pipi ni ha ade la jugak bole rasa ade bijik bijik kecik kat dalam kulit.
tasuke tasuke tasuke. menci.


act yany baru tuka moisturizer.
ari tu kan, yany pakai Organic Aid.
okay memang sangat okay. Organic Aid ni menghilangkan parut parut yang ada dimuka.
sebab krim ni based of vitamin E. masuk yang last skali dah nak 10 bulan yany pakai.
okay ah tu kan, nak dekat setahun.
yany pakai tu pun sebab dulu kan tyme kat matrik muka yany tumbuh banyak jerawat.
macam cendawan turun lepas hujan.
so banyak lah parut jadiknye. pakai Organic Aid tu, hilang parut. clear.
yany pakai pun sebab bestfriend yany, Dini yang suggest.


tapi, sejak dua menjak ni, yany p gatal tangan nak tuka brand lain.
tu pun sebab lepas tersuka ngan masker Nano White.
sebab hari tu kan, yany ade masuk cycling kat USM.
lepas cycle 1 pulau tu, muka memang sunburn lah.
tu yang try pakai mask Nano tu.
mask tu best ah. sejukkk je tyme pakai.
so lepas gatal gatal pakai mask tu, nak lah pulak try mende dia yang lain.
yany pun try lah beli scrub dia. dapat lak free toner dia yang kecik.


start tu, yany pakai je toner dia, pas abes yang kecik, beli yang besar punye.
tapi that time yany still pakai Organic Aid.
last last, Organic Aid yany dah abes, carik carik kat Guardian, kat Watson, takde.
kalau ade pun yang pack besar gedabak tu. takmo takmo.
yany nak kecik je yang yany selalu beli before this.
so, last last, yany pikir, dah alang alang pakai scrub dia, toner dia, beli lah cream dia skali.
yany pun beli lah cleanser and cell whitenor nye... (amboi nak white aje.)


tapiiiiiiiiii lepas seminggu pakai sume sume tu, hermmm
dia okay lah jugak, takdelah berminyak sangat. sama je ngan kulit yany before ni, tak berminyak.
tapi ada jerawat timbul merata. yang kecik kecik comel macam ruam tu.
erm tak suka lah. nak rawat guna Organic Aid dah takde. :(
kalau dulu, kuar je sebijik jerawat, letak Organic Aid, besoknye dah kecut.
tapi sekarang kena biar jelah.


hari tu kan, yany ade lah try tumbuk kulit kayu manis.
alah orang kata petua untuk kecutkan jerawat guna kulit kayu manis tu kan?
tapi yany rasa kulit yany memang tak rasi lah ngan kulit kayu manis.
abes gelenyar muka yany pas pakai kulit kayu manis kat muka.
elok elok nak sapu bagi jerawat kecut. tapi kulit yany sekitar jerawat tu meradang okay.
merah merah jadinye. pastu gelembung gelembung.
ouh tak bole jadi, 2 kali je kud yany letak mende tu kat jerawat yang tumbuh time tu.
pastu dah. biar je.


and nowww, ape nak buat nih? nak stop pakai Nano ke? baru beli tau!
tak sampai 2 minggu yany pakai cleanser and cream dia ni.
yany ingat nak try produk lain. tapi tengah kering. muehehe.
tapi orang kata, kalu kita cuba sesuatu benda baru, kita kena stay untuk 40 hari.
baru benda tu menjadi. like ape ape lah.
kalau dah stay selama 40 hari, baru kita sedar perubahan yang berlaku. baru kita dapat rasa sesuai atau tak.
and baru lah kita akan rasa sayang kalau kita dah sesuai dengan nye.


