hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Monday 9 September 2013

selamat datang tahun akhir!

assalamualaikum semua!


rindu yany tak???

setelah berbulan yany tak update blog ni,
terlupa yang diri ni ada blog. huahahaha

k lah nak cerita harini hari first yany as pelajar tahun akhir kat usm penang ni
sekejap je masa berlalu kan? dah final year dah
rasa macam tak percaya jer dulu yany siap berbelah bahagi nak accept ke tidak usm ni
ada yany buat entry dulu kan pasal universiti tu
tak ingat dah apa tajuk dia. kalau rajin sila lah cari. hehehe


untuk sem ni, yany amek 16 unit.
8 unit teras, 2 subjek maths.
yany amek statistical inference and differential equations 2.
lagi 4 unit untuk teras tambahan, yany amek logic and applications.
logic tu subjek computer science.
and another 4 unit minor mandarin yany...dah level 3 dah :)


oh sem ni, yany dapat bilik baru and roommate baruuu
bilik yany still kat blok yang sama, level sama, tapi wing dah lain :(
roommate pulak dapat budak maths jugak. final year jugak.
memang kitorang dah lama kenal since first year lagi.
alhamdulillah roommate ni okay ngam dengan yany..heee


erm, tak banyak yang nak cerita sangat sebab baru lagi kan,
later yany story mory lagi kayh :)


bye bye :-*



Monday 12 August 2013

raya ku di umur 21





this year tema kami ialah color purple.
konon nak kuning lemon, tapi susah sangat nak cari baju color kuning nih.
pestu pening nak pikir color apa nak pakai tahun ni.
last2 pilih color purple...heee




SELAMAT HARI RAYA :)



Wednesday 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434H / 2013M

assalamualaikum!!!


selamat menyambut bulan ramadhan!

dah setahun dah rupanya?
cepat betul masa berlalu.
serious cepat gila.
ingat lagi, tahun lepas, yany banyak habiskan masa berpuasa kat rumah maklong
sebab lastyear yany duduk rumah maklong. kerja kat Setia City Mall tu
masa tu selalu gak lah berbuka kat luar je lepas balik kerja.


this year, yany puasa kat rumah sendiri :)
kerja pun dekat2 area tasik puteri ni je.
so, dapat lah bersahur dengan masakan mama.
berbuka pun beli makanan kat bazar ramadhan kat Puteri Central Park nun


hari ni, first day puasa ramadhan.
pagi tadi bersahur makan nasik lauk telor goreng and kicap je.
tak selera lah nak makan segala lauk yang ada
yelah, nama pun sahur. dengan mata ngantuk nya. makan je apa yang larat. huhu


berbuka tadi pulak, sempat lah pergi bazar dengan mama and adik2.
yany beli kuih apam, murtabak megi and roti boom.
dengar macam banyak je makan kan?
padahal murtabak dengan roti boom pun kecik comel je. singgit je pun harganya
mintak bawang pink banyak2. sebab yany tak bole makan murtabak tanpa bawang pink. heheh
sape yang pernah baca entry puasa yany dulu3, yang tahun lepas2 punya,
mesti tau yany memang penggemar bawang pink. obses sangat dengan pink dia -.-



sedap kan??? erghhh


alhamdulillah kenyang giler time berbuka tadi.
esok kita taktau lah nak berbuka dengan apa pulak.
rasa nya ma nak masak kud...
sebab mama kata dia nak gilir2, today g bazar, esok ma masak.
nyum tak sabar nak tunggu berbuka esok! heee



k lah, byeeeee :-*







Thursday 20 June 2013

terima kasih ayah :)

assalamulaikum...


kenapa eh bila tang mama, yany mesti excited je apa2.
sikit2 mama, sikit2 mama, banyak2 pun mama.
apa2 pun mama jelah...

tapi ayah? macam jarang je nak dengar yany cakap pasal ayah
kenapa eh?

yany sebenarnya, rapat gila dengan ayah masa kecik2.
dari baby sampai lah yany sekolah rendah.
sebab dulu, ayah yany yang banyak jaga yany.
ayah kerja business sendiri je. mama kerja office.
so masa banyak diluangkan dengan ayah
sebab ayah anytime ada masa untuk yany kan.


tapi sejak dah pindah rawang, yany dah makin membesar,
dah kurang rapat dengan ayah...
sampai lah yany dah sekolah menengah, yany tak rapat pun
biasa2 je dengan ayah. lebih kepada dengan mama.
maybe sebab yany anak pompuan kud kan.
dah besar2 jadi segan lah dengan ayah kan


mama cerita, ayah layan yany ganas, lasak, macam anak laki.
sebab tu yany ni agak tomboy masa kecik2.
kalau tengok baju2 yany, semua ala2 boyish punya
itu semua kerja ayah lah tu belikan baju macam tu untuk yany
rambut pulak tak pernah nak panjang...
tak pernah lah yang berjaya ikat. hahaha
kalau ada baju gown2 tu, ha yang tu baru lah mama yang belikan. hahaha


yany pernah tanya ma, maybe ayah tu nak anak laki kud ma?
sebab tu lah ayah layan akak lasak2 kan?
tapi mama kata taklah, dia memang nak anak pompuan pun dulu
tapi memang dia nak anak pompuan dia keras2. tak lemah lembut lah kira
memang jadi lah dulu...dengan lasak, tak makan saman nya, degil lagi
tapi bila dah besar ai is ayu2 lemah lembut jelita bergaya tau auwww


yang yany paling respek dengan ayah apa tau,
ayah sangat sayang dengan mama...
walau macam mana pun jadi, yany nampak lah, yang ayah memang sayang mama
alhamdulillah ayah tak pernah naik tangan kat pompuan
kecuali yany lah. sebab yany memang anak yang hazab gila masa kecik dulu
ayah rotan semua tu pun sebab salah yany jugak dulu. huhuhu
ayah cili mulut yany dulu pun salah yany sebab sebut 'babi'. hahaha
padan muka kan? hohoho


tapi tang lain, ayah takde lah nak marah tak tentu pasal,
ayah takde lah pukul2 kitorang. takut kan tengok yang macam kes suami pukul isteri tu?
syukur ayah kitorang bukan lelaki dayus macam tu
sebab tu lah, salah satu ciri bakal suami yang yany cari,
yang tak kasar2 dengan perempuan nya.
ini tak, baru gaduh sikit, dah kata 'aku lempang kau nanti'. errr memang tak lah macam tu. taknak!


