hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Thursday 24 May 2012

nak diet? kena tengok jenis darah dulu :)

hyeeeeeeeeeee
assalamualaikum...
jawab tau...hehehe






tadi duk layan twitter, ade la sorang blogger ni duk tweet pasal dia derma darah...
then dia kata dia derma tu just untuk tau jenis darah dia ape je.
bila dah tau jenis darah, baru lah senang nak search pasal diet mengikut darah ni.
ape tu diet mengikut jenis darah?
maksudnyerrr, kalau kita nak diet, nak kuruskan badan ke, or nak bagi maintain ke, or nak bagi ideal ke,
kita kena tau gak jenis darah kita coz diet kita sepatutnye ikut dengan jenis darah.
eh ape ingat sume darah sama je ke?
nama pun lain kan? ade darah A, B, AB, O kan?
so mesti lah komposisi dalam darah kita ni semua berlainan.






lepas baca tweet tweet akak blogger tu, yany jadi tertarik pulak nak search
yany nak gak tau ape jenis diet yang sesuai untuk yany ni...
katanye nak kurus kannn. tapi makan sesuke je hantam. eh mane bole camtu kan.
so yany pun try la search, pasal diet yang bersesuaian mengikut jenis darah kita...
dapat banyak info tau...
rupanye lain setiap jenis darah adalah berbeza tak sama sekali!
ade yang darah pekat...cair la...imun kuat...imun lemah...
haish macam macam.






macam yany kan, yany memang dah tau jenis darah yany ape.
sebab mama penah bagitau dulu...kitorang ade bradek sume jenis darah sama ngan mama...A+!
ayah soranggg je lain. O. sian ayah takde kawan. hehe
dulu mama ade cakap, abes lah kalau korang tak cukup darah ma kena bagi. hahaha
tapi yany cakap ma la untung, sebab kalau ma yang tak cukup darah, anak ma sume bole derma kan... :)
tapi lepas yany study about darah time form bape dulu tu,
yany dapat tau yang darah O tu universal donor...
so, ayah pun bole derma kat kitorang sume la! :D
tapi kalau ayah yang perlukan darah, kitorang lak tak dapat bagi. sorry ayah. :(
eish mintak lah dijauhkan perkara yang tak baik terhadap keluargaku ya Allah...Ameen.






ha cakap pasal tu, meh la baca pasal ciri ciri and diet yang sesuai untuk setiap jenis darah k.







Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi


Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba









yany punya A+. anda?     *ceeewah macam iklan.





bai.




No comments:

Post a Comment