hye..

ini blog untuk syok sendiri jerrr...

Wednesday 19 December 2012

Tahniah Sarah Ashiqin :)

assalamualaikum dunia dan isinya~


hari ni bertarikh 19 disember 2012,
tarikh yang sangat bermakna bagi adek yany, kakchik.
tercatatnya kenangan manis dalam hidupnya.
mungkin yang termanis sekali buat masa ni :)


Alhamdulillah...dia berjaya dapat result yang cemerlang
result yang membanggakan seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan nya
mama, ayah, kakak and adek bangga sangat dengan kakchik
kitorang memang tau kakchik boleh!
and yany tau, ape yang menambahkan kegembiraan kakchik is,
dia and besties dia lagi 3 orang tu sama sama dapat result yang cemerlang jugak
ape lagi yang membahagiakan? sama berjuang, sama berjaya
tak sia-sia usaha korang 4 sekawan ni


yany teringat waktu yany and PMR dulu, it was 5 years back
tahun 2007, tahun majoriti teenagers baru nak 'up' kononnya
that time, family yany terkejut dengan khabar salah sorang family member meninggal
atok sedare yany...belah mama...dia meninggal sehari sebelum hari yany amek result


masa tu, kitorang tak rasa semangat pun pasal result yany ni
sume family members yany busy dengan urusan and kenduri arwah
rumah atok sedare yany tu kat Taman Dato Harun, PJ
ade sesape orang PJ jugak kat sini ke?


hari masa result keluar tu, pagi pagi yany di PJ
yany off phone sbb yany taknak orang contact yany tanya pasal yany
yany taknak orang sesakkan yany dengan soalan result berapa semua.
sebab yany tak g amek result lagi kan time tu
plus, yany takmo ade orang spoil yang dah tau result yany and sebok nak canang ke kan


sampai la waktu tengah hari, ade sorang uncle yany,
dia datang rumah arwah atok sedare yany ni, and tanya, yany dah amek result ke?
yany kata tak lagi...petang nanti baru nak balik Rawang and g skola amek
uncle yany tu bagitau cousin yany sorang tu, dah amek result dah...
and dia dapat 7a's...
wow! jantung yany rasa nak jatuh dah time tu. terrornye cousin yany tu!
yany takut yany tak dapat result sebaik itu
yany takut yany akan buat orang tersayang kat sekeliling kecewa dengan yany


petang tu, mama drive balik ke Rawang, cousin yany, kakngah and yoya teman skali
yany tak ingat whether kakchik ikut skali or not, lupa dah :-P
yang yany ingat, yany dah tak rasa ade nyawa dalam badan ni
fly away~
sepanjang perjalanan from PJ to Rawang, yany tak henti-henti selawat
yany tak henti berzikir, yany tak henti berdoa
yany takut yany tak dapat ape yang yany harapkan
takut sampai air mata bergenang. huhuhu


sampai je skola, yany terus tuju ke kantin,
yany nampak cikgu cikgu tengah lepak and sembang sembang
yany sorang je kud student yang tinggal,
semua cikgu pandang je yany dengan muka hairan, pelik sangat yany datang lambat ye. ^^Y
yany nampak cikgu Norlia, guru kelas yany,
yany salam then terus terus tanya dia dengan suara terketar-ketar,
'cikgu.....saya dapat berapa?' masa ni suara yany memang bergetar


guess what? cikgu bole plak tanya balik,
'awak rasa-rasa awak dapat berapa?'
owemji rasa nak pengsan okay, cikgu ni saje je tau...saya nervous ni cekgu!!!
by the time cikgu sengih-sengih and serahkan slip result tu,
yany doa banyak banyak dalam hati, kuatkan semangat,
selak slip, and.........................


'mamaaa.............', yany terus peluk mama
mama peluk yany balik.....
semua cikgu yang lain tanya, 'berapa yany?'
'Alhamdulillah cikgu...8a...'
semua cikgu tersenyum, gembira tengok yany gembira dengan result tu
yany taktau nak rasa ape, kakak kakak sedare yany terus tengok result yany and wish tahniah!


lepas je dapat result, yany terus call ayah,
ayah tengah keje lagi time tu,
ayah angkat je call from yany, yany terus cakap,
'AYAH!!! akak dapat 8A...!!!'
ayah terus cakap, 'tahniah! ayah dah agak dah...' hahaha lawak lah ayah
then lepas tu, call pulak my second mum, maklong
angkat angkat je, maklong : 'haaa kak berapa?'
me : 'maklong cuba teka akak dapat berapa??? *sambil nanges* '
maklong : '7 A??? *nada happy + nervous*'
me : '*sambil nanges lagi* takkk... *nada sedih* '
maklong : 'berapa? 6 A? *still happy*'
me : 'takkk...lebih lagi...'
maklong : 'berapa??? 8A???'
me : 'aar...'


yany dapat dengar suara maklong macam nak lompat happy dengar result yany
dia terus bagitau orang orang kat blakang dia,
sebab time tu kan maklong ade kat PJ lagi,
'KAKAK DAPAT 8 A...!!!'
then dengar suara tokcu jerit, 'atok cu bagi rm50 nanti!'
hohoho happy je, rm50 untuk budak form 3 time tu, banyak k! :D


yany terus on fon, berderet mesej masuk tanya pasal result yany
ada yang dah sent pagi tu tanya yany g skola kul berapa nak amek result,
tapi yany lambat baca kan,
and ade yang tetibe sent tahniah kat yany...
tengok, kalau lah yany on je fon dari pagi, mesti tak surprise dah kan? huhuhu
yany pun reply semua mesej kawan-kawan, wish kat dorang,
and dorang pun wish kat yany :)


malam tu, lepas siap siap from rumah, gerak ke PJ semula
hari tu, semua orang layan yany baik sangat sangat sangat sangat
eventhough semua tengah sedih sebab atok sedare yany meninggal,
tapi dorang still gembira and ceria bila cakap pasal result yany
yany happy, terharu, rasa disayangi sangat sangat
yany bersyukur sangat, dilahirkan dalam family yang penuh dengan kasih sayang :')


yany ingat lagi, slip result tu yany bawak ke PJ,
sebab ade sorang uncle yany ni saje je, dia suruh bawak sebab nak tayang kat semua sedara-mara
hahaha lawak je kan? yany bawak betul betul k. :-P
then mula lah malam tu dorang duk canang bawak slip tu and bahan yany
ade yang cakap betul ke tu slip ori tu?
hahahahahahaha


then malam tu, ramai lah sedara-mara hulur duit kat yany,
sume uncle uncle yany bagi, dapat beberapa helai not hijau pekat tu. hihi ;-)
maklong pulak bagi hadiah kemeja, cantek...renda renda lagi, siap dengan tudung.
ade lagi kemeja tu, yany pakai je g class sampai sekarang,
ye, baju pemberian orang tersayang memang bertahan lama. :-)))


beberapa malam jugak lah yany tido dalam senyuman,
yany macam tak percaya yany bole dapat result macam tu
sebab yany bukan budak pandai pun
eventhough yany class kedua, memang tak dapat masuk class pertama
sebab class pertama rancangan khas, student yang dulunya dapat 5A UPSR,
dalam class kedua tu pun yany biasa dapat top10 je, tak pandai mane
that is why yany terharu sangat sangat Allah makbulkan doa yany
doa mama and ayah yany, doa family yany, doa cikgu cikgu yany.


