hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Tuesday, 19 March 2013

only boy - 11th






dulu dia comel. sekarang dah tak. wekkk

dulu dia tak malu pun peluk kakak dia ketat2. sekarang jangan harap.

dulu dia wangi bau baby2. sekarang bau macam kandang hamster :P

dulu dia bogel2 je depan kakak. sekarang mana bole daaa

dulu dia selalu buat benda comel. sekarang annoying gila!

dulu dia dengar je cakap orang. sekarang degil okay, cakap banyak kali baru dengar.

dulu dia putih kud. sekarang dia dah hitam sebab asyik main bola

dulu kakak mandikan dia. sekarang dia mandi ke tak pun taktau. hahaha

dulu dia kurus keding ada guitar kat badan. sekarang gemuk berlemak!

dulu dia kecik je lagi, kenapa sekarang besar sangat ni? :')





HAPPY 11th BIRTHDAY MUHAMAD USAMAH HAIKAL


WE LOVE YOU MANJE :)


Monday, 11 March 2013

Jodoh itu rahsia Allah

Assalamualaikum


memang benar jodoh itu rahsia Allah.
malah, semua perkara yang terjadi and bakal jadi pun rahsia dari-Nya
takde sorang pun manusia yang tahu mengapa sesuatu tu terjadi,
and apa yang akan jadi masa depan.


jodoh itu memang Dia dah tentukan untuk kita. Dia dah janji.
itu semua dah tercatat sebelum kita kenal diri kita lagi
tapi, tak bermakna kita hanya perlu tunggu janji itu ditunaikan
usaha itu perlu. bukan perlu lagi. wajib. kita wajib berusaha


aku tak nafikan aku pun sedang berusaha.
mungkin terlalu awal untuk cakap benda2 macam ni kan?
tapi betul ke masih awal? umur makin meningkat. masa tak menunggu kita
jadi nak tak nak, kita kena terus usaha dan usaha


jumpa atau tak, kita tetap kena terus usaha
sekalipun kau rasa kau dah jumpa jodoh itu, (kalau kau yakin itu jodoh kau)
semua tu mampu menjamin ke yang dia tetap akan jadi milik kau?
genggam macam mana pun, kalau bukan milik kita, terlepas juga


aku pun masih berusaha. usaha untuk mencari 'the right one' untuk aku
sebab aku rasa i'm the wrong one.
and maybe bagi pihak 'right' tu pulak merasakan sebaliknya.
aku akan terus usaha dan usaha lagi


aku nak tanya, siapa pun yang baca entry ni nanti,
sama ada kau bole jawab terus ke aku, atau jawab dalam hati kau saja
adakah perasaan boleh dipaksa?
dari yang kita rasa right, kita bole rasa wrong, faham tak?


aku tak boleh tipu diri aku. sekalipun aku sendiri tak faham perasaan sebenar dalam diri ni
kadang kadang aku sendiri tak nampak apa yang sebenarnya jadi pada aku
aku tak tau apa yang aku nak, apa yang aku perlu
sama ada aku dah ada apa yang aku perlu, tapi masih mencari apa yang aku mahu
atau pun actually apa yang diperlukan sedang menunggu aku.










and aku percaya, 
kalau dah memang jodoh,
akan terlaksana jugak akhirnya





Monday, 4 March 2013

Thursday, 28 February 2013

Sisterhood


Assalamualaikum!






seperti semua maklum (ceaaa macam lah semua orang kenal kau yany. -.- )
yany ni anak sulung, yany ada 2 orang adik. sorang perempuan, sorang lelaki
yang perempuan tu form 4 dah this year, yang lelaki darjah 5.
cuba kira jarak umur kitorang, semua jarak lima--lima tahun k.
pandai kan mama and ayah plan. ehemm. hahaha!


walaupun yany ni anak sulung, kadang kala perangai tidak serupa anak sulung pun.
mungkin kerana jarak yang agak jauh dengan adik2 kan.
so, saya telah lama dimanjakan oleh mama and ayah dulu.
eh now pun masih dimanjakan lagi. -.-
yany demam pun nangis nak mama, tak larat pegi klinik ayah dukung. :P
oh mama and ayah memang suka manja2 kan anak2 mereka.


tapi disini saya bukan lah nak cerita pasal manja2 tu.
saya nak cerita pasal saya, and adik perempuan saya, yang dalam gambar tu.
yang bertudung tu, itu lah adik perempuan saya. satu2 nya.
nama dia Sarah Ashiqin binti Salleh
nama kitorang tak serupa langsung? biar lah. dah tu nama dia. heheh


yany pernah lah cerita serba sedikit pasal dia, ada entry pasal dia and PMR dia dulu
and now yany nak cerita pasal persamaan and perbezaan kitorang
well, nama pun adik-beradik, mesti ada part yang sama, and part yang tak sama kan?
kalau tak sama dari segi luaran, mesti ada dari segi dalaman. :)


1- luaran

-kita cerita semua part yang ada pada muka yeh. haha. muka yany bulat kebujuran. (acaner tu???) hahah
tapi muka sara ni, (panggil sara la ye, sebab dia tak suka orang luar panggil dia ikin. family je bole katanya) muka dia bulat kebulatan. haha! faham tak? bayangkan lah ye! :P

-dahi yany, tak luas, tapi takde lah sempit. mungkin kerana kacukan daripada mama and ayah.
oh ye ayah kitorang berdahi luasss. mama berdahi sempit je. kalau pakai tudung takleh tarik kebelakang sangat nanti terus nampak anak rambut. gittew. manakala, sara punya dahi, luas jugak, tapi tak seluas ayah.
ini mungkin dia amek lebih gene ayah ni. hewhew.

-mata. mata yany celik, biasa je, warna anak mata, brownish. mungkin kerana kacukan dari mama and ayah lagi. mama = light brown, ayah = black. tapi sara punya mata, cepet angat. acam mata ayah. hihi. and color anak mata pun hitam macam ayah punya.

-hidung kakchik kemek sangat!!! heheheh! dia ikut belah ayah, hidung kemek2. kalau yany ikut belah mama, hidung mancung lah jugak. tapi kembang! hahaha! tapi hidung mama mancung lagi. huuu

-kalau sara, bibir dia macam halus lagi tau. tengok muncung dia, rata sikit. tengok yany punya, macam ada bentuk 3 segi kan? -.- kalau merajuk muncung memang jelas kelihatan. hahaha buruk.