contoh, kalau kita baru belajar solat. bukan sembahyang. orang Islam solat.
kalau kita stay solat je, tak tinggal, walau ape pun yang terjadi,
lepas 40 hari, mesti kita rasa sayanggg sangat nak tinggal.
mesti kita akan berusaha buat ape saje. asalkan kita solat jugak.
yany rasa yany kena praktikkan ni, sebab yany kan ade rompong solat jugak. T.T
and yany rasa cara ni kena buat untuk pakai tudung kud.
yany ni kan, liat. agaknye kalau dah 40 hari pakai tudung, jaga aurat, InsyaAllah kan yany terus berubah? :)


tapi betul lah, yany rasa nak tuka produk ni.....
tapi erm tengok lah, yany nak try pakai sampai yang ni abes dulu.
maybe lepas sebulan yany akan pikir kan balik,
sekarang nak tengok dulu, kulit ni saje nade nade nak tumbuh jerawat banyak banyak ke,
or memang effects from Nano.
or memang cara dia memula nak adapt ngan benda baru, so kulit ni meroyan sikit.
hahahahahahahahah
okay lah tengok lah cemane. heeeee




bye.

Saturday, 18 February 2012

ouh NO!!!

it has been a month I'm free from the lecture, books, notes, classes, and whatever that related to STUDY.
now, now, now...


















TAKNAK BALIK HOSTELLLLL !!!!!!!!!!













Sunday, 12 February 2012

persoalan

bosan lak cuti minggu ni, tak ke mane mane,
duet dah kureng. hahahah padan muka aku kan,
shopping lagi tak ingat dunia before this.
now nak shop pun beragak lah coz duet dalam acc kurang daripada angka 4 dihadapan dah.
mane, mane member JPA ni? come come aku tuntut janji korang. hahaha
so bosan bosan ni, tulis jelah ape yang aku nak tulis.




pernah tak orang lain pikir something and jadikan something tu persoalan yang takde kesudahan?
like aku, aku slalu pikir tah pape yang orang lain maleh nak pikir pun


okay contoh nye la kan, designer fashion,
orang lain pikir tak baju baju yang designer dah design tu,
baju baju yang dah dijahit tu, yang model dah gayakan kat runaway tu,
ade ke orang betul betul nak pakai?
I mean, kalau dah design leklok, jahit cecantek (cantek ke?) then dah kuar modal banyak
tapi fesyen pelik pelik, betul betul ke ade orang pakai kat luar?
sebab, malu lah nak pakai baju baju pelik tu kat luar. cam nyusahkan pun ade gak.
aku ni slalu lah tengok kat tv show pape lah,
suke tengok model model ni berjalan atas runaway, hahaha
tapi bile tengok baju ape lah yang dorang pakai tu,
terus terpikir pasal persoalan aku tu. haha



lain contoh, kalau orang kawen, mesti nak kata 'sama cantik sama padan' or 'pinang dibelah dua' or pape yang seangkatan dengan nye lah.
errr tapi betul ke sama CANTEK tu? kekadang tak sama pun? tettt
okay aku akui memang aku jahat dalam bab mengomen orang (macam kan aku ni elok je kan)
tapi betul lah, slalu k aku dengar orang lain pun akan komen
'tak cantek pun pengantin pompuan, cemane laki tu nak?'
or 'alah laki nye tak hensem, tak padan ngan pompuan tu'
errr taknak lah guna perumpaan camtu lagi,
kena yang dua dua cantek, tapi kalau laki kiut je paras bahu pompuan tu, takkan nak kata padan lagi kud?
tapi yelah, cantek itu subjektif. tak sume yang orang lain kata cantek, kita rasa camtu.
and tak sume yang kita rasa cantek, orang lain pun anggap dia cantek. kan?
tapi nanti aku kawen tak bagi orang letak perumpamaan camtu camtu.
letak lah 'sudah jodoh ditentukan Ilahi...' erm hahahahah
tapi kan, aku tak pernah dengar lagi orang kata Lisa Surihani tak cantek. btw memang dia cantek sangat. :D



