hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Thursday 28 February 2013

Sisterhood


Assalamualaikum!






seperti semua maklum (ceaaa macam lah semua orang kenal kau yany. -.- )
yany ni anak sulung, yany ada 2 orang adik. sorang perempuan, sorang lelaki
yang perempuan tu form 4 dah this year, yang lelaki darjah 5.
cuba kira jarak umur kitorang, semua jarak lima--lima tahun k.
pandai kan mama and ayah plan. ehemm. hahaha!


walaupun yany ni anak sulung, kadang kala perangai tidak serupa anak sulung pun.
mungkin kerana jarak yang agak jauh dengan adik2 kan.
so, saya telah lama dimanjakan oleh mama and ayah dulu.
eh now pun masih dimanjakan lagi. -.-
yany demam pun nangis nak mama, tak larat pegi klinik ayah dukung. :P
oh mama and ayah memang suka manja2 kan anak2 mereka.


tapi disini saya bukan lah nak cerita pasal manja2 tu.
saya nak cerita pasal saya, and adik perempuan saya, yang dalam gambar tu.
yang bertudung tu, itu lah adik perempuan saya. satu2 nya.
nama dia Sarah Ashiqin binti Salleh
nama kitorang tak serupa langsung? biar lah. dah tu nama dia. heheh


yany pernah lah cerita serba sedikit pasal dia, ada entry pasal dia and PMR dia dulu
and now yany nak cerita pasal persamaan and perbezaan kitorang
well, nama pun adik-beradik, mesti ada part yang sama, and part yang tak sama kan?
kalau tak sama dari segi luaran, mesti ada dari segi dalaman. :)


1- luaran

-kita cerita semua part yang ada pada muka yeh. haha. muka yany bulat kebujuran. (acaner tu???) hahah
tapi muka sara ni, (panggil sara la ye, sebab dia tak suka orang luar panggil dia ikin. family je bole katanya) muka dia bulat kebulatan. haha! faham tak? bayangkan lah ye! :P

-dahi yany, tak luas, tapi takde lah sempit. mungkin kerana kacukan daripada mama and ayah.
oh ye ayah kitorang berdahi luasss. mama berdahi sempit je. kalau pakai tudung takleh tarik kebelakang sangat nanti terus nampak anak rambut. gittew. manakala, sara punya dahi, luas jugak, tapi tak seluas ayah.
ini mungkin dia amek lebih gene ayah ni. hewhew.

-mata. mata yany celik, biasa je, warna anak mata, brownish. mungkin kerana kacukan dari mama and ayah lagi. mama = light brown, ayah = black. tapi sara punya mata, cepet angat. acam mata ayah. hihi. and color anak mata pun hitam macam ayah punya.

-hidung kakchik kemek sangat!!! heheheh! dia ikut belah ayah, hidung kemek2. kalau yany ikut belah mama, hidung mancung lah jugak. tapi kembang! hahaha! tapi hidung mama mancung lagi. huuu

-kalau sara, bibir dia macam halus lagi tau. tengok muncung dia, rata sikit. tengok yany punya, macam ada bentuk 3 segi kan? -.- kalau merajuk muncung memang jelas kelihatan. hahaha buruk.

-oh ye, sara sangat tak suka dengan dagu yany! dia tak suka orang yang ber-split chin. dia sangat sangat tak suka! dia kata annoying. apa yang annoying pun tak tahu! dagu dia takde split chin. dengki la tew! ini aura akak tau. (tak pasal. hahah)

-pipi kitorang sama2 tembun. hahah. sama2 ada telur pipi. hahah tau apa tu? bila senyum, terserlah 2 ketoi macam pau kat pipi. itu lah yang men-comel-kan kami berdua. erkkk >.< tapi sara ada lesung pipit! yany takde. itu lah lebih dia, dia selalu cakap, 'saya comel, thanks *sambil senyum nampak lesung pipit dia*' rasa nak siku kan aje. hahaha

-sara ni berkulit cerah. dia ikut belah ayah jugak, mungkin kerana opah kitorang sangat cerah orangnya.
untung lah kan~ yang yany, ikut belah mama, kulit sawo matang je.

