hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Sunday 26 May 2013

advanced!

hai!!!

nak tau...hari ni yany kat rumah.
setelah 6 minggu tak balik rumah. finally!
walaupun balik nya sekejap je. tak sampai 3 hari pun.
tetap...happy gilaaa. hihihi


yany kan...dah dapat birthday present!
advanced kan? birthday lagi sebulan lebih tapi dah dapat hadiah.
dapat 2 pulak tu!


nak tau ke hadiah apa? alaaa malu la kita nak bagitau
biasa biasa je...
tapi biasa lah...kata hadiah, orang bagi kan...
mesti lah rasa happy.


nanti nanti yany update lah apa hadiah baru tu. uhuhuhu


kbai! :)

Sunday 12 May 2013

Mama, Wo Ai Ni!

妈妈好 - Ma Ma Hao

世上只有妈妈好
Shi shang zhi you ma ma hao
Mommy's the only dearest in the world

有妈的孩子像个宝
you ma de hai zi xiang ge bao
With a mom, you have the most valued treasure.

投进了妈妈的怀抱
tou jin le ma ma de huai bao
Jump into mom's heart

幸福享不了
xin fu xiang bu liao
and you have endless happiness.

世上只有妈妈好
shi shang zhi you ma ma hao
Mommy's the only dearest in the world

没妈的孩子像根草
mei ma de hai zi xiang ge cao
without a mom you are like a piece of grass/straw

离开妈妈的怀抱
li kai ma ma de huai bao
away from mom's heart,

幸福哪里找
xin fu na li zhao?
where will you find happiness?



**************************************************************************



assalamualaikum :)


dah lama yany tak update entry.
bersempena hari ibu 12 Mei 2013, yany tujukan lagu di atas untuk mama yany...
siapa tau nyanyi lagu ni? kalau taktau, meh yany bole nyanyikan. insyaAllah tak hujan. hewhew
lagu ni dari kecik yany blaja. time sekolah rendah dulu
kan ada waktu pendidikan muzik. so time nak hari ibu, lao shi (cikgu) mesti suruh bukak textbook page yang ada lagu ni. 
pastu 1 class nyanyi ramai2.
kalau lao shi rajin, mesti bawak p bilik muzik pastu lao shi main piano, kitorang nyanyi
comel je kan? hihi


eh ni nak citer hari ibu ke hari guru? hahahah

okay okay balik ke pada tajuk diatas,
Ma Ma Hao. mama baik. Hao - Baik

mama korang baik tak? tak kisah lah korang panggil apa pun,
mama ke, mami, ibu, mak, umi, bonda, nyai, mek, amma
yang pasti kita tuju kat our mother.

yany percaya cakap mama, dalam dunia ni, takde orang yang sayang kita lebih macam mama sayang kita
even ayah kita pun tau. sebab, orang laki ni, sayang bini lebih daripada sayang anak
ayah takde pulak cakap camtu kat kitorang adek-beradik
tapi yany rasa betul tu. memang apa yang ma cakap tu betul

mama kan, walau macam mana marah pun dia kat kita,
macam mana pun kita buat teruk kat dia, dia tetap nak maafkan kita
ini untuk kes yany lah.
yany dengan mama, selalu bertekak. selalu bergaduh
sebab yany ni suka menjawab apa ma cakap. *biaaasa tau budak ni. hewww*
banyak kali lah gaduh dengan mama.
tapi gaduh2 pun, mama tetap akan maafkan.
ma tak lupa pun sediakan makanan kat yany, basuhkan baju yany, bagi duit belanja kat yany

kalau tengah2 ma tak kawan dengan yany kan,
tetiba yany jatuh sakit. *padan muka, derhaka lagi*
mama tetap akan jaga yany, urutkan sama-sini, belikan ubat, suapkan makan
then sambil tu ma akan bebel2 la kat yany
time tu kita tak larat, mengenangkan dosa2 melawan mama sebelum tu je. huhu

kalau yany tak kawan dengan mama kan, hati yany sentiasa tak tenang
even tengah solat pun, yany terkenang kan mama
nampak sangat kan Allah tak redha kita bila mak tengah marah :'(
padahal, datang lah masalah dari pihak mana pun, kecuali pasal mama lah
bila time yany solat, yany okay je, tak teringat pun masalah tu
tapi bila pasal mama, hidup takkan tenang

sampai lah bila yany dah minta ampun kat mama,
mama dah kata dia maafkan, by that time, ya Allah...rasa lega ya amat!
rasa macam, biar lah apa nak jadi as long as mak aku dah maafkan aku. huhu

orang kata kalau anak sama muka dengan mak dia, 'panas'.
panas acane? macam mama and yany lah, selalu argue macam2
sebab muka kitorang sama. yany banyak amek gene dari mama
kalau jalan berdua, orang tau lah kami anak-beranak
and certain orang mesti tanya, 'selalu bergaduh tak?'
yany hanya mampu senyum. memang ye pun!

tapi...gaduh2 pun, mama tetap manja kan yany
mama tetap bestfriend yany yang paling 'best'. hohoho
sebab apa? mama lah yang paling jujur dengan anak dia tau
puji ke, kutuk ke, semua tu betul sebenarnya
kalau nak mintak komen, mintak lah dengan mama
sebab ma akan bagitau seikhlas and sejujurnya
tinggal kita tahan jelah telinga dengar kutukan dari dia. hehehe

mama selalu ejek yany. tapi yany tak ambik hati pun
cuma kadang2 rasa sedih lah, betul ke apa yang mak aku ejek tu kan?
yelah...mama kutuk yany hitam...buruk... sedih tak? huhuhu

tapi bila pikir2 balik, tak kisah lah ma.
ma kutuk2 akak pun, rupa kita sama. huahuahua

mama ni sebenarnya ahli tu tukang tilik yang hebat tau
mama mesti tau kalau yany tengah ada masalah, sedih, sakit, macam2 lah
mama faham body language yany
kalau yany tengah tak selesa dalam certain perkara, dia tau. padahal yany act macam biasa je
nak bagi contoh? takyah lah. sebab ada yang sensitif. takut menyinggung perasaan orang yang baca blog ni nanti
ye...yany tau awak akan baca blog yany jugak. awak yang tu :)
so better yany takyah cerita disini.

mama ni bukan setakat seorang mak, dia ialah macam2
dialah kawan, driver, chef, cleaner, motivator, mentor, tailor, dan macam2 lagi lah!
oh ada lagi, machine! machine apa?
machine ATM! hahahaha jahat punya anak!

eh mama yang selalu tanya, 'kak, duit ada lagi tak?'
tinggal jawab ada ke tak je. hihihi
kalau kat rumah, 'ma...akak nak $$$'
nanti mesti bagi nya walaupun disusuli dengan bebelan.
hohohoho

walaupun apa pun kan, yany sayang mama sangat2. :)

eh, yany rindu mama lah. nak lari jap




*nanges*