2 hari lepas, dapat berita buruk,
opah kat kampung dah meninggal...
opah tu mak kepada ayah yany. terkejut sangat bila dapat tau berita tu
semalam ayah balik kampung. kat bota, perak.
pagi tu, ayah call yany, lembut je suara ayah. rasa sayu hati ni.
taktau lah kenapa. sebab selama ni, ayah mana nak call yany yang saje2 tau
kalau ada apa2 pun mesti ayah bagitau thru mama je
bila ayah call semalam tu, yany rasa sayu lah. huhu
ayah pesan buat elok2 tau periksa. sebab pagi tu yany ada paper.


lepas je ayah call, yany nanges. huhuhu
emosional kan yany ni.
kan dah cakap...yany ni lemah lembut sebenarnya. huuuhuhuhu *gelak sipi sipi*


even macam dah terlambat sangat ni,
apa2 pun, selamat hari ayah encik Salleh bin Pandak Ismail.

kakak sayang ayah...








moga2 kan, nanti yany berjaya tutup aurat. dengan sempurna. demi ayah. :')



Monday 17 June 2013

hipi beday Oni Cala

shelamedekommm

haip. bagi salam pun nak pelat2.

assalamualaikum...

ingat takkk Auni Qaisara anak buah yany?
tak ingat takpe lah. tapi ada yany up kan entry pasal dia dulu
time tu dia baru lahir. sekarang dia dah 1 tahun!
cepat betul masa berlalu~

dia lah yang yany asyik dok panggil Oni Cala Oni Cala
biasa lah tuuu. family yany ni memang suka pelat2 bila cakap ngan anak2
setiap anak ada nama manje2 sendiri
orang dengar pelik je. tapi kitorang ni dah terbiasa
even yany pun ada nama manje yany.
certain kawan je yang tau. mana yang tau tu diam ehhh.


sabtu lepas ada kenduri aqiqah and celebrate birthday dia sekali
tapi yany tak balik pun *nanges*
yany tengah exam week.
ni pun baru lepas 2 paper. ada lagi 2 paper menanti.
terpaksa lah berkorban tak dapat balik pergi kenduri oni cala
*nanges tersedu-sedu*






ini pic oni cala with her birthday cake.
baru besor kuman dah ber rainbow cake bagai.
wey birthday maklong dah dekat oni cala belikan maklong rainbow cake jugak tak?
hehehe. 






oni cala ni...kitorang panggil dia si bulok. sebab dia buruk! hahahaha
kejam gila kan panggil anak buah sendiri centu.
alaaa sape suruh dia tak comel. adan uke iye!!! XD

takde lah...comel lah jugak. baby kan. cuma suka la ejek dia.
sebab hidung dia kemek. hahahah




'omey tak beshkal aye ni? nanny aye bedi kan kongci2 dengan makcik ngan pakcik aye'


basikal tu birthday present from nanny dia. nanny dia tu mama yany.
kunun modern lah sangat kan panggil nanny bagai. mama...mama... hahaha
memula katanya nak beli yang hello kitty. comel kan for girl
tapi dah habis pulak kata adek yany.
so beli jelah doraemon ni. lagi pun doraemon ni kan laki pompuan okay je :)
and lagi pun, doraemon ni lagi menarik daripada hello kitty tu

alaaa takpe aa. cape culuh uke awak acam laki. budeh aa pakai dudimon. #BahasaAlienKeluargaKami



apa2 pun, hipi beday~ semoga Oni Cala membesar dengan sihat dan jaya nya. 
aidebiu chinta chinta. makdong dindu. lagi belape hagi makdong badek. 
kbai!




Thursday 6 June 2013

sidang 2 semester 2






berdebar nya rasa...
uwuwuwu


but still, birthday tahun ni celebrate kat rumah lagi!



^__^


Wednesday 5 June 2013

datang...hilang


Malam. Takde lah malam. Pagi buta. Agak dingin.
Seorang. Roommate dah lena.


********************************************


Datang dan hilang.
Itu biasa. Dah selalu dengar, dah selalu hadapi, dah selalu lalui

Hari ni demam datang, sok lusa insyaAllah dia hilang
Minggu depan nak exam, nervous datang, habis exam nervous pun hilang
Hujung bulan masuk gaji duit datang, duk berjimba sakan duit pun hilang #eh

Tetiba seseorang datang, tetiba juga dia hilang. Lagi sekali, dia hilang.

Memang lumrah kud semua yang datang akan hilang
Hilang macam mana? Demam kebah, nervous reda, duit habis, seseorang pergi.

Pergi macam mana? Well, pasti semua menyangkakan term 'mati' kan?
Kalau tak mati pun, mungkin pergi ke suatu tempat lain, atau lost contact, atau kena culik? atau betul, mati. Okay.

Terserah... kalian nak describe term orang hilang tu dengan apa perkataan sekali pun

Pada aku, dia tu boleh hilang walaupun dia stay ada disitu. Situ je. Kita tahu dia ada tapi hakikatya dia hilang

Kalau dulu yang ada tiap waktu kita mengadu, tiap waktu kita ketawa, marah, sedih, down and yada yada yada
Tapi tetiba takde apa masalah dia boleh hilang

Dia ada je disitu dengar apa kita nak cakap, bagitau apa yang kita nak dengar, but still, dia hilang

Tak sure kenapa. Dah takde hati mungkin?

Samada aku yang dah tak berhati pada dia, atau dia yang begitu, atau... you know, dah bosan

Bosan kenapa? Hello biar aku bagitahu,
Manusia ni memang ada satu sikap, belum dapat angkat tinggi, sudah dapat letak ketepi.
Itu memang.
Sedangkan kau beli handphone macam mana mahal pun,
Seminggu jelah kau biar dia di tempat empuk, atas bantal, katil, pegang cermat je
Lepas tu? Poket belakang tujunya. Cium punggung jelah dia.

Tapi...ada orang kata cinta sejati (eww) takkan ada rasa bosan. True.
Tapi bukan bosan itu. Bukan bosan untuk mencintai dah.
Tapi bosan dah untuk mengekalkan situasi macam time belum dapat tu.