-rambut yany lebat sangat2, and kerinting2. oh jangan terpedaya dengan gambar rambut yany megi2 tu.
itu semua permed! rambut sebenar yany wavy2 sahaja. bila basah je macam megi. hahaha.  rambut sara tak kerinting, biasa2 je :) tapi rambut kami berdua tebal dan lebat!

-sara punya kuku lawa daripada yany. macam gelas2 tu. dia ikut ayah. ayah punya kuku cantek. panjang2, runcing2. tapi yany ikut mama, kuku cawan yang kontot kemetot. -.- bersyukur lah~



sudah2 lah becerita pasal luaran ye, kita cerita dalaman. eh ni bukan anggota dalaman yang orang tak nampak. amboiii. ini pasal sifat2 antara kitorang.



2- dalaman

-yany ni garang. sara pun garanggg. hahaha nasib lah adik kau dapat 2orang kakak yang garang belaka. >.<

-yany degil lebih daripada sara. kalau mama and ayah suruh apa2, or larang apa2, mesti yany bertegas nak buat yang sebaliknya. tapi sara ni menurut, dia akan dengar apa mama and ayah suruh, takde bantah2 lah.

-sara jenis yang memendam. kalau pun dia setuju nak buat apa yang orang suruh, dalam hati dia, kita taktau.
dia kalau marah, menakutkan okay. yany tak berani kacau. kalau yany, nak marah, straight je terus kat orang tu. dulik. tapi lepas marah tu, yany terus lupa dah. malas nak simpan2. hehe

-yany lebih cengeng daripada sara. yany senang nangis untuk perkara simple. yang tak simple apatah lagi.
yany mcam emosi lebih la kiranya. sara lebih cool. macam takde perasaan pun ada kekadang. hahah
dia selalu macam 'alaa relax la kakak, hal kecik bole settle lah takyah emo2' gittew. haha

-sara ni lebih naif daripada yany. kalau 1 yang dia nampak, 1 lah dia akan jawab. dia tak nampak behind 1 tu ada lagi bermacam2 benda tersirat. sebab tu dia ni kita kena terangkan lebih detail dalam sesuatu hal.
kalau tak, memang dia tak kan faham. jujur budaknya ni. heee eh tapi bukan makna yany tak jujur tau. hahaha T___T

-benda yang kitorang ngam adalah, buat perkara yang sengal. tak kisah la apa.
nyanyi dengan suara annoying, mengenakan adik sama2. haha! kalau yany keluarkan idea gila kat dia,
nanti mesti dia support, tapi support dengan anggukkan jelah. buatnya tetap yany yang kena. hahah

-sara lebih pada benda2 yang konkrit. dia tak berapa nak seni. so, sebab tu dia suka baca buku ke, dengar muzik ke, dia tak suka benda2 arts macam yany. yany suka jahit manik, sulam2, baking, masak2, buat aksesori. tapi sara tak. jangan harap dia nak pegang jarum and benang. nama je anak tukang jahit. -.-
jangan harap dia nak masak kecuali goreng telur. -.- tapi kalau bawak dia pegi Popular, dia akan ke bahagian buku2. yany ke bahagian alat tulis, botol air, ahahahahah

-yang bagus pasal sara, dia ni bersyukur sangat orangnya. dia menerima je apa yang ada pada dia, contoh, dia nak phone, dia dapat phone yang macam2 yang dia nak dah okay lah. takyah mahal takyah fashionable pun. sebab tu yany nak hias casing tab dia kata takyah. padahal dia tak perlu keluar duit pun. kakak dia yang nak buatkan. still, dia rasa tak payah lah... macam tu. huhu kalau yany, suka nak lagi dan lagi dan lagi. dah ada yang okay nak lagi okay. tamak pun ye aku ni kan. haishh

-kitorang dua2 suka color pink. bukanlah pink semata, ada lah suka color lain jugak. tapi yang mendominasikan adalah pink! kalau semuanya ada color pink, pink jelah kitorang pilih, kalau ada 2 tone of pink color, salah sorang amek 1. supaya tak tertukar. hahah. gegirl sangat kitorang ni. -.-

-last pasal kitorang, cerewet pilih pakwe. hahaha! walaupun sara ni takde boyfriend, tapi dia memang cerewet. sebab tu dia  takde borfriend lagi. ngagagaga. kalau yany, cerewet dari segi apa yeh? ehem, biar lah rahsia. hahaha



rasanya cukup2 lah tu cerita pasal kitorang. actually banyak je lagi apa yang sama apa yang lain pasal yany and sara.
tapi dah la tu ye. penat yany taip, penat orang baca. eh konfiden je kan orang baca entry ni. huhu!



walau apa pun, setiap manusia mesti ada perbezaan nya. and walaupun yany and kachik ni banyak lainnya,
yany tetap sayang dia, terima seadanya sebagai adik yany, macam mana dia boleh terima yany sebagai satu2 nya kakak dia yang cantek jelita anggun bergaya sexy bijak pandai ni. insyaAllah :)



bye!