-oh ye, sara sangat tak suka dengan dagu yany! dia tak suka orang yang ber-split chin. dia sangat sangat tak suka! dia kata annoying. apa yang annoying pun tak tahu! dagu dia takde split chin. dengki la tew! ini aura akak tau. (tak pasal. hahah)

-pipi kitorang sama2 tembun. hahah. sama2 ada telur pipi. hahah tau apa tu? bila senyum, terserlah 2 ketoi macam pau kat pipi. itu lah yang men-comel-kan kami berdua. erkkk >.< tapi sara ada lesung pipit! yany takde. itu lah lebih dia, dia selalu cakap, 'saya comel, thanks *sambil senyum nampak lesung pipit dia*' rasa nak siku kan aje. hahaha

-sara ni berkulit cerah. dia ikut belah ayah jugak, mungkin kerana opah kitorang sangat cerah orangnya.
untung lah kan~ yang yany, ikut belah mama, kulit sawo matang je.

-rambut yany lebat sangat2, and kerinting2. oh jangan terpedaya dengan gambar rambut yany megi2 tu.
itu semua permed! rambut sebenar yany wavy2 sahaja. bila basah je macam megi. hahaha.  rambut sara tak kerinting, biasa2 je :) tapi rambut kami berdua tebal dan lebat!

-sara punya kuku lawa daripada yany. macam gelas2 tu. dia ikut ayah. ayah punya kuku cantek. panjang2, runcing2. tapi yany ikut mama, kuku cawan yang kontot kemetot. -.- bersyukur lah~



sudah2 lah becerita pasal luaran ye, kita cerita dalaman. eh ni bukan anggota dalaman yang orang tak nampak. amboiii. ini pasal sifat2 antara kitorang.



2- dalaman

-yany ni garang. sara pun garanggg. hahaha nasib lah adik kau dapat 2orang kakak yang garang belaka. >.<

-yany degil lebih daripada sara. kalau mama and ayah suruh apa2, or larang apa2, mesti yany bertegas nak buat yang sebaliknya. tapi sara ni menurut, dia akan dengar apa mama and ayah suruh, takde bantah2 lah.

-sara jenis yang memendam. kalau pun dia setuju nak buat apa yang orang suruh, dalam hati dia, kita taktau.
dia kalau marah, menakutkan okay. yany tak berani kacau. kalau yany, nak marah, straight je terus kat orang tu. dulik. tapi lepas marah tu, yany terus lupa dah. malas nak simpan2. hehe

-yany lebih cengeng daripada sara. yany senang nangis untuk perkara simple. yang tak simple apatah lagi.
yany mcam emosi lebih la kiranya. sara lebih cool. macam takde perasaan pun ada kekadang. hahah
dia selalu macam 'alaa relax la kakak, hal kecik bole settle lah takyah emo2' gittew. haha

-sara ni lebih naif daripada yany. kalau 1 yang dia nampak, 1 lah dia akan jawab. dia tak nampak behind 1 tu ada lagi bermacam2 benda tersirat. sebab tu dia ni kita kena terangkan lebih detail dalam sesuatu hal.
kalau tak, memang dia tak kan faham. jujur budaknya ni. heee eh tapi bukan makna yany tak jujur tau. hahaha T___T

-benda yang kitorang ngam adalah, buat perkara yang sengal. tak kisah la apa.
nyanyi dengan suara annoying, mengenakan adik sama2. haha! kalau yany keluarkan idea gila kat dia,
nanti mesti dia support, tapi support dengan anggukkan jelah. buatnya tetap yany yang kena. hahah

-sara lebih pada benda2 yang konkrit. dia tak berapa nak seni. so, sebab tu dia suka baca buku ke, dengar muzik ke, dia tak suka benda2 arts macam yany. yany suka jahit manik, sulam2, baking, masak2, buat aksesori. tapi sara tak. jangan harap dia nak pegang jarum and benang. nama je anak tukang jahit. -.-
jangan harap dia nak masak kecuali goreng telur. -.- tapi kalau bawak dia pegi Popular, dia akan ke bahagian buku2. yany ke bahagian alat tulis, botol air, ahahahahah

-yang bagus pasal sara, dia ni bersyukur sangat orangnya. dia menerima je apa yang ada pada dia, contoh, dia nak phone, dia dapat phone yang macam2 yang dia nak dah okay lah. takyah mahal takyah fashionable pun. sebab tu yany nak hias casing tab dia kata takyah. padahal dia tak perlu keluar duit pun. kakak dia yang nak buatkan. still, dia rasa tak payah lah... macam tu. huhu kalau yany, suka nak lagi dan lagi dan lagi. dah ada yang okay nak lagi okay. tamak pun ye aku ni kan. haishh

-kitorang dua2 suka color pink. bukanlah pink semata, ada lah suka color lain jugak. tapi yang mendominasikan adalah pink! kalau semuanya ada color pink, pink jelah kitorang pilih, kalau ada 2 tone of pink color, salah sorang amek 1. supaya tak tertukar. hahah. gegirl sangat kitorang ni. -.-

-last pasal kitorang, cerewet pilih pakwe. hahaha! walaupun sara ni takde boyfriend, tapi dia memang cerewet. sebab tu dia  takde borfriend lagi. ngagagaga. kalau yany, cerewet dari segi apa yeh? ehem, biar lah rahsia. hahaha



rasanya cukup2 lah tu cerita pasal kitorang. actually banyak je lagi apa yang sama apa yang lain pasal yany and sara.
tapi dah la tu ye. penat yany taip, penat orang baca. eh konfiden je kan orang baca entry ni. huhu!



walau apa pun, setiap manusia mesti ada perbezaan nya. and walaupun yany and kachik ni banyak lainnya,
yany tetap sayang dia, terima seadanya sebagai adik yany, macam mana dia boleh terima yany sebagai satu2 nya kakak dia yang cantek jelita anggun bergaya sexy bijak pandai ni. insyaAllah :)



bye!