yany dah rasa semua tu, so yany tau sangat betapa happy nye kakchik dapat result dia
dia dah berjaya buat mama and ayah bangga buat kali kedua, kakchik memang budak pandai
dia dari dulu well trained oleh mama :-)
adek-adek yany memang pandai, tak sama dengan kakak dorang ni. huhuhuhuhu






Congratulations my dearie lil sis!
sebagai mana kakchik dah banggakan mama and ayah,
macam tu jugak kakchik dah banggakan kakak. :')






p/s kakak sedih takde dalam pic tu. huhuhu T.T




Wednesday 12 December 2012

perpisahan itu pasti


pertemuan, kadang kala kita rancang
kadang kala ia terjadi dengan sendiri nya
tapi yang pasti, itu memang rancangan dari Nya


walaupun ada pertemuan yang menyakitkan
tetap ada yang menggembirakan
sama ada sedih atau suka, jadi kan ia pengalaman


sudah ramai Dia temukan aku dengan makhluknya yang lain
berbagai rupa, berbagai cara
ada yang senang akan kehadiranku, ada yang tak ambil tahu


setiap yang aku jumpa, terkesan dalam hidupku
tak kira lah kau siapa pun dihatiku,
rakan atau teman, kau tetap anugerah buatku


setiap pertemuan, pasti ada perpisahan
roh bertemu jasad juga akan berpisah
apa lagi seorang manusia dengan makhluk yang lain


ada yang berpisah sementara
ada yang jauh selamanya
tapi tak semestinya mustahil untuk berjumpa semula


cepat atau lambat, andai itu takdir kita
berpisah bertahun-tahun lamanya
pasti ditemukan jua. dengan izin Nya


kawan, ya kau kawan ku
walau kita sudah tidak semesra selalu
tapi itu tak merubah status mu, sebagai kawan ku


andai ada antara kita saling terlupa
tak salah antara kita untuk mengingatkannya
segala kenangan dan masa bersama


walaupun kau dan aku, tidak setempat lagi
tapi teknologi tidak membatasi
jodoh dan rezeki itu pun pasti.....





-yanie amira 11:01pm 12/12/12






Saturday 1 December 2012

hello December!








it's December!
mari usha Christmas decoration kat malls.
hobi yany setiap hujung tahun tu.





p/s tahun ni Queensbay punya decoration dah cantekkk!!!



Monday 19 November 2012

tgv? errr

hye assalamualaikum
ini cerita jumaat yang lepas.
yany and adek p tengok Istanbul Aku Datang
tapi baru nak buat entry. okay lah ni buat jugak entry.






minggu lepas, kan yany balik rumah kat rawang,
cuti mid sem kan, so balik lah setelah lebih 2 bulan tak jejak kaki kat selangor. -.-
yany balik rawang selasa lepas.
tapi hari jumaat hari tu baru g tengok movie Istanbul Aku Datang ni.
mulanya ingat nak tengok masa hari first movie ni kuar.
konon konon nak g tengok kat QB, dengan roommate yany, fatin,
tapi kitorang takde free time masa siang,
ade pun malam, so takmo g malam, sebab siang bole dapat student price. ngehngehngeh



jadinye, dah balik rawang ni, ajak lah adek yany g tengok
kami tengok kat jusco anggun rawang je.
dekat je pun dengan rumah. tak sampai 15minit bole sampai
ouh memula ajak mama, mama macam nak join tengok,
tapi last last mama takmo pun. uhuuu
jadinye yany bawak lah adek adek pegi tengok movie ni.
buuuttt, perbelanjaan ditanggung sendiri. kehkehkeh



sampai kat jusco, terus g tgv, kat level 2.
sajeee je yany perhati tgv kat sini.
sebab nak compare dengan gsc. ngeee
dah tu, bekas pekerja gsc, ape yang kau harapkan? huhuhu
for me, okay lah cantek gak design kaunter dia, sistem bo launcher dia,
baju pekerja dia kaler merah! huhuhu
tak semenonjol gsc yang kaler kuning terang ittew. heee



tapi nak ngadu ni, awat tgv punye harga mahal hah?
tak kira lah, tiket dia, popcorn dia, sume mahal doh.
tiket dia rm10per adult. kira mahal okay sebab nye yany tengok citer yang dah lebih seminggu keluar.
then yany belikan tiket untuk adek bongsu yany yang kekanak punye, sebab under 12 kan,
harga nye rm9. beza singgit je okay?!
gsc murah lagi. for kids, half price kud. eishhh
bila yany tanya, kalau guna student card dapat murah tak?
ouh minah bo kata takde student price. sebab siang dah murah dah ni.
abes tu, kalau malam berapa ringgit pulak kau letak? aishhh



okay lepas je beli tiket, kitorang pun beratur nak beli popcorn pulak.
tak paham kan. selalu dah makan popcorn lagi nak makan popcorn. heee
p la bahagian concession dia, okay lah tak ramai sangat manusia.
tapi eh, minah concession yang served yany tu, gila sombong weiii
muka dah la nak ketat seketatnye. macam tu ke sambut customer?
yany dulu, asal muka dah plain je, (sebab penat kan) mula lah in charges gsc cakap,
'SMILE...SMILE...customer tuuu'
tapi budak ni tak ditrain ke hape untuk bermanis muka dengan customer?
dah tu kalau muka kau tu lawa takpe lagi, suka gak nengok muka orang lawa
ni tak lawa, bila tak senyum tu rasa ringan je mulut nak sound (amboi macam gawang sangat)



then lepas yany order nak beli ape,
time dia tengah kaut popcorn tu, yany saje je tanya,
'miss, kat sini sejam berapa ringgit?'
dia bole dengan bingai nye jawab 'sejam berapa ape?'
yany pun jawab balik, 'gaji kat concession ni...'
minah tu dengan kerek nye menjawab, 'tak tentu *sambil buat muka nyampah nak layan*'
yany perhatiii je, rasa dah kecik tengok cara minah ni.,then just jawab 'ooo...' kat dia.
tetiba dia tambah lagi, 'tapi selalunye 4ringgit.'
olorhhh cara kau eksyen ngan aku tadi macamkan gaji kau banyak sangat lah
ingat kan paling paling pun 6,7 inggit ke, rupanya 4 je?
wadehel yany ingat kan gsc kedekut gilo gaji rm4.30 je. rupanya tgv lagi lah!!!



