hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Tuesday 19 March 2013

only boy - 11th






dulu dia comel. sekarang dah tak. wekkk

dulu dia tak malu pun peluk kakak dia ketat2. sekarang jangan harap.

dulu dia wangi bau baby2. sekarang bau macam kandang hamster :P

dulu dia bogel2 je depan kakak. sekarang mana bole daaa

dulu dia selalu buat benda comel. sekarang annoying gila!

dulu dia dengar je cakap orang. sekarang degil okay, cakap banyak kali baru dengar.

dulu dia putih kud. sekarang dia dah hitam sebab asyik main bola

dulu kakak mandikan dia. sekarang dia mandi ke tak pun taktau. hahaha

dulu dia kurus keding ada guitar kat badan. sekarang gemuk berlemak!

dulu dia kecik je lagi, kenapa sekarang besar sangat ni? :')





HAPPY 11th BIRTHDAY MUHAMAD USAMAH HAIKAL


WE LOVE YOU MANJE :)


Monday 11 March 2013

Jodoh itu rahsia Allah

Assalamualaikum


memang benar jodoh itu rahsia Allah.
malah, semua perkara yang terjadi and bakal jadi pun rahsia dari-Nya
takde sorang pun manusia yang tahu mengapa sesuatu tu terjadi,
and apa yang akan jadi masa depan.


jodoh itu memang Dia dah tentukan untuk kita. Dia dah janji.
itu semua dah tercatat sebelum kita kenal diri kita lagi
tapi, tak bermakna kita hanya perlu tunggu janji itu ditunaikan
usaha itu perlu. bukan perlu lagi. wajib. kita wajib berusaha


aku tak nafikan aku pun sedang berusaha.
mungkin terlalu awal untuk cakap benda2 macam ni kan?
tapi betul ke masih awal? umur makin meningkat. masa tak menunggu kita
jadi nak tak nak, kita kena terus usaha dan usaha


jumpa atau tak, kita tetap kena terus usaha
sekalipun kau rasa kau dah jumpa jodoh itu, (kalau kau yakin itu jodoh kau)
semua tu mampu menjamin ke yang dia tetap akan jadi milik kau?
genggam macam mana pun, kalau bukan milik kita, terlepas juga


aku pun masih berusaha. usaha untuk mencari 'the right one' untuk aku
sebab aku rasa i'm the wrong one.
and maybe bagi pihak 'right' tu pulak merasakan sebaliknya.
aku akan terus usaha dan usaha lagi


aku nak tanya, siapa pun yang baca entry ni nanti,
sama ada kau bole jawab terus ke aku, atau jawab dalam hati kau saja
adakah perasaan boleh dipaksa?
dari yang kita rasa right, kita bole rasa wrong, faham tak?


aku tak boleh tipu diri aku. sekalipun aku sendiri tak faham perasaan sebenar dalam diri ni
kadang kadang aku sendiri tak nampak apa yang sebenarnya jadi pada aku
aku tak tau apa yang aku nak, apa yang aku perlu
sama ada aku dah ada apa yang aku perlu, tapi masih mencari apa yang aku mahu
atau pun actually apa yang diperlukan sedang menunggu aku.










and aku percaya, 
kalau dah memang jodoh,
akan terlaksana jugak akhirnya