Friday, 22 February 2013

back!

assalamualaikum :)


hari ni dah hari jumaat dah.
actually, hari sabtu hari tu yany dah balik Penang dah.
naik bus dengan kawan yany, farhana :)
oh farhana ni, sama matrik dengan yany dulu. tapi tak pernah kenal.
dah masuk usm baru kenal.
itu pun from dini, sebab dia coursemate dini. hikhik



Alhamdulillah, masuk sem ni, dah sem ke-4 yany jadi usm student
syukur sebab masih layak bergelar pelajar uni kan.
sem yang ke-3 lepas, result Alhamdulillah better sangat from before :)
yany harap sem2 yang mendatang, ada lagi rezeki yang lebih baik untuk yany :)
tolong doakan yang baik-baik je untuk yany k?
sayanggg korang. *hug*



oh oh, sem ni yany agak pack tau. huhuhu
sebab ada 4 core subject, and 1 minor subject
dah tu pulak tambah dengan jadual yang errr. clash sana sini, agak pening disitu
but Alhamdulillah, dah settled dah pasal jadual.
walaupun tak best, tapi, nak buat acaner, pasghah jelah *nada Lisa Surihani  xP*
oh this sem, yany ada 19 unit beban kerja.
15 from cores, 4 from minor.




~Jadual Semester Ini~




tak cantik? kisah pulak saya~
ini jadual yany buat dalam notebook yany.
dalam notebook ni bakal ada macam2 khazanah tentang subjek sem ni.
every sem yany akan ada 1 notebook yang fungsinya sama macam yang ni.
till the end, notebook ni lah yang yany akan bawak, and catat apa2
so, amatlah penting jadual ini
senang yany nak tengok class apa pukul berapa venue kat mana semua lah



sem ni, takde lah class malam macam last sem
but maybe kalau lecturer nak buat extra class ke, ada lah kud time malam
and, for test, confirm punya lecturer buat malam
tapi tu lah, kalau nampak, banyak class yany petanggg je.
penat jugak camni kan. asyik petang, takleh nak keluar lah waktu petang2
kalau tak sem2 lepas, yany ada lah masa untuk p cycling ke, jog ke, round2 tasik ke.
but for this sem, jumaat sabtu ahad jelah kud yang boleh. :(



oh this sem, ada 1 je class start 8am.
kalau last sem, selalu jugak lah pukul 8. sakit gak nak bangkit pepagi kan. :P
but this sem, sehari je, okay lah kud. tapi, hari jumaat! erghhh
sebabnya, minor yany clash dengan actual schedule.
plus, group minor yany, from various school, so, confirm semua orang clash.
jadinya, lao shi (cikgu) kitorang terpaksa arrange balik jadual,
semua orang free waktu jumaat pagi tu, so, we have to :-/



oh ye, baru je seminggu class kan? tapi kitorang dah dapat assignment
bukan 1 je ke apa. tapi 3. tiga2 tu subjek teras. T__T
ada yang kena submit nextweek, ada yang lagi 2weeks, ada yang nextmonth.
ada yang group assignment, ada yang kena buat solo.
agak tension disitu. yelah, start2 first class, lecturer dah sebut pasal assignment. erghhh
tapi, what to do kan, tanggungjawab :)



oh, yany rasa, cukup lah kud bebelan setakat ini.
nanti lah kita kumpul lagi tentang minggu2 seterusnya di usm untuk sem ke-4 ni.
semoga bertemu lagi. :)










yany rasa nak balik rumah. taktau kenapa, kuat rasa ni. :'(






Monday, 4 February 2013

mungkin salah




pernah tak rasa perasaan yang tak sepatutnya kita rasa disebabkan kita tak layak untuk merasainya?



faham ke apa yang yany cuba sampaikan?





Tuesday, 22 January 2013

sembang-sembang

assalamualaikum, haiiiiiiiiii

dah lama yany tak bersembang kat blog ni.
yela, saya kan ada ramai kawan, *jebik mulut*
semuanya dah dicerita kan live ke kawan kawan,
then kat blog ni siapa je yang nak baca?


btw, ingat blog yang tak semenggah ni takde orang baca ke?
yany check views, setiap hari ada je orang view okay
pelik jugak sebenarnya. siapa lah yang nak baca blog ni
even blog ni tak ber-update pun, still ada jugak views. :-/


oh ye, sekarang ni yany sedang bercuti semester
cuti sampai tengah bulan februari nanti
dah seminggu dah yany balik rumah.
oh cuti ni yany tak kerja pun,
sebab sekejap je kan cutinya. sebulan. sape yang nak amek saya bekerja sebulan ni?


jadinya, memandangkan tak bekerja, aktiviti saya dirumah hanyalah
makan, tidur, makan, jalan, masak, makan, online, makan, makan
macam banyak makan je? hahaha
memang time cuti ni makaaaaaaaan jelah kerja nya
pastu gaduh takut badan gemuk. tah pape


duduk rumah ni, setiap hari kena makan nasi.
sebab mama masak adalah sedap. walaupun yang simple je, but still sedap!
then, duduk rumah, yany suka kencahkan dapur mama
macam macam yany selongkar kabinet dapur, then masak. hehe
kalau tak masak pun, selongkar fridge cari makanan. heee


baru baru ni, adik yany ajak buat ais krim goreng,
okay on saje kan, bukannya susah pun nak buat. senang gila nak mamps
malam hari tu jugak ajak ma pergi kedai beli ais krim and roti,
kitorang buat ais krim goreng letak oreo.
sedap gila! sorry gambar takde. hihi


then sabtu malam lepas, yany buat puding roti
saje je sebab senang dan menyelerakan kan
tapi yany buat puding roti kukus je.
ingat nak buat yang bakar punya, lagi sedap kan?
tapi leceh la nak kena panaskan oven malam malam,
so kita kukus je, nasib baik sedap jugak! :)


oh hari tu yany suruh mama buatkan bubur gandum
mama kata nanti lah dia beli gandum, then boleh la buat.
ahahah tak sabarnya. masak bubur gandum tu pun senang, dan sedap!
mama kata yany ni memang macam mama, pemakan! haha
later lepas dah masak bubur gandum tu, insyaAllah yany nak show off kat sini. heee XP


yany ajak adik yany buat cookies,
tapi dia tu kurang gemar cookies, dia ajak buat cupcakes.
herm, tapi kan oven mama tu, tak cantik buat kek, :-(  malu nak show off nanti. haha
tapi adik yany kata, buat cookies pun dia on sajaaa.
so nanti kitorang nak buat sama-sama lah. insyaAllah. :)


oh ye hari tu ada kenduri kat PJ, kampung mama.
uncle yany sorang ni, order apam polkadot from kawan dia.
memang setiap kali ada kenduri ke pape, uncle yany suka order apam tu.
maklong yany suruh yany belajar buat apam tu pulak,
memang lah apam tu dah lama dah orang tau kan, tapi yany tak pernah try buat lagi.
tengok lah nanti kan. :-P



omey kan apam polkadot ni? :)




eh amende la semua nya cerita pasal makanan kan?
entry ni memang entry yang membosankan.