sian okayy. kalau concession rm4, bo ngan steward tu berapa lah agaknye???
sebab concession lagi penat, so mesti gaji mahal sikit dari bo and steward.
tapi macam tak patut je gaji tgv murah camtu.
dah lah tiket dorang lagi mahal, then makanan dorang pun lagi mahal ape.
gsc punye popcorn combo set lagi murah. and makanan lain pun murah la seposen dua daripada tgv tu
but kenapa gaji tgv kurang daripada gsc?
patutnye tgv bagi gaji rm4.5 ke or rm5 ke sebab dorang banyak untung. huhuhu
dah la popcorn tgv kurang sedap daripada gsc. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu (amboi panjangnye)



time nak bayar popcorn tu kan, adek yany cakap kat yany,
tujukan kat pompuan keje jual popcorn tu
perlahan tapi orang sebelah still bole dengar lah,
'sombong nyeeeeeeee' *dengan muka mendatar yang membengangkan. haha*
yany rasa nak je cakap kuat kuat, 'wei baru keje wayang dah kerek kerek ke.'
tapi macam tak sopan lak kan. eh memang tak sopan pun act.
and tak padan dengan rupa ai yang macam manje manje ni. *puiii*
tapi betul lah, kalau lah yany ni mystery customer dia, camne??? haaaaaa



patutnye yany nasihatkan dia lah, sebab dulu yany pena dapat mystery customer tau.
customer tu bagi berapa percent je kat yany.
sebab salah yany ape tau,
yany just wish dia, 'hye sir/miss, welcome...' sambil senyum
tapi tak wish dia, 'hye sir/miss, welcome to gsc...........'
over kan? cerewet kan gsc?




p/s tak jadi nak try keje kat tgv cuti nanti. bwekkk



ouh ye, entry Istanbul Aku Datang malas nak buat, sila pegi tengok sendiri.
or search kat radiogempak jew. muahahahahaha

Monday 12 November 2012

Ole Ole dari Sedim


kejadian ini berlaku pagi semalam.






kesian tak tengok kita camni?
cian kan............... T.T
actually kalau biar camtu tak sakit pun, cuma ngilu2 je,
tapi kalau sentuh, mau menjerit aku.
especially bila lupa time mandi,
perghhhhh nanges time tu gak! huhuhuhuhu


biasa la, saye kan manjeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :P



nak tau sebab ape? nanti story lagi. ;)



Monday 22 October 2012

Auni Qaisara kena gemuk lagi!









oni cala dah pakai baju yang maklong belikan dulu...
maklong happy sangat...
tapi baju ni besar lagi la...awak kena makan nasik la oni cala...
baru la muat baju ni...huhuhu
windunye maklong kat awakkk T______T





Tuesday 16 October 2012

social sites

salam, hye :)

sume orang ade social networking site dorang sendiri kan?
tipu lah kalau takde fb ke. sebab sekarang ni sume benda nak hebah kat fb
sampai juling lah bijik mata nak bukak sume post kat group tu. huhu
buat masa sekarang, yany takde lah join banyak sangat sites.
yang bese bese je, fb twitter blog youtube tumblr, ha tu je.
eh ade lagi, skype la, instagram, foursquare
oh ye, myspace. dah berkurun k myspace tu. kihkihkih



tumblr tu untuk ape?
hahaha on on terus tanya soklan tu kat diri sendiri.
eh betul lah, tumblr tu untuk ape?
yany selalu tengok orang mesti post pic pic yang cecantek kat dalam tu
memang kena camtu eh? huhu sorry noob giler ni.
yany pun ada lah buat tumblr. saje gatay tangan.
tapi alih alih tak reti nak guna cemane.
dia macam blog gak eh?
tapi takde tulis tulis cam blogger ni kan?
yany tengok adek yany punye tumblr, aktif la gak daripada yany ni.
yany ade berapa post je pun.
yelah, kita takde gambar yang cantek unik menarik nak letak dalam tu huhu



yany memang camni, suka la buat account tah pape
pastu tak reti guna. macam blogger ni gak.
mula mula saje je. nak rasa cemane orang yang asek tulis blog kan
maybe bukan jiwa yany kud nak tulis tulis ni
yany update pun jarang jarang kan
sebab yany jenis ade masalah, luah secara lisan, bukan penulisan. aicehhh
cuma nye ade masa ketika (ayattttt) je kalau yany malu nak cerita kat orang,
yany tulis dalam blog ni.
tapi kalau tumblr tu, nak luah perasaan guna pic je eh?
alaaa, yany mane la reti. letak pic One Direction reti lah. haha!
takpe lah, kita slow slow belajar ye. hahaha



yany tengok rumate yany, rajin ber-tumblr
dia selalu bukak tumblr, and dia pun aktif ber-tumblr
kat link twitter dia pun ade link tumblr je.
yany tak lah. yany letak link blog ni je.
tu pun bukan lah ramai nak baca blog ni. selamat. hahaha!
yany pun tak paham kenapa yany nak buat account account ni sume.
saje je tengok ikon kat lappy ni, try gak lah sign in. hehe
sekali ni dah taktau nak buat ape dengan account ni sume.



cam youtube kan, yany bukannye ade video sendiri pun dalam tu
ade orang nak add contact kat situ pun yany takmo accept
yany guna account tu untuk like like video yang yany suka je
pastu komen gak lah kat certain video yang yany rasa nak komen
pastu guna account tu untuk support video yang kawan kawan buat
pastu duk like video One Direction hahahah
itu jelah pun yang yany reti heee



kalau twitter lak kan, pun sama,
dulu yany buat pun sebab alaaa saje, kalau ade fb nak ade twitter kan,
so sign in lah. tapi mengagau taktau pe benda. huhu
yany start tweet tweet pun time dah beli fon Live ni.
sebab senang kan, ade apps dia sendiri.
sejak tu lah baru tweet hari hari. banyak mengarut dalam tu
pastu dah la tak folo orang.
orang duk folo yany tapi yany taktau pape. hahah



lepas yany jumpa twitter kawan kawan usm, baru lah yany folo sorang-sorang
then baru interact dengan orang dalam tu
kalau tak, buat bodo je cam orang bodo kat twitter tu
lepas tu, baru lah reti nak retweet tweet orang.
kalau tak, duk rimas sensorang sebab adek yany suka sangat men retweet nih
tapi nasib baik benda yang okay lah dia duk retweet



kalau fb tu, yany rasa tu yang paling aktif lah buat masa sekarang
sebab ape ape pun perlukan fb kan
nak buat assignment pun contact kat fb je ngan kawan kawan
nak hebah pasal meeting ke class cancel ke, sume nye kat fb
sampai kalau sehari tak bukak fb, memang taktau citer ape dah. haha
tu yang bukak bukak fb, berlambak gilaaa noti
semuanye dari group. pening pening



kalau skype lak kan, yany banyak guna untuk skype dengan MB je.
ngan orang lain jarang lah
ade la sekali dua ngan family yany...
tu pun dah lama tak skype ngan dorang
sebab call je senang. nak cakap kat skype tu bukan clear pun. huhuhu
kalau dengan MB pun, skype tapi tengok muka je. tak cakap paep pun.
men mesej mesej je.
tah pape kan. hahahaha. eh dah lama kud tak skype ngan dia. hermmm