lagi, orang baru kapel macam batak dengan pasangan dia kan?
HAHA. ini aku tak dapat nak nafikan. persoalan ke tak, memang terbukti. either laki, pompuan, sama.
aku sendiri pun penah jadi camni. hahahaha
memule couple, alamak siang malam terbayang, fikiran melayang. tapi sekarang pun aku masih terbayang. awww 
kalau kat fb, beriye ni weh nak post segala macam benda yang menunjukkan kasih sayang korang
aku tau lah, aku camtu gak. muehehe.
profile pic kalau bole gambar kite berdua saje yek. pastu mesti 'love you' tak lekang. haha
then mesti nak post video video sweet, quote quote yang comel, tag tag gambar itu wajib okeh!
hahaha aku tau kerana aku masih buat camtu gak. tapi sekarang takde lah selalu.
dalam sebulan post 1 video pun jadi lah. quote pun dah lama aku tak post kat MB.
erm tag gamba itu harusssss lah! ade pic baru je tag lah kat dia tu ha.
but act kalau lebey lebey sangat pun hover tau. geli ketiak. <----- tak dengki okay, sebab aku pun rasa camtu kalau MB lebey lebey jiwang ni. :P



yang seterusnye, pasal pompuan gatal.
you know pompuan gatal? samada pompuan tu dah ber-bf atau buat buat takde bf atau pompuan takde bf,
then sibuk nak kacau bf orang lain. boy lain ade, tapi tak menepati citarasa dorang so taknak lah. nak bf orang lain gak kan. tuik.
erm tak kesah lah bf ke tunang ke suami ke. janji yang dah sah sah kau tau laki tersebut dah ade permaisuri dihatinye. hamek permaisuri siap.
tapi yang pompuan ni la hai dah kenapa? gatal lah weh. pegi lah men jauh jauh.
kawan kau ramai, tapi nak jugak nyendeng tepi laki orang lain kenapa?
haish. lagi lagi pompuan yang dah ber-bf ke ber-suami ke.
tu lagi lah, agaknye bf dia pun buat hal so nak revenge ke ape?
dari dulu aku tak paham. and aku takkan pernah paham pun.
sebabnye aku tak pernah berperangai macam ni. aku tak pernah tau perasaan menjadi seorang pompuan gatal.
yang aku tau, kau dah ade bf sendiri, suami sendiri, (ceh macam kan dah de suami lak aku ni) ha gatal gatal lah ngan boy kau tu. takyah sesibuk nak kacau boy orang. jealous lah tu takde boy best. hahah.
well for me, pompuan yang menggatal dengan kepunyaan orang lain ni kan, loser.
dorang takde kehebatan untuk carik sesuatu tu dengan effort sendiri.
abeh ingat nak ade bf tak perlu effort ke? memang lah bf tu yang ngorat kau dulu. (aku lah. :P)
tapi, kau pun perlu berusaha, menjadi seorang pompuan yang sepatutnye untuk di-ngorat-i oleh seseorang boy. ape aku tulis niiiii
ni tak, sebok je nak amek hak orang lain, makna nye takde effort untuk di-ngorat-i lah tu.
sebok nak meng-ngorat-i hak orang lain. betul kan? loser.



apesal aku emo sangat ha ngan persoalan atas tu? hahah
aku memang alergi ngan pompuan gatal. name pun gatal kan, mesti lah orang alergi ngan benda benda gatal ni. mintak jauh lah aku daripada menjadi seorang pompuan gatal Ya Allah.
semoga aku dapat lah berubah menjadi pompuan yang lebih lebih lebih baik. sekarang lagi bagus. Ameen~




Friday, 10 February 2012

Dear Cameron part 2

(okay, lambat nye lah aku publish mende alah ni.)




salam,
this time yany nak tulis pasal second day we had at Cameron.
that was hari selasa. 7 feb. eventhough kitorang kat sana separuh hari je, coz petang tu dah gerak balik,
tapi hari selasa ni lagi busy kud banding ngan isnin tu
hari tu, kitorang g banyak tempat gak lah,
nak g mane lagi kalau dah sampai Cameron, wajib lah g tengok cactus, tengok bee, (BEE? i mean b? okay bukan B kau ye yany.) then g ladang teh, bla bla bla, abeskan duet yang ade lagi, bla bla bla