Well well well, yanie amira disini bukan tengah bercakap (menulis) pasal cinta dihatinya ye
Aku tengah menulis tentang sesuatu yang datang dan hilang.

Tentang persahabatan ku senang cerita.


Tapi, kita sahabat ke? 



Dengan epal dan oren aku tak pernah bosan pun? 



Aku taktau lah.

Saturday 1 June 2013

please be awesome!





HELLO! IT'S ALREADY JUNE!



it's june, and yeah, FINAL EXAM. *sigh*



nothing much that I hope
just, please be AWESOME! hehe





Sunday 26 May 2013

advanced!

hai!!!

nak tau...hari ni yany kat rumah.
setelah 6 minggu tak balik rumah. finally!
walaupun balik nya sekejap je. tak sampai 3 hari pun.
tetap...happy gilaaa. hihihi


yany kan...dah dapat birthday present!
advanced kan? birthday lagi sebulan lebih tapi dah dapat hadiah.
dapat 2 pulak tu!


nak tau ke hadiah apa? alaaa malu la kita nak bagitau
biasa biasa je...
tapi biasa lah...kata hadiah, orang bagi kan...
mesti lah rasa happy.


nanti nanti yany update lah apa hadiah baru tu. uhuhuhu


kbai! :)

Sunday 12 May 2013

Mama, Wo Ai Ni!

妈妈好 - Ma Ma Hao

世上只有妈妈好
Shi shang zhi you ma ma hao
Mommy's the only dearest in the world

有妈的孩子像个宝
you ma de hai zi xiang ge bao
With a mom, you have the most valued treasure.

投进了妈妈的怀抱
tou jin le ma ma de huai bao
Jump into mom's heart

幸福享不了
xin fu xiang bu liao
and you have endless happiness.

世上只有妈妈好
shi shang zhi you ma ma hao
Mommy's the only dearest in the world

没妈的孩子像根草
mei ma de hai zi xiang ge cao
without a mom you are like a piece of grass/straw

离开妈妈的怀抱
li kai ma ma de huai bao
away from mom's heart,

幸福哪里找
xin fu na li zhao?
where will you find happiness?



**************************************************************************



assalamualaikum :)


dah lama yany tak update entry.
bersempena hari ibu 12 Mei 2013, yany tujukan lagu di atas untuk mama yany...
siapa tau nyanyi lagu ni? kalau taktau, meh yany bole nyanyikan. insyaAllah tak hujan. hewhew
lagu ni dari kecik yany blaja. time sekolah rendah dulu
kan ada waktu pendidikan muzik. so time nak hari ibu, lao shi (cikgu) mesti suruh bukak textbook page yang ada lagu ni. 
pastu 1 class nyanyi ramai2.
kalau lao shi rajin, mesti bawak p bilik muzik pastu lao shi main piano, kitorang nyanyi
comel je kan? hihi


eh ni nak citer hari ibu ke hari guru? hahahah

okay okay balik ke pada tajuk diatas,
Ma Ma Hao. mama baik. Hao - Baik

mama korang baik tak? tak kisah lah korang panggil apa pun,
mama ke, mami, ibu, mak, umi, bonda, nyai, mek, amma
yang pasti kita tuju kat our mother.

yany percaya cakap mama, dalam dunia ni, takde orang yang sayang kita lebih macam mama sayang kita
even ayah kita pun tau. sebab, orang laki ni, sayang bini lebih daripada sayang anak
ayah takde pulak cakap camtu kat kitorang adek-beradik
tapi yany rasa betul tu. memang apa yang ma cakap tu betul

mama kan, walau macam mana marah pun dia kat kita,
macam mana pun kita buat teruk kat dia, dia tetap nak maafkan kita
ini untuk kes yany lah.
yany dengan mama, selalu bertekak. selalu bergaduh
sebab yany ni suka menjawab apa ma cakap. *biaaasa tau budak ni. hewww*
banyak kali lah gaduh dengan mama.
tapi gaduh2 pun, mama tetap akan maafkan.
ma tak lupa pun sediakan makanan kat yany, basuhkan baju yany, bagi duit belanja kat yany

kalau tengah2 ma tak kawan dengan yany kan,
tetiba yany jatuh sakit. *padan muka, derhaka lagi*
mama tetap akan jaga yany, urutkan sama-sini, belikan ubat, suapkan makan
then sambil tu ma akan bebel2 la kat yany
time tu kita tak larat, mengenangkan dosa2 melawan mama sebelum tu je. huhu

kalau yany tak kawan dengan mama kan, hati yany sentiasa tak tenang
even tengah solat pun, yany terkenang kan mama
nampak sangat kan Allah tak redha kita bila mak tengah marah :'(
padahal, datang lah masalah dari pihak mana pun, kecuali pasal mama lah
bila time yany solat, yany okay je, tak teringat pun masalah tu
tapi bila pasal mama, hidup takkan tenang

sampai lah bila yany dah minta ampun kat mama,
mama dah kata dia maafkan, by that time, ya Allah...rasa lega ya amat!
rasa macam, biar lah apa nak jadi as long as mak aku dah maafkan aku. huhu

orang kata kalau anak sama muka dengan mak dia, 'panas'.
panas acane? macam mama and yany lah, selalu argue macam2
sebab muka kitorang sama. yany banyak amek gene dari mama
kalau jalan berdua, orang tau lah kami anak-beranak
and certain orang mesti tanya, 'selalu bergaduh tak?'
yany hanya mampu senyum. memang ye pun!

tapi...gaduh2 pun, mama tetap manja kan yany
mama tetap bestfriend yany yang paling 'best'. hohoho
sebab apa? mama lah yang paling jujur dengan anak dia tau
puji ke, kutuk ke, semua tu betul sebenarnya
kalau nak mintak komen, mintak lah dengan mama
sebab ma akan bagitau seikhlas and sejujurnya
tinggal kita tahan jelah telinga dengar kutukan dari dia. hehehe

mama selalu ejek yany. tapi yany tak ambik hati pun
cuma kadang2 rasa sedih lah, betul ke apa yang mak aku ejek tu kan?
yelah...mama kutuk yany hitam...buruk... sedih tak? huhuhu

tapi bila pikir2 balik, tak kisah lah ma.
ma kutuk2 akak pun, rupa kita sama. huahuahua

mama ni sebenarnya ahli tu tukang tilik yang hebat tau
mama mesti tau kalau yany tengah ada masalah, sedih, sakit, macam2 lah
mama faham body language yany
kalau yany tengah tak selesa dalam certain perkara, dia tau. padahal yany act macam biasa je
nak bagi contoh? takyah lah. sebab ada yang sensitif. takut menyinggung perasaan orang yang baca blog ni nanti
ye...yany tau awak akan baca blog yany jugak. awak yang tu :)
so better yany takyah cerita disini.