pastu, foursquare. hahahaha yany suka okeh main check in check in ni
suka gila buat tempat tipu tipu, pastu check in tiap tiap hari
pastu jadi mayor. hahah!
sampai kalau ade orang lain rampas mayor yany, rasa nak rebut balik! heee
best la tengok point check in kita tu bertambah setiap hari
tapi esoknye dia jadi sikit balik.
nak suruh kita asek men check in lah tu. huuu



pastu kalau yany ade pic baru je, mesti nak upload kat instagram
mostly pic makanan lah. haha kesian.
instgram tu gamaknye memang ditakdirkan untuk makanan lah
ramai orang mesti nak post pic makanan je dalam tu.
termasuklah yany. huhuhuhu
eh tapi yany ade jugak upload pic lain. takdelah sume nye makanan
nampak sangat kang aku ni kuat makan lak. hihi



kekadang yany ade je rasa nak deactiv kan benda benda ni sume
tapi pikir pikir balik, fb tu susah la kalau deactiv
dah la yany ni suka buat hal sendiri je
kang tak bukak fb, memang jadi cam orang gua la
taktau perkembangan langsung
jadi, hadap jelah fb tu hari hari kennn. hihihi
mungkin nanti dah tua tua sikit baru lah bole lupakan social sites ni. haha!



tumblr yany tak best pun. takyah cari. haha~





yang mane satu awak ade?
yany ade 13 je antara tu
tapi ade yang takde simbol dalam ni gak. huhu



Tuesday 9 October 2012

Monday 8 October 2012

Same Mistakes by One Direction


circles, we're going in circles,
dizzy's all it makes us,
we know where it takes us,
we've been before

closer, maybe looking closer,
there's more to discover,
find out what went wrong,
without blaming each other

think that we got more time
when we're falling behind
gotta make up our mind

or else, we'll play, play, play all the same old games
and we wait, wait, wait for the end to change
and we take, take, take it for granted that we'll be the same
but we're making all the same mistakes

wake up, we both need to wake up
maybe if we face up to this
we can make it through this

closer, maybe we'll be closer
stronger than we were before, yeah,
make this something more yeah,

think that we got more time,
when we're falling behind
gotta make up our mind

or else we'll play, play, play all the same old games
and we wait, wait, wait for the end to change
and we take, take, take it for granted that we'll be the same
but we're making all the same mistakes

yeah, yeah, that's what crazy is
when it's broken, you say there's nothing to fix
and you pray, pray, pray
that everything will be okay
while you're making all the same mistakes

don't look back,
but if we don't look back,
we're only learning then,
how to make all the same mistakes again












somehow, lagu ni bole me-motivate-kan orang jugak.
jangan nak pikior 1D tu, ni je :










okay, tata! :)



Thursday 4 October 2012

yany ni dah berpunya ke?

assalamualaikum~ jawab laaa..... :)


baca tajuk, cam malu malu sikit. tersipu sipu sensorang. tah pape. :P



ini bukan kes nak perasan ke ape, tapi kalau nak perasan pun bole lah. hehe
lately ni, ramai laaaaa duk tanya yany ni dah ade ehem ehem ke, hahaha

sikit sikit jumpa sedare, 'kamu ni dah ade boifren ke belum yanie?'

kang jumpa kawan mama, 'anak kakmai ni dah de kawan ke?'

tak pun, kakak kakak senior yang tak rapat ade gak tanya, 'yany dah ade boy ke belum?'

hari tu lagi, g open house jiran, salam salam la acik tuan rumah tu,
bole siap puji, *ini tak tipu tau!* 'comelnyeee...dah ade yang punya belum ni?'

hok hok hok. malu malu saye kat situ gak. rasanye muka pink sama kaler ngan baju time tu.
tapi saye senyum sipu sipu jelah. tak jawab pun soklan tu. segan hoih!
yany citer kat mama, ma kata cakap je tak berpunya lagi...
sebab kalau berpunya mesti yany dah kawen. hehe!
tapi mama lagi jahat, siap suruh cakap,

'saye tak berpunya lagi cik...takde orang pun nak kat saye ni...bukan lawo pun.' 

over tau mama. ingat anak dia tak laku ke ha?
hello tengok mak nye lah. hahahahaha!

tapi kan, rasa cam dah tua okay bila orang duk tanya tanya soklan tu.
macam la 'umur kau dah banyak yany...kang tak kawen kau kang...' camtu.
padahal, i baru je 20 tahun okay! bunga baru nak mekar. lambat lagi nak layu. eh.

tetibe rasa, nape la dorang dorang ni sibuk tanya ha?
nak jodohkan yany ngan anak anak dorang ke? *perasan*
kalau hensem takpelah jugak. kalau tak hensem buat pe. mane padan dengan saye. *perasan lagi*
kadang kadang sampai nyampah nak jawab. sebab nak jawab ape???
takkan lah yany nak jawab, 'aar...saye dah berpunya dah...' kat makcik makcik tu?
kang macam gatal bebenor je ghopenye.
so, lebih baik diam dan senyummm je.


ade gak, time keje dorang tanya tanya, yang takleh blah, customer pun ade tanya.
*cea ni bajet hot sangat lah ni!*

'you dah ade boyfriend ke belum?'

kalau time tak rimas, yany jawab 'saye dah tunang. tunang saye hensem sangat*tipu je. aku tak cakap pun yang ni*.'
tapi kalau dah rimas sangat, jawab je... 'saye dah kawen la. anak tiga dah.'
pastu nanti dorang gelak je. nape tak caye la tu. -____-



ade sekali tu, yany nak beli tiket bus,
bole lak dia tanya yany, 'sula ada boyfriend ka?'
yany pelik la, jawab jelah ade.
kang dia reply, 'kalau belum ada saya mau jadi boyfriend you.' cina tu dalam 20++ la.
yany pun jawab, 'takmau lah, buat ape sama you. tak hensem. saya sayang bf saya. lagi pun dia banyak hensem.' motif kau nak bagitau bf kau hensem? haha!
tapi dia bole jawab balik, 'kalau dengan saya, bole dapat tiket bus free...'
yany jawab, 'kalau takat jadi gf dapat tiket bus free buat ape. sikit tak kisah.' *sambil cebik mulut buat muka angkuh gila* gila menyampah cina tu ngan customer macam aku. haha.
yelah, ingat aku ape? taknak aku ngan kau. dah la kapir. hahahaha!



oh hari tu pun ade, orang sampaikan, ade orang nak kenal kenal ngan yany lah konon nye,
yany kata la, tak bole, yany ni tunangan orang.
terus dorang kecoh sebab ingat yany betul betul dah bertunang. ah lantak lah kan. heee
yany rasa okay je kalau orang ingat yany ni dah bertunang,
rasa selamat. hahaha
tapi tulah, bila cakap dah tunang, dorang sibuk carik cincin kat jari ni.
padahal takde pun cincin nye. huhuhu


k lepas ni kan, kalau ade orang tua tua tanya lagi, tadah jelah telinga and senyum. huuu