pagi tu, yany bangun kul 9 lebih. lebih sikit je ye.
coz yany bangun and on fon tengok tak sampai 9 setengah lagi. :P
okay saye memang tak bangun subuh. Allah beri saye kelonggaran. :D
after mandi mandi, kemas bag, kitorang sume jalan jalan around chalet tu
kitorang cadang nak masuk ade la 1 strawberry farm ni, nama ape ntah, Opah Strawberries kud. tibai la.
dah sampai dah pun and dah masuk dah pun, skali tengok ramai gak lah orang tengah lepak.
dorang makan eskrem kat situ, kat situ ade buat cam cafe kecik lah.
last last kitorang masuk tapi kuar balik. kejadah nak makan eskrem pepagi???



tempat masuk Opah Strawberries tu...
my breakfast, koko krunch. hahahaha


di sebabkan tak jadi nak masuk tengok strawberry yang ade kat dalam farm opah tu,
kitorang jalan jelah kat area area situ, jengok jengok dari luar tengok strawberry kat farm orang lain,
bole kata semua orang yang buat rumah dorang jadi chalet tu, ade farm sendiri.
yang kitorang duk ni je tade. :'(


1 of the farm yang ade kat situ
tapi strawberry nye kurang lah, banyak dah kena pluck.


jalan jalan tepi kebun strawberi


sempat lagi, tenyummm


strawberry, aku taktau nape aku mencintai kau.


objek yang nak ditunjuk dalam ni adalah buah anggur atas nun,
ade sape sape nampak tak? heheheh


saket tengkuk ai sebab nak pose camni.


selepas jalan jalan area chalet tu, 
kitorang sempat snap pic whole family members yang join,
thennn, sape yang tangkap kan pic ni ye?
kitorang jenuh la dirikan camera kat atas kerusi. hahahah


sengettt


okay, after check out dari chalet,
tempat first kitorang g adalah Cactus Point,
tempat ni banyak jual cactus and pokok pokok dalam pasu
ade gak cactus yang tak dijual, maybe sebab cantek sangat so buat hiasan jelah.
bunga bunga kat sini pun cantek cantek.
macam palsu je sume bila tengok.
memula ingatkan plastik, tapi bila pegang, lembut je, real lah! hahahah


front of Cactus Point


cantek lah cactus ni sume...


yang ni paling comel. tapi kecik je dah rm5.


alololo mama and ayah...





flaaawers. they are pink just like me! hahah


mama, adek and cactus comey.


ouh after Cactus Point, kitorang beransur ke Arked Peladang ke ape ntah,
situ cam banyak banyak kedai lah jual souvenir, strawberry, bunge bunge,
kat situ, kitorang banyak jalan je, sebab cam dah banyak benda je kitorang dah shopping. hahah
and kat situ, kitorang beli eskrem strawberry yang aiskrim malaysia tu,
sedap! this time lagi sedap daripada yang yany penah makan dulu.
yang ni betul betul rasa very berry strawberry (macam nama 1 of the BR ice cream kann).


snap snap sambil kat tangan tu ade eskrem tu..........


yihhh im sweet such a candy. hahahah!


with yoya ^^


omeyyy je vespa tu kan?


ooorang biasa, baaasikal tua.


tu botol oren. hahaha




ouh pic kat atas tu time kat Time Tunnel ke hape ntah.
dia cam mini museum la... ade banyak barang barang antik dalam tu
mama and maklong sibuk lah jengok jengok dari luar pastu mengimbau masa lampau dorang
kejap kejap ma kata, 'ni lah mesin jahit zaman dulu...macam mak punye dulu kan yong (maklong)?'
pastu jap maklong lak, 'ingat lagi dulu minum air oren yang dalam botol kaca tu...dulu sume kaca camtu...'
pastu 'ha tu macam radio kita kat umah dulu dulu...eh bole pakai lagi ke tu ha?'
ehhh, teringat zaman muda mudi la tu. muahahahah
tapi nak masuk tu kena bayar rm5 kud per head. ouh takyah. kita jengok dari luar jelah.
hahahaha kedekut. tapi pehal nak masuk tengok barang lama je pun??? huh dasar buta seni memang camni.