mama ni bukan setakat seorang mak, dia ialah macam2
dialah kawan, driver, chef, cleaner, motivator, mentor, tailor, dan macam2 lagi lah!
oh ada lagi, machine! machine apa?
machine ATM! hahahaha jahat punya anak!

eh mama yang selalu tanya, 'kak, duit ada lagi tak?'
tinggal jawab ada ke tak je. hihihi
kalau kat rumah, 'ma...akak nak $$$'
nanti mesti bagi nya walaupun disusuli dengan bebelan.
hohohoho

walaupun apa pun kan, yany sayang mama sangat2. :)

eh, yany rindu mama lah. nak lari jap




*nanges*



Sunday 28 April 2013

obses dengan cantik?

assalamualaikum  :)


uhuuu berhabuk bersawang nya blog ini. *tiup sikit*

hari ni tergerak hati nak update.
yany nak cerita pasal yany yang suka sangat dengan produk2 nak cantik ni.
korang ada tak macam yany ni, suka cantik2?
tipu la kan, pompuan tak suka mencantikkan diri.
bukannya nak tunjuk sape2 pun, untuk melayan perasaan sendiri jugak kannn


dari dulu yany suka try2 macam2 produk yang macam best.
kalau dulu, selalu la usha2 skincare or shampoo kat guardian nun
tapi bila dah jumpa yang okay, stay je pakai sedia ada.
bila rasa tak best dah baru kita try beli yang lain


tapi sejak masuk semester 3 september tahun lepas kan,
yany terasa macam nak try produk untuk dalaman pulak lah.
ni semua sebab sorang kawan yany tu,
dia bagitau dulu dia consume collagen drink, berkesannn
lembut je kulit katanya. and makin cerah!


tang makin cerah tu kena excited lebih ye!
maklum lah, yany ni tak berapa nak cerah. ma selalu kata yany itam. sobsss
so, bila dengar pasal collagen tu bole cerahkan kulit,
terus PLING!!! kepala otak dah suruh hati tekad untuk try collagen tu nanti


so, dalam hujung bulan 9 tu, yany beli la soy collagen yang kawan yany minum tu
yany start consume malam tu gak woi. konon nak putih cepat2. tak sabar.
yany minum almost 1 month la...habis lah 6 kotak. hewhewhew
duit pun habis lah gak beberapa not lima puluh. T___T


rasa soy collagen tu, bole la...rasa susu + soya. memang lah kan, kata SOY. -.-
sape yang tak minum susu, mesti rasa nak muntah.
tapi yany okay je, yany suka minum susu. weee
and kesan dia, yang yany perasan, kulit kat kuku dah tak terkopek dah!
oh yany memang ada problem, kulit sekitar kuku senang terkopek. dari kecik lagi.
so bila consumed collagen tu, memang dalam masa seminggu camtu, 
okay je kuku, takde terkopek. takde lah berdarah2 pedih je macam selalu.
tang lain, tak perasan. maybe sebab baru lagi kan...






tapi yany minum soy collagen tu sebulan je. sebab yany dah terpengaruh dengan collagen lain!
collagen tu nama nya Ephyra. ini kerana duk baca blog Kak D green apple and Kak Peeja la ni
dorang jual mende alah tu. suka dengar cerita pasal ephyra, terus tersampuk nak try
yang ni lagiii mahal. sampai gak lah 200+ camtu. huhuhu
tapi okay lah, rasa ephyra super sedap! manis, masam, wangiii, color pun menarik.
ephyra ni bila tak bancuh dalam air, rasa nak kunyah macam gula2 je! rasa macam chewing gum tutti frutti
kesan ephyra ni, memang yany rasa kulit lembut, kuku still tak terkopek dah
tang lain, belum sempat nak rasa kud. dah tukar p supplement lain. heee
oh ephyra pun yany consumed sebulan je.






bila dah habis ephyra, yany nak repeat order, sekali stok takde lagi kat dealer tu.
so, yany pun rasa nak try makan vitamin c pulak.
yang ni sebab tersampuk dengan kak Sepet. dia jual vit c Felinna tu. 
beli lah saya 2 kotak. tahan 2 bulan.
makan start bulan 12 and bulan 1 hari tu. vit c ni organic. kesan dia nampak la kud kat muka.
bila ada jerawat baru tumbuh, cepat je surut. dalam 1 malam jelah jerawat kecut. bagus!
rasa, takde rasa sebab amek sebijik, terus telan dengan air kosong. hehe
bila dah 2 kotak habis, rasa nak stop pulak sebab nak makan vit c yang vit c semata tu, yang 1000mg tu.






oh ye, masa yany start makan vit c felinna tu, yany start makan collagen rumpai laut.
sebab time tu, mama la, dia kata kawan dia makan, gebu gila kulit...bersewi-sewi.
alaaa rumpai laut yang kena rendam semalaman kemudian rebus jadi macam agar2 tu...
so mama pun beli la try makan, ma ajak yany makan sekali.
ajak adek pompuan tu, bukan nya dia minat mende2 nak cantik ni. pemalashhh.
so kami berdua pun makan la collagen rumpai tu sampai sekarang :)






oh pasal collagen rumpai laut tu kan, dia ada buanyakkk khasiat kan.
nak tau, sila lah google. melambak orang cakap pasal rumpai ni.
kesan yang paling ketara yany rasa bila consumed rumpai ni kan, penghadaman sangat lawas!!!
ini serious...actually yany takde masalah nak berry setiap hari
tiap2 hari pun yany buat pelaburan. patut lah peha kecik. hewhewhew
tapi since makan collagen rumpai laut ni, semakin lawas!
semakin lancar, semakin banyak lah yang dilaburkan. you understand what I mean? heee
happy okay. sangat lega sebab bila perut muncit je lepas makan,
tak lama tu pegi singgah bank, eh kempis balik perut kita. hikhik