Sunday 23 September 2012

petua kecantikan pelik

assalamualaikum! selamat hari ahad! *lambailambai*



wahhh excited kemain di tengah hari ahad ni tah kenapa ntah.
this time, yany nak tulis pasal petua pelik yang yany amalkan.
ade yang dah lama yany amalkan, ade yang baru je lagi.
tapi yang pastinye, semua petua ni berkaitan dengan kecantikan
ceee nak cantik aje. tapi cantik ke ko? huhuhu



maybe ade je petua petua yang yany nak share ni orang lain dah tau
tapi of coz ade jugak yang taktau
so buat yang dah tau, baca baca sepintas lalu jela ye
yang taktau tu, nak tau ke?
lepas dah tau, nak amalkan jugak bole. taknak sudah! hehe



okay mari kita start,

Pertama : Rambut kerinting

pasal rambut kerinting ni, bagi yang rambut dia memang kerinting jela yek.
yang mane rambut lurus macam teknik rebonding tu, tak leh a join. huhu!
sebab ramai je rambut kerinting tapi kerinting manje je.
macam nak kerinting ke nak lurus ke. ha camtu lah.
so kalau nak biar je kerinting betul betul over, sila lah jangan sikat rambut
ye.....JANGAN SIKAT RAMBUT.
lepas je cuci rambut, jangan lap kasar kasar, jangan sikat rambut tu,
just perah rambut basah tu, balutkan dengan tuala,
then biar sampai takde air menitik, baru bukak tuala,
biar sampai rambut kering sendiri.
pastu dah. jangan sikat lagi dah. okay?
yany dah amalkan cara ni lebih dari setahun.
memang rambut kenteng gilerrr a. *over*



Kedua : Rambut sentiasa wangi

yang ni, erm...baru je belajar dari blog Hamis Jalikha. hahaha!
dia lah yang bagitau, kalau nak rambut sentiasa wangi je, try petua ni,
before nak tido tu kan, sila lah tabur bedak talkum atas bantal yang kita guna untuk kepala
alaaa tabur je macam ranjis renjis tu,
kalau yany, yany guna bedak johnson baby tu. tabur tabur, rata kan sikit, then baring lah
memula rasa cam pelik nanti rambut tak putih putih ke kan...
tapi Alhamdulillah...takde pun...bangun pagi lembut je la rambut.
bole rasa la ade habuk habuk sikit kat rambut. tapi tak nampak pun putih ke hape.
then rambut pun wangiii... je. bau baby... hikhikhik
ha...bagi yang rambut dia berminyak tu sangat bagus petua ni.
sebab bedak tu cam keringkan rambut la. takde la berminyak dah rambut tu. huhu



Ketiga : Panjangkan bulu mata

hahahahahah ini...yany terbaca kat web pasal petua petua.
ini senang lah...tapi alamak, malam tadi yany lupa nak buat. ish.
sebelum tido kan, sapu vaseline kat bulu mata.
heheh lawak kan? tapi betul...jadi...
bulu mata yany kan cam pendek gak lah. tapi sebab nak nampak kan dia panjang,
malas nak pakai mascara. sebab comot kan.
so, amek la vaseline, sapu kat bulu mata atas and bawah, tiap tiap malam.
insyaAllah...bulu mata panjang gak lah sikit daripada takde. hehe!
tapi dia panjang setakat yang bole jelah.
takde lah tumbuh memanjang macam rambut kita. scary nye. heee



Keempat : Kecutkan jerawat dengan pantas

erm, petua yang ni takde lah pelik pun,
tapi orang lain guna cara yang selalu kita dengar or baca.
yang ni, pengalaman yany sendiri. selalu je buat ni.
tau tak papaya soap? masti lah tau kan...
berlambak lambak jual kat pasaran. murah je sume. tak sampai pun seploh hengget
so, bole lah beli 1. tu pun bole potong kecik kecik. dapat banyak. *dasarkedekut*
time ade jerawat kan, tak kira besar ke kecik ke jerawat tu,
cuci muka guna air, then tenyeh papaya soap yang dah potong kecik kecik tu
tenyeh tenyeh pelannn je. tapi continuos. sampai macam jerawat tu dah luka
kalau jerawat besar tengah masak tu, lagi senang nak luka
akan rasa pedih la. tapi tahan jelah. then baru lah cuci cam bese, apply toner .
nanti bole nampak beberapa jam lepas tu, kulit sekitar jerawat tu kecut.
kejap je tu, 2,3 hari dah hilang jerawat and parut nye sekali. :)



Kelima : Merahkan bibir

hermmmmm yang ini yany jarang lah buat. sebab tu bibir lebam kan. sobs T.T
malas sebenarnye nak buat ni...sebab mengganggu rasa dia.
camne cara nak merahkan bibir? sapu ubat gigi.
ye...before mandi tu sapu ubat gigi kat bibir. buat cam sapu lipbalm.
then biar at least 3 minit. nak tunggu 3 minit tu pun malas tau.
pastu baru lah bilas, mandi cam biasa.
buat lah tiap tiap kali before nak mandi.
insyaAllah merahlah bibir anda tu ye.
tapi lepas apply ni, bibir rasa panas sikit lah. sebab ubat gigi kan berangin.
pastu bibir cam membengkak sikit. lepas dah sejam dua lepas apply tu, baru lah okay.
yany just nampak kesan sekejap je. sebab tak amalkan continuously kan. huuu





okay lah, tu je yang yany terfikir setakat ni.
sebab tu je yang yany selalu buat. walaupun ade yang tak selalu. hehe
kalau petua yang lain tu, banyak lah bole search kat web.
kalau pasal kecantikan, lagi lah banyakkk.
sila search sendiri. then bole lah share share ngan orang tersayang. eceh!

babaiii *lambailambailagi*




Friday 21 September 2012

maklong lindu Oni Cala

assalamualaikum :)

selamat hari jumaat.

cepat betul masa berlalu. kan?



gedek gedek gedek, dah dekat 2 minggu yany balik Penang ni.
dah 2 minggu yany tak jumpa Auni Qaisara. sape tu?
ade entry pasal dia yany buat dulu.
anak saudara yany yang busuk. hahahahahaha
takde lah, dia kan baby, selalu muak.
sebab tu yany kata busuk. bau muntah. eiyeekk!



walaupun begitu, kitorang sume sayang dia.
umur dia dah 3 bulan lebih dah...
cepat betul masa berlalu kan? eh macam ulang ayat atas tadi. -___-
yany ingat lagi masa yany final exam ari tu, dia baru je lahir.
first time yany jumpa dia, kuruuuuus je. keding je tangan dia.
but now, debab dah...kuat dah dia...tak lembik pun.
dah 3 bulan dah dia. lepas ni yany balik rumah, dah makin membesar budak tu kan. :')





time baru je lahir dulu.






nantok ke oni calaaa






tengah mimpi ape la tu~






garangnye muka diaaa






duck face. hahaha!






muka pemalas dia.