dah la, malas taip. nak turun bawah makan. lagi.
bai.



Tuesday, 1 January 2013

selamat 2013

assalamualaikum!
selamat tahun baru Masihi! yang ke 2013.
cepatnye masa berlalu kan?
yany rasa macam baru lagi tahun 2012 hari tu. now da setahun? hermmm


tahun ni, dilalui dengan pengalaman yang berbeza.
well, takkan lah setiap tahun nak alami perkara sama kan?
kalau tahun lepas yany celebrate dengan MB, this year, takkk.
itu pun tahun lepas tak tengok bunga api. sedeyyy
tapi takpe, tahun ni dapat tengok woo! :-D


tahun ni, yany takde lah sambut pun, biasa saje
yany keluar makan dengan dini and farhana,
and dapat tengok firecrackers dari kedai makan tuuu :-)
happy sangat sebab last year tak dapat tengok live kan.
eventhough dapat tengok dari jauh, but still happy.


tahun lepas yany ada buat list azam tahun baru kan?
sesiapa tak tau, cari je entry kat tepi tu,  itu pun kalau ade orang nak tau
kalau takde, takpe lah. tak paksa pun. hihihi
tak semua azam tahun baru yany dapat laksanakan.
ehhh, rasanya semua tak settle pun lagi
eishhh, nampak sangat teruk nye yany niiiii


takpe lah, kita try lagi untuk tahun ni.
mungkin bole settle? huhuhu I hope so.
kalau still tak boleh, kita try lagi dan lagi untuk masa seterusnya
bagus tak motivate diri macam ni? haha!
semangat je lebey tapi buat nye taktau lah lagi. -_____-


that is why yany tak berani nak buat list azam tahun baru yang baru.
yang lama pun tak abes buat lagi,
nak baru ape nye kan?
takpe, kita try. ;-)





okay ni gambar lasttt dalam tahun 2012,
and gambar firsttt dalam tahun 2013.


oh dan makanan diatas pun menu terakhir 2012,
terawal 2013. saje nak mention. hikhik




















okay bai bai, selamat tahun baru! :-)



Wednesday, 19 December 2012

Tahniah Sarah Ashiqin :)

assalamualaikum dunia dan isinya~


hari ni bertarikh 19 disember 2012,
tarikh yang sangat bermakna bagi adek yany, kakchik.
tercatatnya kenangan manis dalam hidupnya.
mungkin yang termanis sekali buat masa ni :)


Alhamdulillah...dia berjaya dapat result yang cemerlang
result yang membanggakan seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan nya
mama, ayah, kakak and adek bangga sangat dengan kakchik
kitorang memang tau kakchik boleh!
and yany tau, ape yang menambahkan kegembiraan kakchik is,
dia and besties dia lagi 3 orang tu sama sama dapat result yang cemerlang jugak
ape lagi yang membahagiakan? sama berjuang, sama berjaya
tak sia-sia usaha korang 4 sekawan ni


yany teringat waktu yany and PMR dulu, it was 5 years back
tahun 2007, tahun majoriti teenagers baru nak 'up' kononnya
that time, family yany terkejut dengan khabar salah sorang family member meninggal
atok sedare yany...belah mama...dia meninggal sehari sebelum hari yany amek result


masa tu, kitorang tak rasa semangat pun pasal result yany ni
sume family members yany busy dengan urusan and kenduri arwah
rumah atok sedare yany tu kat Taman Dato Harun, PJ
ade sesape orang PJ jugak kat sini ke?


hari masa result keluar tu, pagi pagi yany di PJ
yany off phone sbb yany taknak orang contact yany tanya pasal yany
yany taknak orang sesakkan yany dengan soalan result berapa semua.
sebab yany tak g amek result lagi kan time tu
plus, yany takmo ade orang spoil yang dah tau result yany and sebok nak canang ke kan


sampai la waktu tengah hari, ade sorang uncle yany,
dia datang rumah arwah atok sedare yany ni, and tanya, yany dah amek result ke?
yany kata tak lagi...petang nanti baru nak balik Rawang and g skola amek
uncle yany tu bagitau cousin yany sorang tu, dah amek result dah...
and dia dapat 7a's...
wow! jantung yany rasa nak jatuh dah time tu. terrornye cousin yany tu!
yany takut yany tak dapat result sebaik itu
yany takut yany akan buat orang tersayang kat sekeliling kecewa dengan yany


petang tu, mama drive balik ke Rawang, cousin yany, kakngah and yoya teman skali
yany tak ingat whether kakchik ikut skali or not, lupa dah :-P
yang yany ingat, yany dah tak rasa ade nyawa dalam badan ni
fly away~
sepanjang perjalanan from PJ to Rawang, yany tak henti-henti selawat
yany tak henti berzikir, yany tak henti berdoa
yany takut yany tak dapat ape yang yany harapkan
takut sampai air mata bergenang. huhuhu


sampai je skola, yany terus tuju ke kantin,
yany nampak cikgu cikgu tengah lepak and sembang sembang
yany sorang je kud student yang tinggal,
semua cikgu pandang je yany dengan muka hairan, pelik sangat yany datang lambat ye. ^^Y
yany nampak cikgu Norlia, guru kelas yany,
yany salam then terus terus tanya dia dengan suara terketar-ketar,
'cikgu.....saya dapat berapa?' masa ni suara yany memang bergetar


guess what? cikgu bole plak tanya balik,
'awak rasa-rasa awak dapat berapa?'
owemji rasa nak pengsan okay, cikgu ni saje je tau...saya nervous ni cekgu!!!
by the time cikgu sengih-sengih and serahkan slip result tu,
yany doa banyak banyak dalam hati, kuatkan semangat,
selak slip, and.........................