sambil makan collagen rumpai laut tu, yany still continue dengan vit c yany.
masuk bulan ni dah nak habis bulan ketiga dah yany makan vit c 1000mg ni.
dah habis la sebotol. now botol kedua dah lebih separuh dah.
sebotol tu ada 100 biji. yany amek 2 kali sehari. so tahan la 50 hari kan
okay lah, makan vit c ni, susah nak demam ke apa dah.
and oh ye, tak pernah kena flu sejak consume vit c ni... alhamdulillah :)


for now, kira vit c ni lah yang paling lama yany consumed.
harap2 lepas ni tak terpengaruh dengan yang lain pulak.
maklum lah kan, melambak2 produk baru keluar kat pasaran.
bila tengok ni cam best, tengok tu macam awesome. pastu sebok nak try. -___-'
yany nak stay makan vit c ni at least la sampai botol ke 5 ke...
time tu dah berapa bulan kan...harap nya bertahan lah. huhuhu


ada la yany baca kalau terlebih makan vit c ni apa jadi,
macam2 la yang tak best jugak actually.
tapi...ada jugak tulis kalau terlebih takpe as long as kita ni mnum air banyak...
oh yang tu takde masalah! sehari yany memang akan minum lebih 4 liter nya.
kalau kurang pun at leastttttt 2 liter. itu pun ada sebab2 tertentu.
contoh kalau yany nak balik KL naik bus from Penang kan,
yany tak minum air selalu eventhough dalam bag bawak botol besar.
sebab takut asyik nak pegi syi syi. takkan asyik nak suruh uncle driver stop kat rnr kan.
besor pulak engko nak ngarah2 orang. hewhew



so...itu lah dia. cerita supplement saya.
takde lah amek yang mahal2 pun.
tunggu la saya kaya raya nanti saya makan beutskin. mesti putih pastu ma dah tak ejek dah. -.-


okbai!




Friday 26 April 2013

you actually do understand me~



我到底是谁?
在你心中占有怎样的地位?
你不说清楚,

你让我们的爱坠在七里雾

爱, 很讨厌 ; 总是忽近又忽远的让人追
追半天, 你连抱歉 ; 一句抱歉也不给

我向前走, 低著头, 眼泪不停向後流
一直走, 不回头, 希望你会找到我
但是始终不如愿 ; 希望都落空

我仍相信 ; 其实你懂我

我发誓千遍,

我这一走你就无法挽回
虽然心会痛, 

总比受尽委屈还要更好过

我 等了等 ; 脑海始终浮现你对我的好
好半天, 你连 'Babe' - -  一句安慰也不给 



我向前走, 低著头, 眼泪不停向後流
一直走, 不回头, 希望你会找到我
但是始终不如愿 ; 希望都落空

我仍相信 ; 其实你爱我

一前 一後 - - 你跟在我的背後沉默
前前, 後後 - - 希望你握住我的手 


我向前走, 
抬起頭, 擦掉眼淚向前走一直走, 不回头, 希望你会找到我
梦里寻他千百遍, 希望都实现 

我不想走, 无法心不动

我向前走, 
抬起頭, 擦掉眼淚向前走一直走, 不回头, 希望你会找到我
梦里寻他千百遍 ; 希望都实现 

我仍相信...其实你...懂我...



其实你懂我
By 陳喬恩


Wednesday 3 April 2013

Kerinduan...







lumrah hidup beradik,
bila dekat kelahi memanjang,
bila jauh mula terkenang,


mengaku rindu,
buat apa nak malu?
dah memang kakak merindu.







p/s nextweek balik rumah. *lompat kegirangan*
tapi birthday present 2 ekoq ni apah tak beli lagi. -___-




Tuesday 19 March 2013

only boy - 11th






dulu dia comel. sekarang dah tak. wekkk

dulu dia tak malu pun peluk kakak dia ketat2. sekarang jangan harap.

dulu dia wangi bau baby2. sekarang bau macam kandang hamster :P

dulu dia bogel2 je depan kakak. sekarang mana bole daaa

dulu dia selalu buat benda comel. sekarang annoying gila!

dulu dia dengar je cakap orang. sekarang degil okay, cakap banyak kali baru dengar.

dulu dia putih kud. sekarang dia dah hitam sebab asyik main bola

dulu kakak mandikan dia. sekarang dia mandi ke tak pun taktau. hahaha

dulu dia kurus keding ada guitar kat badan. sekarang gemuk berlemak!

dulu dia kecik je lagi, kenapa sekarang besar sangat ni? :')





HAPPY 11th BIRTHDAY MUHAMAD USAMAH HAIKAL


WE LOVE YOU MANJE :)


Monday 11 March 2013

Jodoh itu rahsia Allah

Assalamualaikum


memang benar jodoh itu rahsia Allah.
malah, semua perkara yang terjadi and bakal jadi pun rahsia dari-Nya
takde sorang pun manusia yang tahu mengapa sesuatu tu terjadi,
and apa yang akan jadi masa depan.


jodoh itu memang Dia dah tentukan untuk kita. Dia dah janji.
itu semua dah tercatat sebelum kita kenal diri kita lagi
tapi, tak bermakna kita hanya perlu tunggu janji itu ditunaikan
usaha itu perlu. bukan perlu lagi. wajib. kita wajib berusaha


aku tak nafikan aku pun sedang berusaha.
mungkin terlalu awal untuk cakap benda2 macam ni kan?
tapi betul ke masih awal? umur makin meningkat. masa tak menunggu kita
jadi nak tak nak, kita kena terus usaha dan usaha


jumpa atau tak, kita tetap kena terus usaha
sekalipun kau rasa kau dah jumpa jodoh itu, (kalau kau yakin itu jodoh kau)
semua tu mampu menjamin ke yang dia tetap akan jadi milik kau?
genggam macam mana pun, kalau bukan milik kita, terlepas juga


aku pun masih berusaha. usaha untuk mencari 'the right one' untuk aku
sebab aku rasa i'm the wrong one.
and maybe bagi pihak 'right' tu pulak merasakan sebaliknya.
aku akan terus usaha dan usaha lagi


aku nak tanya, siapa pun yang baca entry ni nanti,
sama ada kau bole jawab terus ke aku, atau jawab dalam hati kau saja
adakah perasaan boleh dipaksa?
dari yang kita rasa right, kita bole rasa wrong, faham tak?