'like a boss' kata bapak dia.






masa ni, belum cukup 2 bulan. dah berjalan ke mall. tsk tsk tsk






oni cala ber-hali layeee






hidung. -______-






alololo. eh baby seat tu makngah itin dia punye duluuu.






mesti ni tengah cimbang cimbang (sembang sembang) ngan tok mama kan?






ahahahah dah botak! XD






ololooo...
ni pic semalam. ibu dia upload kat fb.
 cian oni cala  demam. 


get well soon tayang tayang (sayang sayang) maklonggg~




























oni calaaa..........
maklong lindu oni cala.
kalau tak selalu pagi pagi je da dengar suara oni cala bicing bicing
maklong nak g keje ngan maklang je mesti mengadap awak dulu.
balik keje je cimbang cimbang dengan awak.
asek la kena muntah awak tu. -_______-
abes baju kitorang selalu kena muak awak. ish ish ish.
dokong kan awak time nak minum susu botol.
tengok maklang salin pampers beyak bucuk awak.
mandi bugil bugil. hahahah
lindu aaaaa. 



:'(






p/s memang oni cala baca blog maklong gojes dia ni kan. durrr whatevs. hahah!


Saturday 15 September 2012

lagu tema GSC Setia City Mall :P







Untuk Dia- Sleeq ft Najwa Latif



heee, yany and kak yoya yang bagi lagu ni sebagai tema GSC SCM.
actually, takde la lagu tema,
tapi disebabkan, masa kitorang keje kat Setia City Mall ari tu,
budak budak wayang nye suka sangat pasang lagu ni.
baik kat concession, atau budak budak steward.
oh bahagian BO x sure pulak. sebab kitorang tak close dengan budak BO sangat. huhu



sungguh tak paham.
maybe sebab lagu ni sangat catchy and happening kan?
yany pun suka lagu ni. dari sem 2 ari tu lagi.
cumanye bila dah datang SCM, budak sini lagi meng-catalyst-kan minat pada lagu ni.
sampaikan, kalau kitorang kat rumah ke, cuti ke,
and even now yang dah berhenti keje pun,
kalau terdengar kat dalam kete, mesti nyanyi sekali, and teringat :)



yany kalau terdengar lagu ni, lagi lagi tang 
'kuatkan radio, kuatkan radio andaaa~' tu,
yany dah start menyengih. sebab teringat gelagat budak budak gsc
pasang lagu macam nak bagi semorang dengar.
sambil buat keje sambil nyanyi,
 UNTUK DIA, HEYYY!





p/s teringat harini dah sebulan yany berhenti keje wayang :')



Friday 14 September 2012

kad siswa 1 Malaysia?

assalamualaikum :)

pagi pagi lagi yany dah bangun tau. semata mata sebab ape?
sebab harini pelancaran kad siswa 1 Malaysia kat USM ni.
but still, bukannye bangun awal sebab nak g pelancaran tu pun.
actually, terbangun awal. kihkih
sebabnye ingatkan pagi jumaat ni ade class.
boleh la pulak lupa yang class untuk harini dah diganti dah hari ape ntah ari tu. *sigh*



oh ye, bercakap (actually menulis) pasal kad siswa 1 Malaysia ni,
teringat lah situasi siang tadi.
yany and kawan kawan dah janji lah, nak gerak dari hostel kitorang lambat sikit
kunun kunun takmo p awal. nanti bersesak sesak dengan ramai orang kennn.
so kitorang pun gerak dalam 10 setengah camtu,
ngam ngam lah sampai kat dewan tempat amek kad tu dalam kul 11 camtu,
tapi alahaiiiii rupanye pelancaran belum mula pun lagi! -_______-



kitorang decided untuk masuk dalam dewan tu and dengar taklimat penyerahan tu
euwww gila baik okay kitorang ni.
padahal ramai gila student lain tunggu kat luar je. tak masuk dewan pun.
tapi teringat pakcik yang urus urus kan program ni,
cakap kat kitorang time kitorang teragak agak nak masuk dewan tu,
'masuk, masuk masuk, dengar taklimat ni lagi bagus...'
hahaha bagus apenye pun taktau. dapat kad nye lambat jugak. -.-'



hem, abes je pelancaran tu, kitorang cecepat keluar dari dewan.
sebab takut dah ramai kat luar menunggu giliran kan.
sekali amek kau. gilaaa ramai student tengah beratur (beratur ke?) kat depan kaunter penyerahan tu.
sesak sangat! kitorang nak beratur pun tak sanggup.
yany dapat bayangkan betapa berlengasnye time beratur tu.
sebab lalu celah celah manusia manusia tu sekejap je pun, dah sesak napas!



kitorang pun berfikir, mungkin waktu solat jumaat nanti manusia takdelah seramai ini
jadi kitorang pun belah kejap, membuang masa.
p toilet, p try try tudung kat booth yang dibuka depan library
siap p Anjung Semarak makan dulu okay.
ouh btw Anjung Semarak tu nama restoran (cee restoran ke ha?) kat USM.
lepas makan kitorang datang kat tempat penyerahan kad tu.
erghhh kuantiti manusia tak berubah pun daripada sebelumnye?!!!



takpelah, yany yang penyabar ni, (sabar ke?) tunggu lah sampai dah naik boring menunggu
baru lah p selit selit jugak celah manusia ni semua untuk join jugak tunggu giliran
ade lah dalam 1 jam lebih, 1 jam lebih okay!!! ini serious.
sebab yany start beratur time dak laki dah gerak p jumaat.
by the time yany hampir sampai ke meja kaunter, dah pukul 2 setengah!!!
gilo la student ni semua. sanggup tunggu berejam. heh.



ouh sesampai nye giliran yany, actually takde giliran pun,
sape cerdik sangat huluq kad matrik dulu, dia lah yang dapat kad siswa tu dulu.
tension okay. kita yang beratur kemain kat depan kaunter ni,
abes dah berpeluh peluh badan. ketiak jangan cakap aaa.
dengan macam macam bau dari alam sekeliling. erghhh
tapi dorang dorang yang selamba badak je datang dari belakang kaunter
menyelit jugak. ewahhh. rasa nak cubit sideburn dorang tau tak. gggrrr



ha sambung, sampai turn yany, cecepat bagi kad matrik kat acik yang jaga tu.
acik tu pun alahaiiiii lemah lembut betul!
cari kad yany yang sekeping tu pun teragak agak.
padahal kat kotak yang berisi banyak banyak kad tu dah tanda dah range matrik number kitorang.
ape laaa masalahnye kan. tengok lah kat range tu dulu, baru lah carik kad nye. *sigh*
ade la dekat 5 minit just nak mencari kad yany.
patutlah dah berejam orang ramai tapi tak surut surut.



pompuan ni banyak tul membebel nye kan?
padahal nak bagi dia benda berfaedah ni.
tapi merungut pulak. haish. bersyukur lah patutnye. :P
but Alhamdulillah...berkat kesabaran ku menunggu,
dapat lah jugak kad siswa 1 Malaysia tu sampai ke tanganku!
yeahhhhhh






so lepas ni, nak beli barang barang keperluan kan,
bole lah ke mydin Bukit Jambul. ngeh ngeh. kan ade discounttttt.
pastu, bole lah pulun kfc kat Sg Dua kan?
dapat lah discount 30% kan? eh betul ke ni? ke salah?
takpelah janji discount kan. :P
tapi takleh la nak makan selalu. bangkrup gwe nanti. huuu
lagipun, kata nak diet kan yany? *angkat kening*











ouh nak tau ape lagi keuntungan kad ini, sila layari :








tak kuasa yany nak salin ape yang ade dalam tu. ngeee

bai.