makan jagung pun nak gedik.
ouh tu jagung manis, makan mentah mentah 
manis cam Anis. :D


okeh, pas kitorang g arked tu, pergi ke ladang teh pulak
tapi ini bukan ladang teh BOH yang tinggi nun
kitorang g Bharat Tea Plantation je
yang ade cafe tepi jalan yang bole terus turun ke bawah tengok ladang tu
yang ni kureng best. sebab tah, tak tinggi sangat
pastu ni tak tengok kilang proses teh pun
dulu time kekanak, yany datang Cameron ni, kitorang g yang BOH punye ladang tu
yang tu syiok arrr. sebab ladang dia atasss bukit. tinggi.
pastu bole g lawat kilang dia. tengok cara proses teh, tengok sejarah sejarah kilang teh
cemane orang dodulu proses daun teh sampai jadi yang kita minum tu. heeeee
takpe lah, janji ade ;)



kicik nye mata...panas terik time ni ^^


pose wajib dia. poyo lah. hahah :P 


ini si busuk. hahah. jahatnye aku. :P


oh myyy, ai tak sempat tengok camera lagi tau.


Hajjah Rohana with me! :D


ahaaa telaka la ni, time snap kakngah kata 'eh sama lah muka mama ngan yany!'
maklong pun jawab 'well, nak wat cemane, anak buah aye kan, muka sama lah'
hahahahah mama pun kata memang lah, dah waris dia. hahahahahah
memang sah lah yany ni ikut belah mama je. ouh seb bek tinggi cam ayah. :P
tapi kalau letak yany tengah tengah sedare ayah, memang takde serupa langsung pun.
len lah kalau ikin, memang dia ade ikut belah ayah, puteh and mata sepet. :P


ini ayah saye, bile saye senyum mata serupa kan? 
itu belum ayah senyum lagi, :D



ouh lastly, kitorang ke Bee Farm. Bee.........B? ouh miss my MB. heheheh
time sampai tu, yany cakap kat kak bee, 'dah sampai ladang kak bee...hehehe'
kak bee lak jawab, 'arrr sile sile, jemput masuk ke ladang saye, buat lah macam ladang sendiri.' hahaha



heart shape :D


kakngah kata 'kolam cinta' ni sweet sangat. hehe


ini kak bee...ibu Iman yang comey. :D


did you see any Bee? I mean, bee, not b,
coz b is for BUSUK. budak busuk tengah makan madu tu. :P


bee............ :)


errr ape name ni?


yang last tu, ape tah name dia,
kakngah ade bagitau ari tu, then yany lupa, 
yany tanya ayah balik time dalam kete, ayah ade bagitau gak, ape tah, selulut, selulut? camtu ah.
tapi yany tak sure, ke ayah cakap lain tapi yany yang tak ingat exact name haiwan ni ape?
tapi serangga ni hisap madu from bunga jugak. just like the bees.
tapi hasil madu yang dorang (dorang???) hisap tu, takde khasiat sebaik madu lebah
madu lebah ade banyak khasiat, sebab tu orang asek minum (eh ke makan?) madu lebah,
takde lak yany dengar minum (again, ke makan?) madu selulut (bantai lah) ni.
eh geram lah pulak tak sure name betul serangga ni ape.
nanti nak tanya ayah balik lah, tak puas hati ni. hehehe


makan maduuu ;)













hohoho, itu saje di Cameron, pas je g Bee Farm ni, kitorang dah gerak balik,
but before tu kan lalu kat Lata Iskandar kan, singgah la dulu makan laksa,
adek lak nak mandi manda kat situ lak,
yany and lain lain takde lah nak mandi, baju tak cukup dah. hahahah


Hutan Lipur Lata Iskandar :)


abang Ocama busuk.


Iman mutiaraaaaaa....mandi bukak pampers lah!



























HEEE....NI JE YANG SAYE BELI TYME KAT CAMERON TU...







habis pun, babaiii~