aku tak boleh tipu diri aku. sekalipun aku sendiri tak faham perasaan sebenar dalam diri ni
kadang kadang aku sendiri tak nampak apa yang sebenarnya jadi pada aku
aku tak tau apa yang aku nak, apa yang aku perlu
sama ada aku dah ada apa yang aku perlu, tapi masih mencari apa yang aku mahu
atau pun actually apa yang diperlukan sedang menunggu aku.










and aku percaya, 
kalau dah memang jodoh,
akan terlaksana jugak akhirnya





Thursday 28 February 2013

Sisterhood


Assalamualaikum!






seperti semua maklum (ceaaa macam lah semua orang kenal kau yany. -.- )
yany ni anak sulung, yany ada 2 orang adik. sorang perempuan, sorang lelaki
yang perempuan tu form 4 dah this year, yang lelaki darjah 5.
cuba kira jarak umur kitorang, semua jarak lima--lima tahun k.
pandai kan mama and ayah plan. ehemm. hahaha!


walaupun yany ni anak sulung, kadang kala perangai tidak serupa anak sulung pun.
mungkin kerana jarak yang agak jauh dengan adik2 kan.
so, saya telah lama dimanjakan oleh mama and ayah dulu.
eh now pun masih dimanjakan lagi. -.-
yany demam pun nangis nak mama, tak larat pegi klinik ayah dukung. :P
oh mama and ayah memang suka manja2 kan anak2 mereka.


tapi disini saya bukan lah nak cerita pasal manja2 tu.
saya nak cerita pasal saya, and adik perempuan saya, yang dalam gambar tu.
yang bertudung tu, itu lah adik perempuan saya. satu2 nya.
nama dia Sarah Ashiqin binti Salleh
nama kitorang tak serupa langsung? biar lah. dah tu nama dia. heheh


yany pernah lah cerita serba sedikit pasal dia, ada entry pasal dia and PMR dia dulu
and now yany nak cerita pasal persamaan and perbezaan kitorang
well, nama pun adik-beradik, mesti ada part yang sama, and part yang tak sama kan?
kalau tak sama dari segi luaran, mesti ada dari segi dalaman. :)


1- luaran

-kita cerita semua part yang ada pada muka yeh. haha. muka yany bulat kebujuran. (acaner tu???) hahah
tapi muka sara ni, (panggil sara la ye, sebab dia tak suka orang luar panggil dia ikin. family je bole katanya) muka dia bulat kebulatan. haha! faham tak? bayangkan lah ye! :P

-dahi yany, tak luas, tapi takde lah sempit. mungkin kerana kacukan daripada mama and ayah.
oh ye ayah kitorang berdahi luasss. mama berdahi sempit je. kalau pakai tudung takleh tarik kebelakang sangat nanti terus nampak anak rambut. gittew. manakala, sara punya dahi, luas jugak, tapi tak seluas ayah.
ini mungkin dia amek lebih gene ayah ni. hewhew.

-mata. mata yany celik, biasa je, warna anak mata, brownish. mungkin kerana kacukan dari mama and ayah lagi. mama = light brown, ayah = black. tapi sara punya mata, cepet angat. acam mata ayah. hihi. and color anak mata pun hitam macam ayah punya.

-hidung kakchik kemek sangat!!! heheheh! dia ikut belah ayah, hidung kemek2. kalau yany ikut belah mama, hidung mancung lah jugak. tapi kembang! hahaha! tapi hidung mama mancung lagi. huuu

-kalau sara, bibir dia macam halus lagi tau. tengok muncung dia, rata sikit. tengok yany punya, macam ada bentuk 3 segi kan? -.- kalau merajuk muncung memang jelas kelihatan. hahaha buruk.

-oh ye, sara sangat tak suka dengan dagu yany! dia tak suka orang yang ber-split chin. dia sangat sangat tak suka! dia kata annoying. apa yang annoying pun tak tahu! dagu dia takde split chin. dengki la tew! ini aura akak tau. (tak pasal. hahah)

-pipi kitorang sama2 tembun. hahah. sama2 ada telur pipi. hahah tau apa tu? bila senyum, terserlah 2 ketoi macam pau kat pipi. itu lah yang men-comel-kan kami berdua. erkkk >.< tapi sara ada lesung pipit! yany takde. itu lah lebih dia, dia selalu cakap, 'saya comel, thanks *sambil senyum nampak lesung pipit dia*' rasa nak siku kan aje. hahaha

-sara ni berkulit cerah. dia ikut belah ayah jugak, mungkin kerana opah kitorang sangat cerah orangnya.
untung lah kan~ yang yany, ikut belah mama, kulit sawo matang je.

-rambut yany lebat sangat2, and kerinting2. oh jangan terpedaya dengan gambar rambut yany megi2 tu.
itu semua permed! rambut sebenar yany wavy2 sahaja. bila basah je macam megi. hahaha.  rambut sara tak kerinting, biasa2 je :) tapi rambut kami berdua tebal dan lebat!

-sara punya kuku lawa daripada yany. macam gelas2 tu. dia ikut ayah. ayah punya kuku cantek. panjang2, runcing2. tapi yany ikut mama, kuku cawan yang kontot kemetot. -.- bersyukur lah~



sudah2 lah becerita pasal luaran ye, kita cerita dalaman. eh ni bukan anggota dalaman yang orang tak nampak. amboiii. ini pasal sifat2 antara kitorang.



2- dalaman

-yany ni garang. sara pun garanggg. hahaha nasib lah adik kau dapat 2orang kakak yang garang belaka. >.<

-yany degil lebih daripada sara. kalau mama and ayah suruh apa2, or larang apa2, mesti yany bertegas nak buat yang sebaliknya. tapi sara ni menurut, dia akan dengar apa mama and ayah suruh, takde bantah2 lah.