Monday 10 September 2012

back?

assalamualaikum, :)



hari ni bermula kehidupan yany sebagai pelajar tahun dua kat USM.
erm dah lebih setahun yany bergelar mahasiswa (ecewah!)
rasa cam tak percaya masa berlalu sangat lah cepat.
tahun lepas, seminggu lepas raya family hantar yany daftar kat sini.
alih alih sekarang dah 3 minggu dah raya untuk tahun ni.



yany ade lah jugak rasa cam tak percaya yang yany dah jadi akak 'senior'
euwww nak taip ni pun macam geli geli sikit.
hello rupa langsung tak macam senior. akak kunun. erghhh
tak dapat bayangkan junior junior nak panggil, 'kak yany kak yany'
ehhh tetibe rasa dah tua. me is sad.



semalam, yany balik ke USM naik bus je.
parents takdelah nak hantar, jauh doeee.
dorang takat boleh hantarkan sampai terminal kat Klang Sentral je semalam.
dari sana, naik lah bus, sampai lah terminal Sg Nibong.
nasib baik ade Dini temankan. ade member :)



oh ye, yany dapat bilik yang sama jugak macam sidang lepas.
tapi sedih la, dapat bilik lama, tapi roommate lama dah takde. :'(
rasa cam terbayang bayang lagi time time dengan kak zaty dulu. :'(
sekarang ni, dah takde kak zaty dah kat bilik ni.
kosong je katil dia, almari dia, meja dia, huuu



ingat lagi masa yany first time masuk bilik ni,
dah penuh dengan barang barang, tempat yany je yang kosong lagi.
area kak zaty penuh barang dia.
but now, tempat dia dah takde barang barang dah.
tinggal lah yany sensorang. :'(



yany sepatutnye ade roommate tau.
sebab semalam yany g amek kunci kat office,
yany check nama and num bilik, then cari orang yang num bilik sama dengan yany jugak,
ade, nama nye ape ntah. budak second year jugak. sebab umurnye sama yany.
tapiii, sampai sekarang takde pun dia datang? :(



ouh ye, semalam, lepas kemas kemas bilik, and p makan dengan dini,
kitorang g salon kat Sg Dua, yany nak potong rambut.
memang dah berbulan yany nak potong rambut ni.
sebab tang hujung hujung banyak yang dah rosak.
memang lah sayang, tapi kalau dah rosak buat pe kan. huuu



nak tengok tak rambut yany lepas potong semalam?
jap ye..........





macam pelik je kan tengok yany staright kan rambut?
dini pun cakap, dah lama tak tengok rambut yany straight camni.
sebab lepas yany potong rambut time form 5 tu,
rambut terus jadi kenteng kenteng. dah tak lurus cam dulu.
and rasa pelik sangat bila ade fringe kat depan. hoho



tapi by the time balik bilik, dah rasa rimas dengan rambut ni. haha!
terus sepit rambut depan, and ikat siput rambut blakang. hehe
oh tapi, sedih sangat bila ikat siput, dapat 2 kali gulung je.
kalau tak before potong, dapat 3 kali gulung tau! huhuhuhu T.T
tapi pikir balik  takpelah, boleh tumbuh balik kan. :)



ouh ye, harini yany ade class 1 je. tapi awal pagi.
dah pulak pagi tadi terlambat bangun.
kan class kul 8, patutnye dah gerak kul 7.30.
tapi yany terbangun 7.15..memang tak sempat lah.
last last sampai lect hall kul 8.10 tadi. haish.



lepas je abes class pagi tadi, yany and kawan kawan p pusat ko-k.
kitorang dah apply ko-k couse untuk sem ni masa sem lepas.
tapi takde rezeki. maybe dah full kud untuk application kitorang.
so jadinye kena lah buat rayuan. tapi rayuan tak bukak lagi,
jadinye, kitorang kena datang nextweek pulak lah. :)



ishhh. macam bosan gila je cerita yany ni.
memang tengah bosan pun. sekarang ni taktau ape nak buat.
dah la roommate takde. takde orang nak bersembang.
dah tu keje pun takde lagi.
nak makan, takde makanan dalam bilik ni. haishhhh!



nak online pun dah bosan.
bukak je fb. benda yang sama jugak dalam tu.
nak revise course untuk sem ni, mane de buku.
lagipun cam takde mood je. (alah kau semedang study takde mood.)
so ape nak buat ni?????











p/s rindu waktu cuti dulu, ade je benda nak buat. :')




Sunday 19 August 2012

salam aidilfitri 1433H

assalamualaikum,
entry ni di schedule kan date nye ke belakang
sebabnye, exact time waktu nak update entry ni,
saye sedang sibuk berhari raya.
maklum lah orang busy sangat. retis kannn. *pui*






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


maaf zahir batin ye...
yany tau banyak la dosa sana sini kan,
belum kira dosa kat ibu bapa lagi,
pada sesape yang baca entry ni, (sape je yang baca hah???)
yany minta ampun banyak banyak.


memang yany tak mampu nak puaskan hati orang lain,
tapi yany cuba sedaya mampu k.
yang mane terkurang tu mintak maafff sangat sangat noh.
kud kud dalam ni yany kutuk anda ke, 
tapi kalau anda tak buat pasal ngan yany,
takde pasal lak yany nak kutuk kan?


k pape jelah, yang pasti maaf dipinta dari anda semua.
anda anda yang rasa rasa ade buat salah kat yany tu,
insyaAllah, yany dah maafkan dah pun. hihi.
mane yang yany bersalah tu, kalau berulang lagi,
kumpul nextyear pulak eh?
kalau umur panjang. hehe!


tapi yany rasa tak kud, sebab yany kan baik. huhu! :P



Tuesday 14 August 2012

taktau ku taktauuu

hye, assalamualaikum
lama nyeee yany tak update blog ni kan?
yany busy la...
sampai tade masa nak citer mende kat sini.
lagi pun, memang takde citer yang best pun nak update kat blog.
*macamlahselamaniciterkausumebest2* puiii.