'mamaaa.............', yany terus peluk mama
mama peluk yany balik.....
semua cikgu yang lain tanya, 'berapa yany?'
'Alhamdulillah cikgu...8a...'
semua cikgu tersenyum, gembira tengok yany gembira dengan result tu
yany taktau nak rasa ape, kakak kakak sedare yany terus tengok result yany and wish tahniah!


lepas je dapat result, yany terus call ayah,
ayah tengah keje lagi time tu,
ayah angkat je call from yany, yany terus cakap,
'AYAH!!! akak dapat 8A...!!!'
ayah terus cakap, 'tahniah! ayah dah agak dah...' hahaha lawak lah ayah
then lepas tu, call pulak my second mum, maklong
angkat angkat je, maklong : 'haaa kak berapa?'
me : 'maklong cuba teka akak dapat berapa??? *sambil nanges* '
maklong : '7 A??? *nada happy + nervous*'
me : '*sambil nanges lagi* takkk... *nada sedih* '
maklong : 'berapa? 6 A? *still happy*'
me : 'takkk...lebih lagi...'
maklong : 'berapa??? 8A???'
me : 'aar...'


yany dapat dengar suara maklong macam nak lompat happy dengar result yany
dia terus bagitau orang orang kat blakang dia,
sebab time tu kan maklong ade kat PJ lagi,
'KAKAK DAPAT 8 A...!!!'
then dengar suara tokcu jerit, 'atok cu bagi rm50 nanti!'
hohoho happy je, rm50 untuk budak form 3 time tu, banyak k! :D


yany terus on fon, berderet mesej masuk tanya pasal result yany
ada yang dah sent pagi tu tanya yany g skola kul berapa nak amek result,
tapi yany lambat baca kan,
and ade yang tetibe sent tahniah kat yany...
tengok, kalau lah yany on je fon dari pagi, mesti tak surprise dah kan? huhuhu
yany pun reply semua mesej kawan-kawan, wish kat dorang,
and dorang pun wish kat yany :)


malam tu, lepas siap siap from rumah, gerak ke PJ semula
hari tu, semua orang layan yany baik sangat sangat sangat sangat
eventhough semua tengah sedih sebab atok sedare yany meninggal,
tapi dorang still gembira and ceria bila cakap pasal result yany
yany happy, terharu, rasa disayangi sangat sangat
yany bersyukur sangat, dilahirkan dalam family yang penuh dengan kasih sayang :')


yany ingat lagi, slip result tu yany bawak ke PJ,
sebab ade sorang uncle yany ni saje je, dia suruh bawak sebab nak tayang kat semua sedara-mara
hahaha lawak je kan? yany bawak betul betul k. :-P
then mula lah malam tu dorang duk canang bawak slip tu and bahan yany
ade yang cakap betul ke tu slip ori tu?
hahahahahahaha


then malam tu, ramai lah sedara-mara hulur duit kat yany,
sume uncle uncle yany bagi, dapat beberapa helai not hijau pekat tu. hihi ;-)
maklong pulak bagi hadiah kemeja, cantek...renda renda lagi, siap dengan tudung.
ade lagi kemeja tu, yany pakai je g class sampai sekarang,
ye, baju pemberian orang tersayang memang bertahan lama. :-)))


beberapa malam jugak lah yany tido dalam senyuman,
yany macam tak percaya yany bole dapat result macam tu
sebab yany bukan budak pandai pun
eventhough yany class kedua, memang tak dapat masuk class pertama
sebab class pertama rancangan khas, student yang dulunya dapat 5A UPSR,
dalam class kedua tu pun yany biasa dapat top10 je, tak pandai mane
that is why yany terharu sangat sangat Allah makbulkan doa yany
doa mama and ayah yany, doa family yany, doa cikgu cikgu yany.


yany dah rasa semua tu, so yany tau sangat betapa happy nye kakchik dapat result dia
dia dah berjaya buat mama and ayah bangga buat kali kedua, kakchik memang budak pandai
dia dari dulu well trained oleh mama :-)
adek-adek yany memang pandai, tak sama dengan kakak dorang ni. huhuhuhuhu






Congratulations my dearie lil sis!
sebagai mana kakchik dah banggakan mama and ayah,
macam tu jugak kakchik dah banggakan kakak. :')






p/s kakak sedih takde dalam pic tu. huhuhu T.T




Wednesday, 12 December 2012

perpisahan itu pasti


pertemuan, kadang kala kita rancang
kadang kala ia terjadi dengan sendiri nya
tapi yang pasti, itu memang rancangan dari Nya


walaupun ada pertemuan yang menyakitkan
tetap ada yang menggembirakan
sama ada sedih atau suka, jadi kan ia pengalaman


sudah ramai Dia temukan aku dengan makhluknya yang lain
berbagai rupa, berbagai cara
ada yang senang akan kehadiranku, ada yang tak ambil tahu


setiap yang aku jumpa, terkesan dalam hidupku
tak kira lah kau siapa pun dihatiku,
rakan atau teman, kau tetap anugerah buatku


setiap pertemuan, pasti ada perpisahan
roh bertemu jasad juga akan berpisah
apa lagi seorang manusia dengan makhluk yang lain


ada yang berpisah sementara
ada yang jauh selamanya
tapi tak semestinya mustahil untuk berjumpa semula


cepat atau lambat, andai itu takdir kita
berpisah bertahun-tahun lamanya
pasti ditemukan jua. dengan izin Nya


kawan, ya kau kawan ku
walau kita sudah tidak semesra selalu
tapi itu tak merubah status mu, sebagai kawan ku


andai ada antara kita saling terlupa
tak salah antara kita untuk mengingatkannya
segala kenangan dan masa bersama


walaupun kau dan aku, tidak setempat lagi
tapi teknologi tidak membatasi
jodoh dan rezeki itu pun pasti.....