-sara jenis yang memendam. kalau pun dia setuju nak buat apa yang orang suruh, dalam hati dia, kita taktau.
dia kalau marah, menakutkan okay. yany tak berani kacau. kalau yany, nak marah, straight je terus kat orang tu. dulik. tapi lepas marah tu, yany terus lupa dah. malas nak simpan2. hehe

-yany lebih cengeng daripada sara. yany senang nangis untuk perkara simple. yang tak simple apatah lagi.
yany mcam emosi lebih la kiranya. sara lebih cool. macam takde perasaan pun ada kekadang. hahah
dia selalu macam 'alaa relax la kakak, hal kecik bole settle lah takyah emo2' gittew. haha

-sara ni lebih naif daripada yany. kalau 1 yang dia nampak, 1 lah dia akan jawab. dia tak nampak behind 1 tu ada lagi bermacam2 benda tersirat. sebab tu dia ni kita kena terangkan lebih detail dalam sesuatu hal.
kalau tak, memang dia tak kan faham. jujur budaknya ni. heee eh tapi bukan makna yany tak jujur tau. hahaha T___T

-benda yang kitorang ngam adalah, buat perkara yang sengal. tak kisah la apa.
nyanyi dengan suara annoying, mengenakan adik sama2. haha! kalau yany keluarkan idea gila kat dia,
nanti mesti dia support, tapi support dengan anggukkan jelah. buatnya tetap yany yang kena. hahah

-sara lebih pada benda2 yang konkrit. dia tak berapa nak seni. so, sebab tu dia suka baca buku ke, dengar muzik ke, dia tak suka benda2 arts macam yany. yany suka jahit manik, sulam2, baking, masak2, buat aksesori. tapi sara tak. jangan harap dia nak pegang jarum and benang. nama je anak tukang jahit. -.-
jangan harap dia nak masak kecuali goreng telur. -.- tapi kalau bawak dia pegi Popular, dia akan ke bahagian buku2. yany ke bahagian alat tulis, botol air, ahahahahah

-yang bagus pasal sara, dia ni bersyukur sangat orangnya. dia menerima je apa yang ada pada dia, contoh, dia nak phone, dia dapat phone yang macam2 yang dia nak dah okay lah. takyah mahal takyah fashionable pun. sebab tu yany nak hias casing tab dia kata takyah. padahal dia tak perlu keluar duit pun. kakak dia yang nak buatkan. still, dia rasa tak payah lah... macam tu. huhu kalau yany, suka nak lagi dan lagi dan lagi. dah ada yang okay nak lagi okay. tamak pun ye aku ni kan. haishh

-kitorang dua2 suka color pink. bukanlah pink semata, ada lah suka color lain jugak. tapi yang mendominasikan adalah pink! kalau semuanya ada color pink, pink jelah kitorang pilih, kalau ada 2 tone of pink color, salah sorang amek 1. supaya tak tertukar. hahah. gegirl sangat kitorang ni. -.-

-last pasal kitorang, cerewet pilih pakwe. hahaha! walaupun sara ni takde boyfriend, tapi dia memang cerewet. sebab tu dia  takde borfriend lagi. ngagagaga. kalau yany, cerewet dari segi apa yeh? ehem, biar lah rahsia. hahaha



rasanya cukup2 lah tu cerita pasal kitorang. actually banyak je lagi apa yang sama apa yang lain pasal yany and sara.
tapi dah la tu ye. penat yany taip, penat orang baca. eh konfiden je kan orang baca entry ni. huhu!



walau apa pun, setiap manusia mesti ada perbezaan nya. and walaupun yany and kachik ni banyak lainnya,
yany tetap sayang dia, terima seadanya sebagai adik yany, macam mana dia boleh terima yany sebagai satu2 nya kakak dia yang cantek jelita anggun bergaya sexy bijak pandai ni. insyaAllah :)



bye!



Friday 22 February 2013

back!

assalamualaikum :)


hari ni dah hari jumaat dah.
actually, hari sabtu hari tu yany dah balik Penang dah.
naik bus dengan kawan yany, farhana :)
oh farhana ni, sama matrik dengan yany dulu. tapi tak pernah kenal.
dah masuk usm baru kenal.
itu pun from dini, sebab dia coursemate dini. hikhik



Alhamdulillah, masuk sem ni, dah sem ke-4 yany jadi usm student
syukur sebab masih layak bergelar pelajar uni kan.
sem yang ke-3 lepas, result Alhamdulillah better sangat from before :)
yany harap sem2 yang mendatang, ada lagi rezeki yang lebih baik untuk yany :)
tolong doakan yang baik-baik je untuk yany k?
sayanggg korang. *hug*



oh oh, sem ni yany agak pack tau. huhuhu
sebab ada 4 core subject, and 1 minor subject
dah tu pulak tambah dengan jadual yang errr. clash sana sini, agak pening disitu
but Alhamdulillah, dah settled dah pasal jadual.
walaupun tak best, tapi, nak buat acaner, pasghah jelah *nada Lisa Surihani  xP*
oh this sem, yany ada 19 unit beban kerja.
15 from cores, 4 from minor.




~Jadual Semester Ini~




tak cantik? kisah pulak saya~
ini jadual yany buat dalam notebook yany.
dalam notebook ni bakal ada macam2 khazanah tentang subjek sem ni.
every sem yany akan ada 1 notebook yang fungsinya sama macam yang ni.
till the end, notebook ni lah yang yany akan bawak, and catat apa2
so, amatlah penting jadual ini
senang yany nak tengok class apa pukul berapa venue kat mana semua lah



sem ni, takde lah class malam macam last sem
but maybe kalau lecturer nak buat extra class ke, ada lah kud time malam
and, for test, confirm punya lecturer buat malam
tapi tu lah, kalau nampak, banyak class yany petanggg je.
penat jugak camni kan. asyik petang, takleh nak keluar lah waktu petang2
kalau tak sem2 lepas, yany ada lah masa untuk p cycling ke, jog ke, round2 tasik ke.
but for this sem, jumaat sabtu ahad jelah kud yang boleh. :(



oh this sem, ada 1 je class start 8am.
kalau last sem, selalu jugak lah pukul 8. sakit gak nak bangkit pepagi kan. :P
but this sem, sehari je, okay lah kud. tapi, hari jumaat! erghhh
sebabnya, minor yany clash dengan actual schedule.
plus, group minor yany, from various school, so, confirm semua orang clash.
jadinya, lao shi (cikgu) kitorang terpaksa arrange balik jadual,
semua orang free waktu jumaat pagi tu, so, we have to :-/



oh ye, baru je seminggu class kan? tapi kitorang dah dapat assignment
bukan 1 je ke apa. tapi 3. tiga2 tu subjek teras. T__T
ada yang kena submit nextweek, ada yang lagi 2weeks, ada yang nextmonth.
ada yang group assignment, ada yang kena buat solo.
agak tension disitu. yelah, start2 first class, lecturer dah sebut pasal assignment. erghhh
tapi, what to do kan, tanggungjawab :)



oh, yany rasa, cukup lah kud bebelan setakat ini.
nanti lah kita kumpul lagi tentang minggu2 seterusnya di usm untuk sem ke-4 ni.
semoga bertemu lagi. :)










yany rasa nak balik rumah. taktau kenapa, kuat rasa ni. :'(






Monday 4 February 2013

mungkin salah




pernah tak rasa perasaan yang tak sepatutnya kita rasa disebabkan kita tak layak untuk merasainya?



faham ke apa yang yany cuba sampaikan?