Friday 22 February 2013

back!

assalamualaikum :)


hari ni dah hari jumaat dah.
actually, hari sabtu hari tu yany dah balik Penang dah.
naik bus dengan kawan yany, farhana :)
oh farhana ni, sama matrik dengan yany dulu. tapi tak pernah kenal.
dah masuk usm baru kenal.
itu pun from dini, sebab dia coursemate dini. hikhik



Alhamdulillah, masuk sem ni, dah sem ke-4 yany jadi usm student
syukur sebab masih layak bergelar pelajar uni kan.
sem yang ke-3 lepas, result Alhamdulillah better sangat from before :)
yany harap sem2 yang mendatang, ada lagi rezeki yang lebih baik untuk yany :)
tolong doakan yang baik-baik je untuk yany k?
sayanggg korang. *hug*



oh oh, sem ni yany agak pack tau. huhuhu
sebab ada 4 core subject, and 1 minor subject
dah tu pulak tambah dengan jadual yang errr. clash sana sini, agak pening disitu
but Alhamdulillah, dah settled dah pasal jadual.
walaupun tak best, tapi, nak buat acaner, pasghah jelah *nada Lisa Surihani  xP*
oh this sem, yany ada 19 unit beban kerja.
15 from cores, 4 from minor.




~Jadual Semester Ini~




tak cantik? kisah pulak saya~
ini jadual yany buat dalam notebook yany.
dalam notebook ni bakal ada macam2 khazanah tentang subjek sem ni.
every sem yany akan ada 1 notebook yang fungsinya sama macam yang ni.
till the end, notebook ni lah yang yany akan bawak, and catat apa2
so, amatlah penting jadual ini
senang yany nak tengok class apa pukul berapa venue kat mana semua lah



sem ni, takde lah class malam macam last sem
but maybe kalau lecturer nak buat extra class ke, ada lah kud time malam
and, for test, confirm punya lecturer buat malam
tapi tu lah, kalau nampak, banyak class yany petanggg je.
penat jugak camni kan. asyik petang, takleh nak keluar lah waktu petang2
kalau tak sem2 lepas, yany ada lah masa untuk p cycling ke, jog ke, round2 tasik ke.
but for this sem, jumaat sabtu ahad jelah kud yang boleh. :(



oh this sem, ada 1 je class start 8am.
kalau last sem, selalu jugak lah pukul 8. sakit gak nak bangkit pepagi kan. :P
but this sem, sehari je, okay lah kud. tapi, hari jumaat! erghhh
sebabnya, minor yany clash dengan actual schedule.
plus, group minor yany, from various school, so, confirm semua orang clash.
jadinya, lao shi (cikgu) kitorang terpaksa arrange balik jadual,
semua orang free waktu jumaat pagi tu, so, we have to :-/



oh ye, baru je seminggu class kan? tapi kitorang dah dapat assignment
bukan 1 je ke apa. tapi 3. tiga2 tu subjek teras. T__T
ada yang kena submit nextweek, ada yang lagi 2weeks, ada yang nextmonth.
ada yang group assignment, ada yang kena buat solo.
agak tension disitu. yelah, start2 first class, lecturer dah sebut pasal assignment. erghhh
tapi, what to do kan, tanggungjawab :)



oh, yany rasa, cukup lah kud bebelan setakat ini.
nanti lah kita kumpul lagi tentang minggu2 seterusnya di usm untuk sem ke-4 ni.
semoga bertemu lagi. :)










yany rasa nak balik rumah. taktau kenapa, kuat rasa ni. :'(






Monday 4 February 2013

mungkin salah




pernah tak rasa perasaan yang tak sepatutnya kita rasa disebabkan kita tak layak untuk merasainya?



faham ke apa yang yany cuba sampaikan?