hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Tuesday 22 January 2013

sembang-sembang

assalamualaikum, haiiiiiiiiii

dah lama yany tak bersembang kat blog ni.
yela, saya kan ada ramai kawan, *jebik mulut*
semuanya dah dicerita kan live ke kawan kawan,
then kat blog ni siapa je yang nak baca?


btw, ingat blog yang tak semenggah ni takde orang baca ke?
yany check views, setiap hari ada je orang view okay
pelik jugak sebenarnya. siapa lah yang nak baca blog ni
even blog ni tak ber-update pun, still ada jugak views. :-/


oh ye, sekarang ni yany sedang bercuti semester
cuti sampai tengah bulan februari nanti
dah seminggu dah yany balik rumah.
oh cuti ni yany tak kerja pun,
sebab sekejap je kan cutinya. sebulan. sape yang nak amek saya bekerja sebulan ni?


jadinya, memandangkan tak bekerja, aktiviti saya dirumah hanyalah
makan, tidur, makan, jalan, masak, makan, online, makan, makan
macam banyak makan je? hahaha
memang time cuti ni makaaaaaaaan jelah kerja nya
pastu gaduh takut badan gemuk. tah pape


duduk rumah ni, setiap hari kena makan nasi.
sebab mama masak adalah sedap. walaupun yang simple je, but still sedap!
then, duduk rumah, yany suka kencahkan dapur mama
macam macam yany selongkar kabinet dapur, then masak. hehe
kalau tak masak pun, selongkar fridge cari makanan. heee


baru baru ni, adik yany ajak buat ais krim goreng,
okay on saje kan, bukannya susah pun nak buat. senang gila nak mamps
malam hari tu jugak ajak ma pergi kedai beli ais krim and roti,
kitorang buat ais krim goreng letak oreo.
sedap gila! sorry gambar takde. hihi


then sabtu malam lepas, yany buat puding roti
saje je sebab senang dan menyelerakan kan
tapi yany buat puding roti kukus je.
ingat nak buat yang bakar punya, lagi sedap kan?
tapi leceh la nak kena panaskan oven malam malam,
so kita kukus je, nasib baik sedap jugak! :)


oh hari tu yany suruh mama buatkan bubur gandum
mama kata nanti lah dia beli gandum, then boleh la buat.
ahahah tak sabarnya. masak bubur gandum tu pun senang, dan sedap!
mama kata yany ni memang macam mama, pemakan! haha
later lepas dah masak bubur gandum tu, insyaAllah yany nak show off kat sini. heee XP


yany ajak adik yany buat cookies,
tapi dia tu kurang gemar cookies, dia ajak buat cupcakes.
herm, tapi kan oven mama tu, tak cantik buat kek, :-(  malu nak show off nanti. haha
tapi adik yany kata, buat cookies pun dia on sajaaa.
so nanti kitorang nak buat sama-sama lah. insyaAllah. :)


oh ye hari tu ada kenduri kat PJ, kampung mama.
uncle yany sorang ni, order apam polkadot from kawan dia.
memang setiap kali ada kenduri ke pape, uncle yany suka order apam tu.
maklong yany suruh yany belajar buat apam tu pulak,
memang lah apam tu dah lama dah orang tau kan, tapi yany tak pernah try buat lagi.
tengok lah nanti kan. :-P



omey kan apam polkadot ni? :)




eh amende la semua nya cerita pasal makanan kan?
entry ni memang entry yang membosankan.

dah la, malas taip. nak turun bawah makan. lagi.
bai.



No comments:

Post a Comment