Tuesday 22 January 2013

sembang-sembang

assalamualaikum, haiiiiiiiiii

dah lama yany tak bersembang kat blog ni.
yela, saya kan ada ramai kawan, *jebik mulut*
semuanya dah dicerita kan live ke kawan kawan,
then kat blog ni siapa je yang nak baca?


btw, ingat blog yang tak semenggah ni takde orang baca ke?
yany check views, setiap hari ada je orang view okay
pelik jugak sebenarnya. siapa lah yang nak baca blog ni
even blog ni tak ber-update pun, still ada jugak views. :-/


oh ye, sekarang ni yany sedang bercuti semester
cuti sampai tengah bulan februari nanti
dah seminggu dah yany balik rumah.
oh cuti ni yany tak kerja pun,
sebab sekejap je kan cutinya. sebulan. sape yang nak amek saya bekerja sebulan ni?


jadinya, memandangkan tak bekerja, aktiviti saya dirumah hanyalah
makan, tidur, makan, jalan, masak, makan, online, makan, makan
macam banyak makan je? hahaha
memang time cuti ni makaaaaaaaan jelah kerja nya
pastu gaduh takut badan gemuk. tah pape


duduk rumah ni, setiap hari kena makan nasi.
sebab mama masak adalah sedap. walaupun yang simple je, but still sedap!
then, duduk rumah, yany suka kencahkan dapur mama
macam macam yany selongkar kabinet dapur, then masak. hehe
kalau tak masak pun, selongkar fridge cari makanan. heee


baru baru ni, adik yany ajak buat ais krim goreng,
okay on saje kan, bukannya susah pun nak buat. senang gila nak mamps
malam hari tu jugak ajak ma pergi kedai beli ais krim and roti,
kitorang buat ais krim goreng letak oreo.
sedap gila! sorry gambar takde. hihi


then sabtu malam lepas, yany buat puding roti
saje je sebab senang dan menyelerakan kan
tapi yany buat puding roti kukus je.
ingat nak buat yang bakar punya, lagi sedap kan?
tapi leceh la nak kena panaskan oven malam malam,
so kita kukus je, nasib baik sedap jugak! :)


oh hari tu yany suruh mama buatkan bubur gandum
mama kata nanti lah dia beli gandum, then boleh la buat.
ahahah tak sabarnya. masak bubur gandum tu pun senang, dan sedap!
mama kata yany ni memang macam mama, pemakan! haha
later lepas dah masak bubur gandum tu, insyaAllah yany nak show off kat sini. heee XP


yany ajak adik yany buat cookies,
tapi dia tu kurang gemar cookies, dia ajak buat cupcakes.
herm, tapi kan oven mama tu, tak cantik buat kek, :-(  malu nak show off nanti. haha
tapi adik yany kata, buat cookies pun dia on sajaaa.
so nanti kitorang nak buat sama-sama lah. insyaAllah. :)


oh ye hari tu ada kenduri kat PJ, kampung mama.
uncle yany sorang ni, order apam polkadot from kawan dia.
memang setiap kali ada kenduri ke pape, uncle yany suka order apam tu.
maklong yany suruh yany belajar buat apam tu pulak,
memang lah apam tu dah lama dah orang tau kan, tapi yany tak pernah try buat lagi.
tengok lah nanti kan. :-P



omey kan apam polkadot ni? :)




eh amende la semua nya cerita pasal makanan kan?
entry ni memang entry yang membosankan.

dah la, malas taip. nak turun bawah makan. lagi.
bai.



Tuesday 1 January 2013

selamat 2013

assalamualaikum!
selamat tahun baru Masihi! yang ke 2013.
cepatnye masa berlalu kan?
yany rasa macam baru lagi tahun 2012 hari tu. now da setahun? hermmm


tahun ni, dilalui dengan pengalaman yang berbeza.
well, takkan lah setiap tahun nak alami perkara sama kan?
kalau tahun lepas yany celebrate dengan MB, this year, takkk.
itu pun tahun lepas tak tengok bunga api. sedeyyy
tapi takpe, tahun ni dapat tengok woo! :-D


tahun ni, yany takde lah sambut pun, biasa saje
yany keluar makan dengan dini and farhana,
and dapat tengok firecrackers dari kedai makan tuuu :-)
happy sangat sebab last year tak dapat tengok live kan.
eventhough dapat tengok dari jauh, but still happy.


tahun lepas yany ada buat list azam tahun baru kan?
sesiapa tak tau, cari je entry kat tepi tu,  itu pun kalau ade orang nak tau
kalau takde, takpe lah. tak paksa pun. hihihi
tak semua azam tahun baru yany dapat laksanakan.
ehhh, rasanya semua tak settle pun lagi
eishhh, nampak sangat teruk nye yany niiiii


takpe lah, kita try lagi untuk tahun ni.
mungkin bole settle? huhuhu I hope so.
kalau still tak boleh, kita try lagi dan lagi untuk masa seterusnya
bagus tak motivate diri macam ni? haha!
semangat je lebey tapi buat nye taktau lah lagi. -_____-


that is why yany tak berani nak buat list azam tahun baru yang baru.
yang lama pun tak abes buat lagi,
nak baru ape nye kan?
takpe, kita try. ;-)





okay ni gambar lasttt dalam tahun 2012,
and gambar firsttt dalam tahun 2013.


oh dan makanan diatas pun menu terakhir 2012,
terawal 2013. saje nak mention. hikhik




















okay bai bai, selamat tahun baru! :-)