eh harini dah masuk berapa hari kita puasa?
jap, kira dulu, ade lah dalam 25 hari dah kan?
nanti raya 19 haribulan kan?
ke 20? tapi kat kalendar start 19 kan?
erkkk tak kisah lah start raya bile.
tapi kasut raya tak beli lagi niiiiiiiiiiiiiiii. T.T


sebenarnye, yany sendiri taktau nak beli kasut raya yang cemane.
ade je round round Setia City Mall tu usha usha kasut.
dah tuuu, keje kat mall... ape yang kau harapkan?
haruslah berjalan jalan je kan time dah abes keje. :P
walaupun berderet deret kedai kasut yany masuk,
stilll takde yang menusuk kalbu lah. -_______-


yany tengah dilemma,
nak beli kasut heels ke, palm shoes ke, slipper yang ladies ladies je?
sebab memang taktau ni.
dah tengok banyak fesyen kasut still rasa minat tu tak datang pun.
tension tau. takkan raya takde kasut baru?
dah lah kat rumah ni yany miskin kasut.
sume kasut yany tinggal kat USM. T.T


yany ade terfikir, nak beli heels.
tapiii, nanti jawabnye kasut tu bersemadi dalam kotak jela pas raya t.
takde der yany nak pakai heels time lain.
time raya jela pun yang nak menggedik terlebih nye.
walaupun selama ni memang sedia gedik. *jeling*
tapi yela kan, pakai glamour glamour dipagi raya,
haruslah dengan heels kan? baru lah hover. *.*






hermmm. cam hover kan kasut kasut diatas?
ade nampak kebarangkalian tak yany akan pakai lepas raya t?
macam tak je kan?
sebab tu aaa taktau nak beli jenis jenis camni ke tak.
tahun lepas pun yany pakai heels 6 inci yang tahun before tu punya.
sebab heels tu memang yany tak pakai time lain. T.T





then ade jugak terfikir,
kalau yany beli palm shoes je, konfom berbaloi.
sebab last last kasut tu akan jadi kasut g class yany kan.
maklum lah yany yang gedik ni, 1 minggu takmo ulang kasut yang sama.
dasarrr.
tapi bila fikir balik, tak glamour nye pakai baju cecantek dipagi raya,
tetibe kasut flat jeee? oh dilemma.






omaigod tengok flats atas ni?
sume comel kan? kan? kan? 
geyammm je ite engok tau.
banyak je yany jumpa flats camni,
tapi tula, tak terasa nak beli pong. tak paham. T.T





then bila terfikir pasal slipper ladies ladies, cam best gak kan?
hello, bukannye slipper yang SLIPPER tu okay,
i mean kasut yang open la, tapi cantek. girlish girlish.
bole pakai dengan kain, dengan seluar, tak pakai pape pun bole.
ermmm, korang paham tak yany tulis ape ni???
jap yany bagi contoh ye,






yany atas ni sume tak cantek.
yany try google tak jumpa lak yang cung cung.
tah pehal tah. kuangjaq betul.
tapi harapnye orang paham lah kasut yang cemane yany maksud kan.
dia flat tapi open, tapi girlish girlish.
macam tu ah. hehe!


hari tu dah jumpa dahhh.
kaler pink pink peach camtu.
dah la dan dan design yang sama, kaler lain, kaler biru.
memang ngam lah kan, yany and cousin yany, yoya tu.
dia suka kaler biru, yany suka pink.
inagt nak beli sama lah kannn.
tapi yoya kata kaki dia tak cantek pakai kasut fesyen tu.
ohhh T.T


jadi nye sekaranggg, yany taktau lah nak decide cemane.
nanti lah nak ajak MB pilihkan kasut untuk yany.
tapi mesti MB pun suruh yany pilih sendiri. :(
sebab takut nanti yany tak suka kunun nye.
padahal yany suka je kalau dia pilihkan. 
rasa gembiraaa. :P


eh tak sabar pulak nak jumpa MB. heeeeeeeeeeeeeeeeee *tetiba*






okbai!









Saturday 21 July 2012

Tuesday 17 July 2012

selamat.

hye, hari ni hari first yany keje.

yany makan popcorn free. heeeee

tu je. busy ni. bai. :*




Friday 13 July 2012

new job yang tak berapa nak new

assalamualaikum,
hee baiknyeee saye kan. *kelipkelipmata*


sebenarnye nak update semalam lagi.
tapi malas nak snap pic. padahal 2 je pun.
biasa lah orang malas kan. derrr


actually, yany nak story, yany da dapat job baru.
tapi takde lah baru pun,
sebelum ni dah pernah buat dah pun...
tapi kira baru untuk masa sekarang lah.
yela, yany kan takde buat ape duk rumah ni.
daripada duk sesaje, marilah kita ikhtiar cari duit kan.


yany bukan taknak cari keje.
ari tu dah carik da, orang tu dah interview da pun,
tapi orang tu kata, nanti kalau dia nak pakai orang, baru dia panggil.
bole camtu? kalau camtu bek takyah call suh interview kan? huh.
tapi yela, yany tau orang tu takmau amek yany sebab yany cuti kejap je.
maybe dia nak orang yang bole keje berbulan bulan kat situ.
yany kan cuti 2 bulan je.
itu pun tak tolak lagi nanti nak raya? kan?


so, daripada duk rumah tapi takde income,
baik lah kiranye yany buat job ni.
bukannye susah pun...senang je.
rasa nak buat, buat, kalau penat, stop jap,
kalau dah okay balik nanti, sambung balik.
senang kan? hewhew
nak tau job ape?













pic yang pertama tu, pic baju baju kurung yang dah siap dijahit
tapi kosong lah takde kesan sentuhan yany lagi *pui*
yany diminta untuk jahit manik kat area leher and hujung lengan
jahit je corak cemane pun
tapi yang simple simple la...
takde lah sarat sarat.
semuanye ade 12 pasang. takde due date pun. hehe
tapi kalau cepat lagi bagus kan?


now, yany baru jahit yang first. tu pun kat bahagian leher je.
jap lagi nak sambung lagi tang lengan tu plak.
taktau lah berapa lama masa nak amek untuk jahit tu.
takpe, mama pun akan jahit sekali.
bukan 12 12 tu yany jahit sorang. heee
kita relax relax jew. hewhew
eh tetibe nak gedik ber ew ew kenapa? tak paham.


oh ye, yang pic kedua tu, manik manik yang yany ade sekarang.
ofcoz bukan semua kaler yang yany ade untuk jahit bebaju kat atas tu.
tu lah. kena la beli kaler lain pulak kan.
semalam mama da beli beberapa kaler, 
so dah tau la yang mane bole start jahit dah.
yang mane beads yang kaler nye kita takde lagi,
bajunye kita takyah jahit dulu. heee


oh ye jahit ni memang lah relax kan.
tapi lenguh gak lah kalau laa lama sangat.
yelah, kita ni bukan nye bole dudukkk je sentiasa kan,
kena lah gerak gerak jugak.
tapi jahit ni addicted tau. bila da start, malas nak stop.
tapi kang bila dah stop, malas nak start balik. apekah? huhu!
tapi tu lah, kang lama sangat duduk, mula lah saket pinggang, sakit lutut.
macam orang tua kan? hehehe


sebab tu...yany kena stop, sambung jahit, stop, sambung balik.
eh tapi ni macam dah lama sangat je yany stop? hahaha
k la, nak sambung jahit lah.
wish me luck k! motif? hahahah


k bye. *flyingkiss*