hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Thursday 8 March 2012

pain

Salam and hey,
ade tak orang lain yang macam yany ni? mesti ade kan, tapi pompuan lah.
yany sure sume pompuan mengalami gejala macam ni.
tapi, of course lah lain orang lain keadaannye kan,
macam yany ni, takde lah teruk sangat, tapi, menyeksakan jugak lah. :(
sakit di abdomen itu biasa, tapi sakit di bahagian miss V itu yang tak biasa.
tapi bila dah sentiasa kena kat yany setiap bulan, jadi lah biasa.
wait wait, sakit ape ni yany?
sakit yang dialami setiap pompuan lah... sakit time piyed. heee




Sakit Ketika Haid.

Apakah Penyebabnya?
  • Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
  • Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.

Gejala-Gejala Biasa
  • Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
  • Kelesuan
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan pening
  • Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.


Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
  • Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

Sekunder:
  • Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).

Penjagaan sendiri
  • Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
  • Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
  • Mandi dengan air suam.
  • Urut di bahagian yang sakit.
  • Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
  • Teknik-teknik relaksasi
  • Banyakkan berehat
  • Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
  • Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
  • Pengawalan pemakanan.
  • Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
  • Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .

Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
  • Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
  • Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
  • Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
  • Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 




ni sume google je. 90% copy paste from sini. :P



tapi kan, kenape yany post benda ni ha?
erm, hal ini adalah kerana, (macam buat kerangan bm tak? haha)
yany sedang mengalami simptom simptom di atas tu, (nape aku nak time simptom tadi jadik 'simpsons'?)
well, nak jadi mummy yang comel, cantek lagi jelita 1 hari nanti wajib lah rasa semua ni dulu! :)
tetibe yany teringat mdm Afidah, lecturer bio yany time kat matrik dulu,
pernah cakap macam ni time ajar chapter reproduction sem 2,
'Period pain is just 1 / 10 of pain that you will feel during the labour time.'
arghhh tidakkk........................... just 1 / 10???
patut lah mama yany kata sakit beranak tu sakit macam nak mati!
sakit yang paling sakit selepas sakit nak menemui ajal.
SubhanAllah... special nye wanita kan? para lelaki tak mungkin dapat rasa macam tu.




btw, SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita, pompuan, gegirl, gadis, anak dara(yang tak dara pun boley :P), mak janda, nenek tua, and sume sume yang ade miss V lah!
yang buat buat ade tu takyah!!! korang sume tak layak untuk di wish. sebab korang nye pelesu.
wahahahahahah wekkk!



p/s hari wanita sama ngan birthday ayah yany... :)



No comments:

Post a Comment