-yanie amira 11:01pm 12/12/12






Saturday, 1 December 2012

hello December!








it's December!
mari usha Christmas decoration kat malls.
hobi yany setiap hujung tahun tu.





p/s tahun ni Queensbay punya decoration dah cantekkk!!!



Monday, 19 November 2012

tgv? errr

hye assalamualaikum
ini cerita jumaat yang lepas.
yany and adek p tengok Istanbul Aku Datang
tapi baru nak buat entry. okay lah ni buat jugak entry.






minggu lepas, kan yany balik rumah kat rawang,
cuti mid sem kan, so balik lah setelah lebih 2 bulan tak jejak kaki kat selangor. -.-
yany balik rawang selasa lepas.
tapi hari jumaat hari tu baru g tengok movie Istanbul Aku Datang ni.
mulanya ingat nak tengok masa hari first movie ni kuar.
konon konon nak g tengok kat QB, dengan roommate yany, fatin,
tapi kitorang takde free time masa siang,
ade pun malam, so takmo g malam, sebab siang bole dapat student price. ngehngehngeh



jadinye, dah balik rawang ni, ajak lah adek yany g tengok
kami tengok kat jusco anggun rawang je.
dekat je pun dengan rumah. tak sampai 15minit bole sampai
ouh memula ajak mama, mama macam nak join tengok,
tapi last last mama takmo pun. uhuuu
jadinye yany bawak lah adek adek pegi tengok movie ni.
buuuttt, perbelanjaan ditanggung sendiri. kehkehkeh



sampai kat jusco, terus g tgv, kat level 2.
sajeee je yany perhati tgv kat sini.
sebab nak compare dengan gsc. ngeee
dah tu, bekas pekerja gsc, ape yang kau harapkan? huhuhu
for me, okay lah cantek gak design kaunter dia, sistem bo launcher dia,
baju pekerja dia kaler merah! huhuhu
tak semenonjol gsc yang kaler kuning terang ittew. heee



tapi nak ngadu ni, awat tgv punye harga mahal hah?
tak kira lah, tiket dia, popcorn dia, sume mahal doh.
tiket dia rm10per adult. kira mahal okay sebab nye yany tengok citer yang dah lebih seminggu keluar.
then yany belikan tiket untuk adek bongsu yany yang kekanak punye, sebab under 12 kan,
harga nye rm9. beza singgit je okay?!
gsc murah lagi. for kids, half price kud. eishhh
bila yany tanya, kalau guna student card dapat murah tak?
ouh minah bo kata takde student price. sebab siang dah murah dah ni.
abes tu, kalau malam berapa ringgit pulak kau letak? aishhh



okay lepas je beli tiket, kitorang pun beratur nak beli popcorn pulak.
tak paham kan. selalu dah makan popcorn lagi nak makan popcorn. heee
p la bahagian concession dia, okay lah tak ramai sangat manusia.
tapi eh, minah concession yang served yany tu, gila sombong weiii
muka dah la nak ketat seketatnye. macam tu ke sambut customer?
yany dulu, asal muka dah plain je, (sebab penat kan) mula lah in charges gsc cakap,
'SMILE...SMILE...customer tuuu'
tapi budak ni tak ditrain ke hape untuk bermanis muka dengan customer?
dah tu kalau muka kau tu lawa takpe lagi, suka gak nengok muka orang lawa
ni tak lawa, bila tak senyum tu rasa ringan je mulut nak sound (amboi macam gawang sangat)



then lepas yany order nak beli ape,
time dia tengah kaut popcorn tu, yany saje je tanya,
'miss, kat sini sejam berapa ringgit?'
dia bole dengan bingai nye jawab 'sejam berapa ape?'
yany pun jawab balik, 'gaji kat concession ni...'
minah tu dengan kerek nye menjawab, 'tak tentu *sambil buat muka nyampah nak layan*'
yany perhatiii je, rasa dah kecik tengok cara minah ni.,then just jawab 'ooo...' kat dia.
tetiba dia tambah lagi, 'tapi selalunye 4ringgit.'
olorhhh cara kau eksyen ngan aku tadi macamkan gaji kau banyak sangat lah
ingat kan paling paling pun 6,7 inggit ke, rupanya 4 je?
wadehel yany ingat kan gsc kedekut gilo gaji rm4.30 je. rupanya tgv lagi lah!!!



sian okayy. kalau concession rm4, bo ngan steward tu berapa lah agaknye???
sebab concession lagi penat, so mesti gaji mahal sikit dari bo and steward.
tapi macam tak patut je gaji tgv murah camtu.
dah lah tiket dorang lagi mahal, then makanan dorang pun lagi mahal ape.
gsc punye popcorn combo set lagi murah. and makanan lain pun murah la seposen dua daripada tgv tu
but kenapa gaji tgv kurang daripada gsc?
patutnye tgv bagi gaji rm4.5 ke or rm5 ke sebab dorang banyak untung. huhuhu
dah la popcorn tgv kurang sedap daripada gsc. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu (amboi panjangnye)



time nak bayar popcorn tu kan, adek yany cakap kat yany,
tujukan kat pompuan keje jual popcorn tu
perlahan tapi orang sebelah still bole dengar lah,
'sombong nyeeeeeeee' *dengan muka mendatar yang membengangkan. haha*
yany rasa nak je cakap kuat kuat, 'wei baru keje wayang dah kerek kerek ke.'
tapi macam tak sopan lak kan. eh memang tak sopan pun act.
and tak padan dengan rupa ai yang macam manje manje ni. *puiii*
tapi betul lah, kalau lah yany ni mystery customer dia, camne??? haaaaaa



patutnye yany nasihatkan dia lah, sebab dulu yany pena dapat mystery customer tau.
customer tu bagi berapa percent je kat yany.
sebab salah yany ape tau,
yany just wish dia, 'hye sir/miss, welcome...' sambil senyum
tapi tak wish dia, 'hye sir/miss, welcome to gsc...........'
over kan? cerewet kan gsc?




p/s tak jadi nak try keje kat tgv cuti nanti. bwekkk



ouh ye, entry Istanbul Aku Datang malas nak buat, sila pegi tengok sendiri.
or search kat radiogempak jew. muahahahahaha

Monday, 12 November 2012

Ole Ole dari Sedim


kejadian ini berlaku pagi semalam.






kesian tak tengok kita camni?
cian kan............... T.T
actually kalau biar camtu tak sakit pun, cuma ngilu2 je,
tapi kalau sentuh, mau menjerit aku.
especially bila lupa time mandi,
perghhhhh nanges time tu gak! huhuhuhuhu


biasa la, saye kan manjeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :P



nak tau sebab ape? nanti story lagi. ;)



Monday, 22 October 2012

Auni Qaisara kena gemuk lagi!









oni cala dah pakai baju yang maklong belikan dulu...
maklong happy sangat...
tapi baju ni besar lagi la...awak kena makan nasik la oni cala...
baru la muat baju ni...huhuhu
windunye maklong kat awakkk T______T





Tuesday, 16 October 2012

social sites

salam, hye :)

sume orang ade social networking site dorang sendiri kan?
tipu lah kalau takde fb ke. sebab sekarang ni sume benda nak hebah kat fb
sampai juling lah bijik mata nak bukak sume post kat group tu. huhu
buat masa sekarang, yany takde lah join banyak sangat sites.
yang bese bese je, fb twitter blog youtube tumblr, ha tu je.
eh ade lagi, skype la, instagram, foursquare
oh ye, myspace. dah berkurun k myspace tu. kihkihkih



tumblr tu untuk ape?
hahaha on on terus tanya soklan tu kat diri sendiri.
eh betul lah, tumblr tu untuk ape?
yany selalu tengok orang mesti post pic pic yang cecantek kat dalam tu
memang kena camtu eh? huhu sorry noob giler ni.
yany pun ada lah buat tumblr. saje gatay tangan.
tapi alih alih tak reti nak guna cemane.
dia macam blog gak eh?
tapi takde tulis tulis cam blogger ni kan?
yany tengok adek yany punye tumblr, aktif la gak daripada yany ni.
yany ade berapa post je pun.
yelah, kita takde gambar yang cantek unik menarik nak letak dalam tu huhu



yany memang camni, suka la buat account tah pape
pastu tak reti guna. macam blogger ni gak.
mula mula saje je. nak rasa cemane orang yang asek tulis blog kan
maybe bukan jiwa yany kud nak tulis tulis ni
yany update pun jarang jarang kan
sebab yany jenis ade masalah, luah secara lisan, bukan penulisan. aicehhh
cuma nye ade masa ketika (ayattttt) je kalau yany malu nak cerita kat orang,
yany tulis dalam blog ni.
tapi kalau tumblr tu, nak luah perasaan guna pic je eh?
alaaa, yany mane la reti. letak pic One Direction reti lah. haha!
takpe lah, kita slow slow belajar ye. hahaha



yany tengok rumate yany, rajin ber-tumblr
dia selalu bukak tumblr, and dia pun aktif ber-tumblr
kat link twitter dia pun ade link tumblr je.
yany tak lah. yany letak link blog ni je.
tu pun bukan lah ramai nak baca blog ni. selamat. hahaha!
yany pun tak paham kenapa yany nak buat account account ni sume.
saje je tengok ikon kat lappy ni, try gak lah sign in. hehe
sekali ni dah taktau nak buat ape dengan account ni sume.



cam youtube kan, yany bukannye ade video sendiri pun dalam tu
ade orang nak add contact kat situ pun yany takmo accept
yany guna account tu untuk like like video yang yany suka je
pastu komen gak lah kat certain video yang yany rasa nak komen
pastu guna account tu untuk support video yang kawan kawan buat
pastu duk like video One Direction hahahah
itu jelah pun yang yany reti heee



kalau twitter lak kan, pun sama,
dulu yany buat pun sebab alaaa saje, kalau ade fb nak ade twitter kan,
so sign in lah. tapi mengagau taktau pe benda. huhu
yany start tweet tweet pun time dah beli fon Live ni.
sebab senang kan, ade apps dia sendiri.
sejak tu lah baru tweet hari hari. banyak mengarut dalam tu
pastu dah la tak folo orang.
orang duk folo yany tapi yany taktau pape. hahah



lepas yany jumpa twitter kawan kawan usm, baru lah yany folo sorang-sorang
then baru interact dengan orang dalam tu
kalau tak, buat bodo je cam orang bodo kat twitter tu
lepas tu, baru lah reti nak retweet tweet orang.
kalau tak, duk rimas sensorang sebab adek yany suka sangat men retweet nih
tapi nasib baik benda yang okay lah dia duk retweet



kalau fb tu, yany rasa tu yang paling aktif lah buat masa sekarang
sebab ape ape pun perlukan fb kan
nak buat assignment pun contact kat fb je ngan kawan kawan
nak hebah pasal meeting ke class cancel ke, sume nye kat fb
sampai kalau sehari tak bukak fb, memang taktau citer ape dah. haha
tu yang bukak bukak fb, berlambak gilaaa noti
semuanye dari group. pening pening



kalau skype lak kan, yany banyak guna untuk skype dengan MB je.
ngan orang lain jarang lah
ade la sekali dua ngan family yany...
tu pun dah lama tak skype ngan dorang
sebab call je senang. nak cakap kat skype tu bukan clear pun. huhuhu
kalau dengan MB pun, skype tapi tengok muka je. tak cakap paep pun.
men mesej mesej je.
tah pape kan. hahahaha. eh dah lama kud tak skype ngan dia. hermmm



pastu, foursquare. hahahaha yany suka okeh main check in check in ni
suka gila buat tempat tipu tipu, pastu check in tiap tiap hari
pastu jadi mayor. hahah!
sampai kalau ade orang lain rampas mayor yany, rasa nak rebut balik! heee
best la tengok point check in kita tu bertambah setiap hari
tapi esoknye dia jadi sikit balik.
nak suruh kita asek men check in lah tu. huuu



pastu kalau yany ade pic baru je, mesti nak upload kat instagram
mostly pic makanan lah. haha kesian.
instgram tu gamaknye memang ditakdirkan untuk makanan lah
ramai orang mesti nak post pic makanan je dalam tu.
termasuklah yany. huhuhuhu
eh tapi yany ade jugak upload pic lain. takdelah sume nye makanan
nampak sangat kang aku ni kuat makan lak. hihi



kekadang yany ade je rasa nak deactiv kan benda benda ni sume
tapi pikir pikir balik, fb tu susah la kalau deactiv
dah la yany ni suka buat hal sendiri je
kang tak bukak fb, memang jadi cam orang gua la
taktau perkembangan langsung
jadi, hadap jelah fb tu hari hari kennn. hihihi
mungkin nanti dah tua tua sikit baru lah bole lupakan social sites ni. haha!



tumblr yany tak best pun. takyah cari. haha~





yang mane satu awak ade?
yany ade 13 je antara tu
tapi ade yang takde simbol dalam ni gak. huhu



Tuesday, 9 October 2012

Monday, 8 October 2012

Same Mistakes by One Direction


circles, we're going in circles,
dizzy's all it makes us,
we know where it takes us,
we've been before

closer, maybe looking closer,
there's more to discover,
find out what went wrong,
without blaming each other

think that we got more time
when we're falling behind
gotta make up our mind

or else, we'll play, play, play all the same old games
and we wait, wait, wait for the end to change
and we take, take, take it for granted that we'll be the same
but we're making all the same mistakes

wake up, we both need to wake up
maybe if we face up to this
we can make it through this

closer, maybe we'll be closer
stronger than we were before, yeah,
make this something more yeah,

think that we got more time,
when we're falling behind
gotta make up our mind

or else we'll play, play, play all the same old games
and we wait, wait, wait for the end to change
and we take, take, take it for granted that we'll be the same
but we're making all the same mistakes

yeah, yeah, that's what crazy is
when it's broken, you say there's nothing to fix
and you pray, pray, pray
that everything will be okay
while you're making all the same mistakes

don't look back,
but if we don't look back,
we're only learning then,
how to make all the same mistakes again












somehow, lagu ni bole me-motivate-kan orang jugak.
jangan nak pikior 1D tu, ni je :










okay, tata! :)



Thursday, 4 October 2012

yany ni dah berpunya ke?

assalamualaikum~ jawab laaa..... :)


baca tajuk, cam malu malu sikit. tersipu sipu sensorang. tah pape. :P



ini bukan kes nak perasan ke ape, tapi kalau nak perasan pun bole lah. hehe
lately ni, ramai laaaaa duk tanya yany ni dah ade ehem ehem ke, hahaha

sikit sikit jumpa sedare, 'kamu ni dah ade boifren ke belum yanie?'

kang jumpa kawan mama, 'anak kakmai ni dah de kawan ke?'

tak pun, kakak kakak senior yang tak rapat ade gak tanya, 'yany dah ade boy ke belum?'

hari tu lagi, g open house jiran, salam salam la acik tuan rumah tu,
bole siap puji, *ini tak tipu tau!* 'comelnyeee...dah ade yang punya belum ni?'

hok hok hok. malu malu saye kat situ gak. rasanye muka pink sama kaler ngan baju time tu.
tapi saye senyum sipu sipu jelah. tak jawab pun soklan tu. segan hoih!
yany citer kat mama, ma kata cakap je tak berpunya lagi...
sebab kalau berpunya mesti yany dah kawen. hehe!
tapi mama lagi jahat, siap suruh cakap,

'saye tak berpunya lagi cik...takde orang pun nak kat saye ni...bukan lawo pun.' 

over tau mama. ingat anak dia tak laku ke ha?
hello tengok mak nye lah. hahahahaha!

tapi kan, rasa cam dah tua okay bila orang duk tanya tanya soklan tu.
macam la 'umur kau dah banyak yany...kang tak kawen kau kang...' camtu.
padahal, i baru je 20 tahun okay! bunga baru nak mekar. lambat lagi nak layu. eh.

tetibe rasa, nape la dorang dorang ni sibuk tanya ha?
nak jodohkan yany ngan anak anak dorang ke? *perasan*
kalau hensem takpelah jugak. kalau tak hensem buat pe. mane padan dengan saye. *perasan lagi*
kadang kadang sampai nyampah nak jawab. sebab nak jawab ape???
takkan lah yany nak jawab, 'aar...saye dah berpunya dah...' kat makcik makcik tu?
kang macam gatal bebenor je ghopenye.
so, lebih baik diam dan senyummm je.


ade gak, time keje dorang tanya tanya, yang takleh blah, customer pun ade tanya.
*cea ni bajet hot sangat lah ni!*

'you dah ade boyfriend ke belum?'

kalau time tak rimas, yany jawab 'saye dah tunang. tunang saye hensem sangat*tipu je. aku tak cakap pun yang ni*.'
tapi kalau dah rimas sangat, jawab je... 'saye dah kawen la. anak tiga dah.'
pastu nanti dorang gelak je. nape tak caye la tu. -____-



ade sekali tu, yany nak beli tiket bus,
bole lak dia tanya yany, 'sula ada boyfriend ka?'
yany pelik la, jawab jelah ade.
kang dia reply, 'kalau belum ada saya mau jadi boyfriend you.' cina tu dalam 20++ la.
yany pun jawab, 'takmau lah, buat ape sama you. tak hensem. saya sayang bf saya. lagi pun dia banyak hensem.' motif kau nak bagitau bf kau hensem? haha!
tapi dia bole jawab balik, 'kalau dengan saya, bole dapat tiket bus free...'
yany jawab, 'kalau takat jadi gf dapat tiket bus free buat ape. sikit tak kisah.' *sambil cebik mulut buat muka angkuh gila* gila menyampah cina tu ngan customer macam aku. haha.
yelah, ingat aku ape? taknak aku ngan kau. dah la kapir. hahahaha!



oh hari tu pun ade, orang sampaikan, ade orang nak kenal kenal ngan yany lah konon nye,
yany kata la, tak bole, yany ni tunangan orang.
terus dorang kecoh sebab ingat yany betul betul dah bertunang. ah lantak lah kan. heee
yany rasa okay je kalau orang ingat yany ni dah bertunang,
rasa selamat. hahaha
tapi tulah, bila cakap dah tunang, dorang sibuk carik cincin kat jari ni.
padahal takde pun cincin nye. huhuhu


k lepas ni kan, kalau ade orang tua tua tanya lagi, tadah jelah telinga and senyum. huuu